11 Makanan yang Boleh Bunuh Sperma Anda (Bahagian 1)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan individu percaya bahawa punca mandul adalah datangnya daripada wanita, tetapi mereka tidak tahu lelaki turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada masalah ketidaksuburan. Dalam artikel ini, kami kongsikan kepada anda 6 jenis makanan yang boleh membunuh sperma dengan mudah.

Alkohol

Menurut beberapa kajian, zink adalah faktor penting untuk lapisan luar sel sperma dan ekor. Dan, penyelidik mendapati bahawa alkohol merupakan elemen penting yang menghalang tubuh daripada menyerap sepenuhnya zink. Ini bermakna minum alkohol lebih kerap boleh menjejaskan kualiti sperma anda sepenuhnya.

Selain itu, pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan masalah hati, dan menjejaskan keseluruhan fungsi tubuh termasuklah fungsi seksual, sistem reproduktif, dan fungsi testikel.

Makanan segera

Dalam banyak-banyak jenis makanan, penyelidik memberitahu bahawa makanan segera mengandungi BPA (Bisphenol A), yang digunakan untuk membuat plastik dan tin. Dan, BPA ini ialah salah satu penyebab yang membunuh sperma anda. Kajian juga menunjukkan terdapat 23% kiraan sperma lelaki yang terdedah kepada BPA.

Minuman soda dan kafein

Kajian menunjukkan lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua pain kola sehari mempunyai kiraan sperma hampir 30% lebih rendah daripada yang tidak minum minuman kola. Ini disebabkan oleh kehadiran tinggi bahan-bahan ini boleh menjejaskan kualiti sperma. Dan, lelaki yang mengambil lebih daripada 3 cawan kopi sehari juga akan meningkatkan kerosakan sperma, mengikut peringkat umur mereka. Punca kepada masalah ini masih belum diketahui.

Makanan ringan

Banyak makanan ringan yang mempunyai kehadiran tinggi asid lemak-trans, yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menghamilkan wanita. Dilaporkan, terdapat 96% kurang sperma dalam air mani lelaki dengan kepekatan tinggi asid lemak-trans.

Produk soya

Makanan soya mengandungi kompaun yang meniru estrogen dalam tubuh. Jika paras estrogen terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan banyak masalah kesuburan. Lelaki yang makan makanan soya akan cenderung untuk mendapat lebih rendah (tetapi masih normal, dalam kebanyakan kes) kepekatan sperma berbanding dengan lelaki yang tidak makan makanan soya. Perkara ini adalah benar terutama kepada lelaki yang terlebih berat badan dan obes.

Daging

Kajian menunjukkan bahawa jika wanita makan sejumlah besar daging semasa tempoh kehamilan, ini boleh menjejaskan kadar kesuburan anak lelakinya. Untuk itu, lelaki akan mempunyai kiraan sperma rendah berbanding dengan lelaki yang ibunya makan kurang daging semasa hamil. Oleh itu, pemakanan para ibu juga memainkan peranan penting dalam kesuburan lelaki.

Bagi mendapatkan kualiti sperma yang baik, anda perlu memberi perhatian kepada apa yang anda makan. Selain itu, anda perlu mengambil makanan, yang mengandungi zink, vitamin E, dan selenium untuk meningkatkan kesuburan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Pernahkah anda mendengar tentang penyakit anjing gila? Jika anda menjumpai haiwan dengan mulut berbuih, jaga-jaga itu tanda penyakit rabies!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Masalah pendengaran seperti pekak, atau hilang pendengaran merujuk kepada ketidakupayaan seseorang secara keseluruhan atau sebahagian untuk mendengar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Adakah telur boleh memicu berlakunya sindrom iritasi usus? Selain telur, apakah makanan lain yang boleh sebabkan iritasi pada usus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawat luka

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    gatal tapak tangan

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    resepi sihat

    Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    ejakulasi lelaki

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan