backup og meta

Adakah Kemungkinan Anda Hamil Tetapi Tidak Tahu?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    Adakah Kemungkinan Anda Hamil Tetapi Tidak Tahu?

    Anda mungkin pernah terdengar cerita seperti ini: Seorang wanita tidak sedar dia sedang hamil sehinggalah tiba waktu hendak melahirkan bayi. Anda mungkin tertanya-tanya, bolehkah perkara seperti ini terjadi, dan bagaimana ia boleh berlaku? Bagaimana seseorang itu boleh tidak tahu bahawa dirinya sedang hamil dan ada bayi yang sedang membesar dalam perutnya?

    Bagaimana boleh anda hamil, dan tidak tahu mengenainya?

    Anda mungkin hamil, tetapi tidak tahu tentangnya. Ini dipanggil sebagai kehamilan disangkal atau penafian kehamilan. Mari kita lihat bagaimana situasi ini boleh berlaku.

    Anda mengalami masalah emosi 

    Mungkin anda terlalu tertekan atau takut untuk hamil. Anda takut untuk bergelar ibu. Penafian adalah reaksi semula jadi tubuh dan minda anda dengan perkara yang anda takuti. Anda mungkin mengabaikan sebarang perubahan pada tubuh anda dan menganggap ianya bukan disebabkan kehamilan. Dalam sesetengah kes, anda mungkin tidak mahu hamil kerana anda tidak mahu orang sekeliling tahu anda melakukan seks ataupun melakukan seks dengan seseorang yang bukan suami anda ataupun pasangan anda. Situasi ini adalah biasa.

    Anda tidak mengalami simptom-simptom kehamilan 

    Anda mungkin tidak sedar akan kehamilan anda kerana tidak melalui simptom-simptom biasa yang ditunjukkan wanita hamil seperti kelesuan, kenaikan berat badan atau mabuk hamil. Bagi sesetengah wanita, gejala-gejala ini tidak signifikan, jadi, mereka tidak merasakan diri mereka sedang mengandungkan bayi.

    Anda tidak rasa ianya satu kehamilan 

    Jika anda terlebih berat badan atau obes ataupun berat anda tidak menentu, anda mungkin tidak terfikir bahawa kenaikan berat badan anda itu bermakna anda sedang berbadan dua. Jika anda mengalami kelesuan, anda menganggapnya sebagai kesan daripada kerja kuat anda. Jika anda mengalami mabuk hamil, anda menganggap mungkin anda tersalah makan.

    Anda mempunyai masalah dengan haid anda

    Anda bermasalah dengan haid mungkin kerana stres, mengambil pil perancang, masalah makan, diabetes ataupun obesiti. Dan, perubahan haid adalah petanda awal kehamilan, jadi, anda mungkin tidak tahu yang anda sedang hamil.

    Mengapa anda perlu bimbang tentang keadaan ini? 

    Walaupun anda masih boleh bersalin normal dan anda serta bayi dalam keadaan sihat, namun masih terdapat risiko jika anda tidak tahu yang anda hamil:

    −Kehamilan disangkal boleh membawa kepada kesan buruk seperti kelahiran bayi pramatang, meningkatkan kematian bayi, usia gestasi kecil, panik selepas bersalin atau bayi mungkin mati disebabkan kealpaan ibu.

    −Anda mungkin tidak menerima penjagaan yang betul sebelum melahirkan bayi. Penjagaan pranatal boleh memastikan anda dan bayi dalam keadaan sihat. Sesetengah ujian seperti imbasan ultra bunyi, ujian darah atau ujian air kencing adalah disarankan semasa kehamilan.

    −Anda tidak tahu perubahan yang perlu anda lakukan bagi memastikan bayi anda sihat seperti mengamalkan diet yang seimbang, melakukan aktiviti fizikal atau berhenti merokok dan mengelakkan alkohol.

    −Anda tidak tahu jika anda ataupun bayi mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes gestasi atau kekurangan nutrien.

    Bagaimana untuk tahu jika anda mengalami kehamilan disangkal?

    Sukar untuk mengetahui jika anda mengalami kehamilan disangkal. Anda mungkin ada berjumpa doktor semasa kehamilan anda, tanpa mengetahui yang anda hamil. Anda juga mungkin melalui gejala-gejala seperti loya, muntah, naik berat badan, letih keterlaluan, bengkak payudara ataupun anda tidak boleh makan atau tidak tahan bau makanan tertentu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan