backup og meta

11 Makanan yang Boleh Bunuh Sperma Anda (Bahagian 2)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    11 Makanan yang Boleh Bunuh Sperma Anda (Bahagian 2)

    Jika anda sedang merancang untuk mendapat anak, terdapat banyak faktor yang boleh menjurus kepada kegagalan kesuburan seperti kualiti telur rendah dan sperma tidak efektif. Percaya atau tidak, kajian telah membuktikan bahawa 30% ketidaksuburan adalah berpunca daripada faktor lelaki dan makanan yang tidak sihat juga banyak menyumbang kepada masalah ini. Teruskan membaca untuk mengetahui enam makanan yang perlu dielakkan bagi memelihara sperma anda.

    Makanan dalam tin

    Makanan dalam tin adalah sumber terbesar pencemaran BPA- iaitu bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan makanan dalam tin. Tahap BPA yang lebih tinggi dalam urin dikaitkan dengan kualiti sperma lelaki di bawah purata. Anda tidak perlu mengelak daripada makan makanan dalam tin kerana pengambilan yang sederhana tidak akan menyebabkan banyak masalah kesihatan bagi lelaki.

    Makanan ringan

    Penyelidik mendapati bahawa lelaki dengan diet lemak yang lebih tinggi mempunyai kiraan dan kepekatan sperma yang lebih rendah. Asid lemak-trans ditemui dalam makanan segera dan makanan ringan terbukti memberikan kesan negatif kepada kualiti dan juga jumlah sperma. Oleh itu, jika anda ingin segera mendapat bayi, anda perlu mengurangkan pengambilan snek tidak berkhasiat yang mungkin membantu meningkatkan peluang kesuburan anda.

    Kacang soya

    Sebilangan kecil soya adalah baik dan memberi manfaat pada anda dalam banyak cara. Akan tetapi, jika anda merupakan peminat produk soya seperti tauhu, susu soya atau kicap soya, ini akan memberi impak besar kepada kehidupan seks anda, terutama jumlah sperma.

    Lelaki yang terlebih berat badan atau obes adalah lebih cenderung untuk terjejas kerana tahap lemak badannya juga boleh menjurus kepada kenaikan pengeluaran estrogen pada lelaki. Jadi, minimakan pengambilan soya anda.

    Menurut kajian daripada Amerika Syarikat, lelaki yang mengambil banyak produk tenusu lemak-penuh boleh berisiko menjadi tidak subur. Produk lemak-penuh seperti aiskrim dan keju akan mengurangkan kiraan dan kualiti sperma. Produk yang diperolehi daripada susu lembu yang dimuatkan dengan hormon sintetik boleh menghilangkan penghasilan hormon semula jadi pada lelaki dan juga wanita. Dan, asid laktik dalam tenusu juga menjejaskan libido anda. Di samping itu, pengambilan tenusu rendah-lemak, terutamanya susu rendah lemak, boleh membantu meningkatkan kepekatan sperma dan pergerakannya lebih progresif. Kalsium dikaitkan dengan kesihatan seksual yang lebih baik, jadi pastikan anda makan dan minum produk yang mengandungi susu atau sayuran berdaun hijau.

    Makanan bergoreng

    Makan makanan bergoreng, khususnya daging proses ada dikaitkan dengan kiraan sperma yang lebih rendah. Satu kajian mendapati lelaki yang mengambil banyak daging proses seperti burger, dan sosej mengalami satu perempat penurunan sperma normal. Makanan bergoreng boleh juga menyebabkan penghasilan sperma abnormal dan rendah kualiti disebabkan kehadiran lemak terhidrogenasi yang merendahkan tahap testosteron di dalamnya.

    Makanan yang anda makan memainkan peranan penting dalam bilangan sperma yang anda anda, termasuklah dari segi bentuk normal dan motiliti sperma. Oleh itu, pilihan gaya hidup dan diet sihat boleh meningkatkan kesihatan sperma lelaki. Maklumat yang diberikan ini mungkin boleh membantu anda membuat pilihan yang bijak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan