backup og meta

Bersalin Dalam Air: Perlu atau Tidak?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    Bersalin Dalam Air: Perlu atau Tidak?

    Proses melahirkan anak di dalam tab yang dipenuhi air dikenali sebagai bersalin dalam air. Sesetengah ibu hamil memilih menggunakan kaedah ini untuk bersalin kerana terdapat teori yang mengatakan bayi sudah berada dalam air ketika dalam kandungan lagi. Ini adalah benar kerana bayi yang berada dalam kandungan ibu selama sembilan bulan berada dalam cecair amniotik. Dengan teknik ini, bayi yang sudah terbiasa di dalam cecair amniotik akan keluar ke persekitaran yang lebih kurang sama dan ini akan membuatkan ibu dan bayi berasa lebih tenang dan selamat.

    Apakah kebaikan bersalin dalam air?

    Untuk ibu:

    • Air yang digunakan adalah tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ini akan mendatangkan perasaan yang menyenangkan semasa melahirkan.
    • Ketika saat hampir melahirkan, air yang digunakan ini terbukti membantu dalam peningkatan tenaga ibu hamil.
    • Ibu hamil akan terapung dan ini akan mengurangkan berat jisim mereka lantas membuatkan pergerakan yang lebih mudah.
    • Keadaan ibu hamil yang terapung juga akan memudahkan kontraksi dan melancarkan peredaran darah. Ini akan membuatkan oksigen dapat dijana dengan lebih banyak sekaligus mengurangkan kesakitan untuk ibu serta menambah oksigen kepada bayi.
    • Berendam di dalam air membantu merendahkan tekanan darah yang disebabkan oleh kepenatan.
    • Air juga membantu mengurangkan hormon-hormon yang boleh mengakibatkan tekanan. Ini dapat mendorong ibu menghasilkan endorphin yang berfungsi melegakan kesakitan.
    • Air turut membantu perineum menjadi lebih elastik sekaligus mengurangkan risiko kekoyakan pada perinuem. Ini juga akan mengurangkan keperluan untuk jahitan dan episiotomi.
    • Air dapat membantu ibu hamil menjadi lebih tenang sekaligus dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada proses melahirkan.
    • Disebabkan kaedah ini memberi lebih privasi kepada ibu hamil, ini akan mengurangkan kerisauan dan ketakutan.

    Untuk bayi:

    • Air dapat memberikan suasana persekitaran yang lebih kurang sama dengan cecair amniotik ketika berada dalam kandungan ibu.
    • Mengurangkan tekanan semasa keluar daripada kandungan.

    Apakah risiko bersalin dalam air?

    Menurut artikel yang ditulis oleh pakar dari Royal College of Obstetrician and Gynecologists, terdapat beberapa kemungkinan berlakunya embolisme iaitu salur darah tersumbat oleh air. Keadaan ini akan terjadi sekiranya air mula memasuki saluran darah ibu. Meskipun British Medical Journal meyakini teknik ini adalah 95% selamat, masih terdapat risiko bayi mengalami sesak nafas sekiranya bayi tersangkut di saluran kelahiran atau tali pusatnya terbelit. Ini akan meningkatkan risiko bayi tertelan air dengan banyak dan kehilangan oksigen.

    Kejadian ini sangat jarang berlaku kerana bayi dalam kandungan tidak akan mula menarik nafas sehingga mereka terdedah kepada udara. Mereka akan menerima oksigen melalui tali pusat sehingga mereka mula menarik nafas sendiri atau tali pusat mereka dipotong. Risiko yang terkahir adalah risiko tali pusat tercabut sejurus bayi diangkat keluar daripada dalam air. Oleh itu, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terdapat sebarang komplikasi lain berlaku.

    Apakah yang menyebabkan anda tidak perlu bersalin dalam air?

    • Sekiranya anda mempunyai Herpes. Ini kerana Herpes mudah merebak di dalam air. Ini untuk mengelakkan penyakit ini merebak kepada individu lain.
    • Jika bayi dalam kandungan anda songsang. Jika anda masih ingin meneruskan dengan kaedah ini, anda perlu berbincang dengan doktor anda.
    • Sekiranya anda didiagnosis dengan infeksi atau mengalami pendarahan yang terlalu banyak.
    • Jika bayi dalam kandungan anda adalah kembar. Meskipun bersalin dalam air sudah terbukti berjaya, anda perlu berbincang dengan doktor anda jika anda masih mahu meneruskan kaedah ini.
    • Jika bayi anda tidak cukup bulan, bersalin dalam air sangat tidak digalakkan.
    • Jika terdapat mekonium yang serius. Mekonium ini adalah normal dan akan terapung di atas air. Mekonium kebiasaannya akan tertanggal daripada bayi dan kadangkala keluar daripada mulut dan hidungnya apabila berada di dalam air.
    • Jika anda mengalami toksemia atau preeclampsia, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

    Adakah suhu air juga memainkan peranan yang penting?

    Suhu air memainkan peranan yang sangat penting dalam proses melahirkan anak daalm air. Ini kerana jika air telalu panas, anda dan anak anda berisiko mengalami dehidrasi. Sebagai ibu hamil, anda perlu kekal terhidrasi dan memastikan suhu air berada pada tahap 37 darjah C. Untuk lebih meyakinkan ibu hamil yang ingin menggunakan teknik ini, pastikan kolam air yang anda bakal gunakan diperbuat khas dan telah disahkan oleh pakar perubatan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan