Bilakah Masa Terbaik untuk Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Pasangan yang sedang mencuba untuk hamil biasanya akan tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk mereka melakukan hubungan kelamin bagi meningkatkan peluang kehamilan. Secara asasnya, dalam semua faktor yang boleh meningkatkan peluang hamil, ovulasi adalah yang paling penting. Dalam kata lain, anda paling cenderung untuk hamil jika melakukan hubungan intim dalam sehari atau semasa ovulasi.

Bilakah masa terbaik untuk melakukan hubungan seks jika kami sedang mencuba untuk mendapat anak?

Sperma boleh hidup dalam 3-5 hari, tetapi telur hanya bertahan selama separuh atau satu hari. Jika mengikut kepercayaan lama, penting untuk anda melakukan hubungan intim setiap hari apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi dan wanita dalam keadaan subur. Namun, pendekatan yang ideal adalah untuk melakukan hubungan seks bermula 1 atau 2 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi anda. Terdapat kebarangkalian sperma akan menunggu dalam tiub fallopian apabila telur keluar.

Namun, bila masa ovulasi wanita adalah samar-samar. Wanita secara semula jadinya mengalami ovulasi kira-kira dua minggu sebelum haid seterusnya -bukan pada pertengahan kitaran seperti yang difikirkan oleh kebanyakan wanita. Jika kitaran haid anda 28 hari, tempoh ovulasi anda adalah pada pertengahan kitaran iaitu pada hari ke-14. Akan tetapi, jika kitaran haid anda 35 hari, anda akan mengalami ovulasi pada hari minggu ketiga, bukannya hari ke-17.

Bagi mengetahui kemungkinan masa subur , anda boleh cuba menggunakan kalkulator ovulasi kami. 

Bagaimana untuk tahu jika saya mengalami ovulasi?

Sesetengah wanita akan tahu bila mereka ovulasi. Akan tetapi, kebanyakan mereka tidak mendapat sebarang tanda perubahan semasa ovulasi. Jika anda ingin hamil, cuba perhatikan kitaran anda selama dua bulan. Antara tanda-tanda anda mengalami ovulasi ialah:

  • Peningkatan lendir pada serviks yang kelihatan seperti putih telur
  • Sedikit peningkatan suhu tubuh (kira-kira 0.1 hingga 0.3 darjah Celcius) pada suhu badan asas, atau BBT. Anda boleh mengukurnya setiap pagi semasa bangun tidur, satu atau dua hari selepas ovulasi anda. Anda akan dapat memahami corak kitaran jika anda ikuti BBT untuk beberapa bulan.

Jika anda mempunyai masalah untuk mencari waktu sebenar ovulasi, anda boleh cuba melakukan kit ujian ovulasi. 

Jika haid saya tidak menentu, adakah lebih sukar untuk saya hamil? 

Kebanyakan wanita mengalami 12 kali haid setiap tahun, tetapi sesetengahnya kurang daripada itu dan sesetengah lain melangkau banyak bulan atau langsung tidak haid. Tekanan, senaman berat, penambahan atau penurunan berat badan- kesemua ini boleh mengganggu haid anda. Semakin tidak normal haid anda, semakin sukar untuk meramal masa ovulasi anda. 

Katakanlah kitaran anda 28 hari sebulan, 21 hari pada bulan seterusnya, dan 32 hari pada bulan akan datang. Catat kitaran mestrual anda untuk banyak bulan. Kemudian, tolak 17 daripada kitaran terpendek anda dan 11 daripada kitaran terpanjang anda. Hari-hari di antara kedua-dua hasil tadi adalah hari subur anda.

Jika kitaran anda tidak teratur dan lebih daripada 35 hari ataupun lebih lama daripada itu, anda perlu berjumpa dengan pakar fertiliti atau doktor obstetrik-ginekologi untuk memeriksa punca yang menyebabkan kitaran anda tidak teratur, seperti sindrom ovarian polisistik (PCOS), penurunan berat badan yang berlebihan, gangguan tiroid, disfungsi ovari, atau tahap prolaktin yang tinggi.

Bolehkah jika kami hanya mencuba dan berusaha sehingga kehamilan terjadi?

Ya, anda tidak perlu memantau suhu tubuh asas atau membuat jadual yang rumit jika anda merasakan ianya sukar. Cuma, anda perlu melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu secara konsisten.

Apabila anda sudah bersedia sepenuhnya untuk bergelar ibu, itulah masa yang sesuai untuk anda mencuba untuk hamil. Namun, ingatlah untuk mempersiapkan pengetahuan bergelar ibu dan nikmati perjalanan anda sepanjang kehamilan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Orang kelainan upaya (OKU) mempunyai cara yang tersendiri untuk memahami sesuatu perkara dan bertindak balas, melalui penggunaan bahasa isyarat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata penutup mulut

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    Test Image Upload

    Test Image Upload

    Ditulis oleh Billy Tran
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 1 minit bacaan