Minggu 16

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Anda kini memasuki minggu ke-16 kehamilan anda. Janin anda berkembang mencapai saiz avokado, seberat kira-kira 100 gram dan kepanjangan sekitar 12 cm dari kepala ke kaki.

Tulang belakang dan otot kecil di belakang bayi anda semakin kuat, menjadikan lebih mudah baginya untuk meluruskan badan. Otot-otot di muka bayi anda juga semakin kukuh. Ini bermakna bayi anda boleh membuat ekspresi muka seperti juling, sedih dan tersenyum.

Jika anda mampu untuk melihat melalui rahim anda, anda akan mendapati bahawa kulit bayi anda adalah lutsinar. Anda akan dapat melihat saluran darah kecil di bawah lapisan kulitnya yang tipis. Bayi anda masih belum mempunyai sebarang lemak badan kerana terlalu sibuk membangunkan organ-organ penting yang lain.

Anda juga mungkin gembira untuk mengetahui bahawa telinga bayi anda telah terbentuk sepenuhnya. Ini bermakna bayi anda dapat mendengar suara anda apabila anda bercakap. Ini adalah cara yang hebat untuk anda membina hubungan dengan bayi anda. Anda boleh menyanyi atau bercakap kepada bayi anda. Walaupun tidak memahami apa yang anda perkatakan tetapi bayi akan tenang apabila mendengar bunyi suara anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Dalam minggu ini, anda mungkin merasa beberapa pergerakan dalam perut anda. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tersalah anggap pergerakan ini sebagai senak atau gas tetapi ia sebenarnya adalah tendangan bayi. Pergerakan-pergerakan ini akan menjadi lebih jelas dan ketara sepertimana kehamilan anda.

Benjolan bayi anda semakin besar! Anda mungkin kecewa kerana tidak lagi sesuai memakai pakaian biasa anda. Tetapi anggaplah ia sebagai alasan untuk pergi membeli-belah. Anda tidak semestinya perlu membeli pakaian ibu mengandung. Anda boleh mencari pakaian yang longgar seperti pakaian panjang yang mempunyai satu saiz yang sesuai untuk semua. Pakaian ini juga akan menjadi sangat berguna selepas bersalin. Pastikan anda mencari pakaian yang selesa dan tidak merengsakan kulit. Terimalah bentuk badan baru anda. Anda hanya perlu bimbang tentang menurunkan berat badan selepas kelahiran.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Kadangkala anda mungkin merasa sedikit tercungap-cungap. Jangan bimbang! Sesak nafas, merupakan simptom yang biasa dialami wanita hamil. Ia paling kerap berlaku semasa trimester kedua kehamilan. Punca sesak nafas adalah hormon kehamilan anda merangsang otak untuk bernafas lebih dalam untuk membekalkan oksigen kepada bayi anda. Hormon-hormon ini memperluaskan kapilari dalam saluran pernafasan dan melegakan otot-otot dalam paru-paru yang membuatkan anda merasa seperti bernafas lebih banyak udara. Selain itu, bayi anda mungkin menekan diafragma, otot yang memisahkan bahagian dada dan abdomen menyebabkan sesak nafas. Pada waktu akhir kehamilan, bayi anda akan menjadi lebih besar, dan lebih menyukarkan anda bernafas.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda mungkin menyedari bahawa anda makan lebih manisan dan bimbang jika ujian air kencing mengesan lebih gula daripada biasa. Anda perlu memberitahu doktor anda tentang kebimbangan anda dan maklumkan juga jika anda mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga. Jika anda tidak mempunyai sebarang faktor risiko diabetes semasa hamil, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Badan anda sedang memastikan bayi anda mendapat bekalan bahan api yang cukup dengan memastikan terdapat kadar gula yang mencukupi dalam darah anda. Terdapat hormon yang dipanggil insulin yang mengawal jumlah gula dalam darah dan memastikannya cukup untuk penggunaan sel-sel badan. Semasa mengandung, terdapat hormon anti-insulin yang menyimpan gula yang cukup dalam darah untuk bayi anda. Kadangkala gula yang ditapis buah pinggang akan dikesan dalam air kencing anda. Jangan bimbang ini hanyalah sementara. Ujian air kencing anda yang seterusnya mungkin akan menjadi normal.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Pada bulan ini terdapat beberapa rutin ujian untuk memastikan anda mempunyai kehamilan yang sihat. Ini termasuklah:

  • Berat badan;
  • Tekanan darah;
  • Ujian air kencing (untuk mengesan gula dan protein);
  • Denyutan jantung janin;
  • Saiz rahim (doktor akan berasa dari luar);
  • Ketinggian bahagian atas rahim (fundus);
  • Ujian bagi mengesan bengkak di tangan atau kaki;

Bincang dengan doktor anda tentang sebarang kebimbangan yang anda hadapi tentang ujian kesihatan anda. Ujian-ujian ini adalah untuk mengukur tahap kehamilan anda. Adalah penting untuk anda memahaminya.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Berikut adalah beberapa kebimbangan yang mungkin anda alami tentang kesihatan dan keselamatan anda dan bayi anda:

Kolam

Berenang adalah cara yang baik untuk kekal aktif dan menguatkan otot pelvik anda. Ia biasanya selamat melainkan jika doktor anda memberitahu sebaliknya. Anda mungkin patut memulakannya dengan perlahan dan beransur-ansur meningkatkan intensiti agar anda selesa. Jangan membebankan diri. Jika anda selalu berenang sebelum ini, anda mungkin menyedari bahawa anda kini lebih cepat dan mudah kehabisan nafas. Ini adalah isyarat badan anda supaya anda mengurangkan aktiviti. Anda tidak boleh mengharapkan badan anda bertindak seperti sebelum kehamilan.

Berhati-hati apabila berenang di kolam renang awam. Sistem imun anda lemah dan anda lebih berisiko terkena jangkitan. Terdapat ramai orang, termasuk kanak-kanak, yang menggunakan kolam renang awam dan penjagaan kolam mungkin tidak berkala. Lebih baik untuk anda mencari alternatif yang sesuai untuk mengelakkan jatuh sakit.

Cacar

Anda juga patut menjauhkan diri daripada kanak-kanak yang mempunyai cacar air, mahupun ibu bapa yang mempunyai anak dengan cacar air. Sistem imun anda tidak cukup kuat untuk melawan kuman tersebut. Virus yang menyebabkan Chickepox boleh menjejaskan bayi anda dengan menyebabkan kecacatan. Kecacatan kelahiran ini termasuklah microcephaly (kepala kecil) dan kecacatan anggota badan. Pastikan anda mencuci tangan atau menggunakan sanitizer tangan dengan kerap kerana anda mungkin terdedah dengan virus cacar air tanpa disedari.

Gambaran Janin Minggu ke-16

perkembangan janin minggu ke-16

Jom kita bertemu di minggu ke-17 untuk melihat perkembangan bayi anda!

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

    Sepanjang tempoh mengandung, kepala kerap berdenyut? Adakah sakit kepala ketika hamil satu keadaan yang normal? Ikuti penjelasannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 01/12/2020 . 3 minit bacaan

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan. Perkara ini boleh mengelirukan para wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit belakang semasa mengandung

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    kepala bayi lonjong

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/12/2020 . 3 minit bacaan