backup og meta

4 Tip Cepat Hamil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    4 Tip Cepat Hamil

    4 Tip Cepat Hamil

    Kehamilan merupakan satu pengalaman yang sangat berharga bagi seseorang perempuan itu dengan pasangannya. Walaupun kadangkala kehamilan datang tanpa dijangka, ada juga pasangan yang memerlukan masa dan tenaga yang lebih. Berikut merupakan berberapa tip jika anda mengalami masalah ini:

    Berhenti merancang keluarga segera

    Terdapat beberapa jenis pil perancang yang mungkin anda ambil akan menurunkan tahap kesuburan anda untuk seketika biarpun anda telah berhenti mengambilnya. Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk hamil masih ada walaupun mungkin mengambil masa yang lebih untuk ovulasi menjadi normal. Anda tidak perlu risau kerana bayi anda akan sihat sahaja.

    Semak waktu anda datang bulan

    Peluang untuk hamil boleh jadi begitu tipis kerana telur hanya boleh bertahan selalunya 24 jam selepas anda habis tempoh datang bulan. Oleh itu, masa yang sesuai merupakan faktor utama untuk kehamilan. Tempoh anda datang bulan juga tidak semestinya tepat dan sama setiap bulan. Kadangkala, tempohnya boleh jadi beberapa hari awal atau lewat. Jadi untuk tidak melepaskan peluang, pasangan seharusnya melakukan hubungan seks 3 kali seminggu.

    Berhenti merokok

    Sebagai tambahan kepada pelbagai risiko lain yang menakutkan, merokok mempunyai kesan negatif kepada kesuburan. Sehubungan dengan itu juga, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok juga berisiko mengalami masalah kesuburan. Merokok menyebabkan bilangan sperma menjadi kurang dan menrencatkan pergerakannya selain mencacatkan bentuk dan fungsi sperma. Jika anda ingin hamil lebih cepat, pastikan anda menjauhi rokok.  

    Hadkan pengambilan kafein

    Kebanyakan daripada kita bergantung kepada kafein untuk memulakan hari. Jika anda ingin hamil, hadkan pengambilan kafein anda kerana kandungan kafein yang tinggi turut menyebabkan kesuburan anda terjejas. Selain itu, pengambilan kafein yang melebihi 200-300 mg sehari boleh mengakibatkan keguguran. Anda boleh menikmati kafein dan masih mempunyai bayi yang sihat tetapi pastikan anda tidak melebihi 5 cawan atau 500 mg kafein sehari. Untuk pengetahuan anda, 16 auns secawan kopi Starbuck yang dibru mengandungii sehingga 330 mg kafein.

    Boleh dikatakan pasangan yang melakukan hubungan seks selama setahun tanpa perlindungan mempunyai peluang yang besar untuk hamil. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan seperti itu. Bersabar, tetapi jika masa yang diambil terlalu lama, anda boleh merujuk kepada pakar.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan