backup og meta

Benarkah Pengguguran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Benarkah Pengguguran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara?

    Baru-baru ini, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengguguran boleh meningkatkan risiko barah atau kanser payudara. Penemuan daripada beberapa kajian pula menunjukkan tiada peningkatan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita yang pernah menjalani pengguguran, sementara penemuan daripada kajian lain menunjukkan tinggi risiko. Memandangkan kanser payudara adalah kanser pembunuh kedua terbanyak dalam kalangan wanita, maklumat-maklumat ini menjadikan ramai wanita keliru. Walau bagaimanapun, ketepatan keputusan kajian ini masih belum dapat disahkan.

    Mengapa pengguguran dianggap sebagai faktor risiko untuk kanser payudara?

    Sepanjang kehidupan wanita, paras hormonnya akan beransur-ansur mengalami perubahan atas pelbagai sebab. Dan, apabila wanita hamil kali pertama, tubuhnya akan melalui banyak perubahan biologikal termasuklah bahagian payudara sebagai persediaan untuk menerima bayi. Ketika ini, tisu payudara yang belum matang dan mudah terjejas dengan kanser akan matang dan menjadi tisu tahan-kanser. Tahap hormon estrogen akan meningkat dan menjurus kepada pembesaran sel payudara untuk menghasilkan susu. Jika seseorang wanita itu melakukan pengguguran sebelum trimester ketiganya (pengguguran spontan dan induksi), ini akan menyebabkan perubahan mengejut kepada pembentukan normal sel dan menjadikannya lebih mudah terjejas kepada kanser. Perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan boleh mempengaruhi peluang seseorang wanita itu untuk mendapat kanser payudara pada masa akan datang. Lantaran itu, ramai saintis yang menjadikan asas teori ini untuk diletakkan dalam kajian mereka.

    Adakah pengguguran boleh menyebabkan kanser payudara?

    Kebanyakan kajian dijalankan kepada hanya sebilangan kecil wanita. Tambahan pula, sejarah keguguran dan pengguguran wanita adalah berdasarkan kepada laporan mereka sendiri, berbanding menggunakan laporan perubatan. Dan, paling penting adalah, data dikumpul hanya selepas kanser payudara didiagnosis, menjadikan keputusannya kurang meyakinkan. Sejak itu, pakar telah mereka lebih banyak kajian yang boleh dipercayai berasaskan teori tersebut. Kajian paling baru dijalankan ke atas sejumlah besar wanita, di mana data dihimpun sebelum kanser payudara dikesan, dan maklumat sejarah perubatan dikumpul daripada laporan perubatan, berbanding mengambilnya hanya dari laporan sendiri. Dengan itu, menjana penemuan yang lebih boleh dipercayai. Kajian lebih baru ini secara konsisten menunjukkan tiada hubungan antara pengguguran spontan dan induksi dengan risiko kanser payudara.

    Pada 2003, bengkel Institut Kanser Nasional Amerika Syarikat (NCI) dengan penglibatan lebih daripada 100 pakar terkemuka di seluruh dunia yang mengkaji tentang kehamilan dan risiko kanser payudara telah menberikan penemuan yang melegakan. Melalui kajian manusia dan haiwan, pakar melihat kepada hubungan antara kehamilan dan risiko kanser payudara, termasuk kajian pengguguran spontan dan induksi. Penemuan dalam risiko kanser payudara termasuklah:

  • Pengguguran induksi tidak berkait kepada peningkatan dalam risiko kanser payudara.
  • Pengguguran spontan tidak berkait kepada peningkatan dalam risiko kanser payudara.
  • Kini, hubungan antara pengguguran dan kanser payudara tidak lagi menakutkan ramai wanita. Faktor yang diketahui dapat meningkatkan peluang seseorang wanita itu untuk mendapat kanser payudara termasuklah umur, sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payudara, datang haid pertama pada usia yang muda, menopaus pada lewat usia, kelahiran bayi cukup bulan pertama pada lewat usia, dan keadaan payudara tertentu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan