backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini 5 Punca Utama Yang Sebabkan Wanita Jadi Mandul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/01/2022

Ini 5 Punca Utama Yang Sebabkan Wanita Jadi Mandul!

Masalah kesuburan perempuan menjadi antara topik perbualan hangat bagi pasangan yang sudah berkahwin. Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui apakah tanda wanita mandul.

Bagi mereka yang masih belum mengetahui apakah tanda-tandanya, jom baca apa yang kami sediakan ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tanda wanita mandul yang ramai tidak tahu

Masalah kesuburan perempuan merangkumi sekitar satu per tiga daripada yang sering berlaku.

Punca kepada masalah kesuburan perempuan ini kadangkala agak sukar untuk dikenal pasti.

Namun, ada beberapa tanda wanita mandul yang boleh anda perhatikan:

masalah kesuburan perempuan

Punca bagi tanda wanita mandul

Bagi masalah kesuburan perempuan, terdapat beberapa perkara atau masalah yang menjadi punca wanita menjadi mandul.

Ia boleh berpunca daripada satu atau sejumlah masalah kesihatan wanita.

Berikut adalah antara punca-punca yang sering menyebabkan kemandulan dalam kalangan wanita:

#1. Gangguan ovulasi

Gangguan ovulasi bermaksud anda mempunyai masalah penghasilan telur yang terjejas.

Ini boleh berlaku sama ada telur kurang dihasilkan atau tidak dihasilkan langsung.

Menurut kajian, gangguan ovulasi menjadi punca ketidaksuburan bagi satu daripada empat pasangan yang mengalami masalah kesuburan.

Antara gangguan ovulasi yang boleh menyebabkan wanita mandul adalah seperti sindrom ovari polisistik (PCOS), ketidakfungsian hipotalamus, kegagalan ovari pramatang dan terlalu banyak hormon prolaktin dalam tubuh. 

#2. Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila tisu yang biasanya muncul di kawasan implan rahim, tumbuh di kawasan lain.

Pertumbuhan tisu yang berlebihan ini boleh menyekat tiub fallopio dan menghalang sperma serta ovum wanita daripada bertemu.

Ini boleh menyebabkan kemandulan bagi golongan wanita. 

#3. Kerosakan pada tiub fallopio

Tiub fallopio yang rosak atau tersekat boleh menghalang sperma daripada bertemu ovum yang seterusnya menyebabkan persenyawaan terhalang.

Antara punca yang boleh menyebabkan kerosakan pada tiub fallopio seperti penyakit radang pelvis, pernah menjalani pembedahan pada abdomen atau pelvis atau penyakit turbekulosis pelvis. 

#4. Punca daripada rahim dan juga serviks

Selain itu, beberapa punca daripada bahagian rahim dan juga serviks boleh menyebabkan masalah kesuburan perempuan.

Ini termasuklah kewujudan fibroid, parut endometriosis, kecacatan pada rahim sejak kecil, stenosis serviks dan masalah mukus dari serviks.

#5. Punca ketidaksuburan yang tidak diketahui

Selain itu, ada juga penyebab kemandulan wanita yang tidak diketahui. Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor kecil antara lelaki dan wanita. 

Faktor risiko bagi masalah kemandulan wanita

tanda wanita mandul

Sebelum ini, anda telah tahu tanda wanita mandul. Sekarang, lihat pula faktor risiko yang boleh menyebabkan kemandulan wanita.

Antara faktor-faktor risiko kemandulan bagi kaum wanita adalah: 

#1. Umur

Apabila seseorang wanita itu sudah semakin berusia, maka kesuburannya juga akan menurun.

Bermula pada pertengahan umur 30-an, kualiti ovum atau telur wanita akan menjadi semakin merosot. 

#2. Pengambilan alkohol

Pengambilan alkohol yang berpanjangan juga boleh menyebabkan masalah kesuburan perempuan. 

#3. Merokok

Tabiat merokok sebenarnya boleh merosakkan serviks dan tiub fallopio wanita.

Selain itu, merokok juga boleh meningkatkan kadar keguguran semasa hamil dan kehamilan ektopik.

Merokok juga boleh menyebabkan kualiti telur wanita menurun selain menyebabkan kurangnya penghasilan telur. 

#4. Sejarah seksual

Selain itu, kesuburan wanita juga boleh terjejas jika pernah mengalami sebarang jangkitan seksual seperti gonorea dan klamidia.

Jangkitan seperti ini boleh merosakkan tiub fallopia dan seterusnya mengganggu kesuburan wanita. 

#5. Faktor berat badan

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau berat yang terlalu ringan, ia juga boleh menyebabkan ketidaksuburan wanita.

Jika mempunyai berat badan normal, anda akan lebih kerap mengalami ovulasi dan mudah untuk hamil. 

[health_tool_article id=”32211″]

Langkah pencegahan yang boleh diambil

tanda wanita mandul

Bagi mengurangkan faktor risiko kemandulan, anda boleh melakukan beberapa langkah pencegahan seperti berikut:

#1. Berhenti merokok

Memandangkan merokok boleh menjejaskan kesuburan wanita, maka anda disarankan untuk berhenti merokok agar lebih mudah hamil.

#2. Elakkan pengambilan alkohol

Jika anda peminum tegar minuman beralkohol sebelum ini, cuba kurangkan atau berhenti pengambilannya jika anda merancang untuk hamil. Jangan sesekali minum alkohol ketika sedang hamil.

#3. Kurangkan berat badan

Jika anda mendapati nilai BMI tidak normal, cuba kurangkan berat badan anda untuk memudahkan hamil. Bersenamlah setiap hari kerana ia amat membantu.

#4. Kurangkan stres 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang kerap stres boleh menyebabkan rawatan kesuburan menjadi tidak berkesan.

Jika anda merancang untuk hamil, cuba lakukan perkara yang boleh mengurangkan rasa stres yang dialami. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan