Minggu 6

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Bayi anda kini sebesar biji kacang dhal dengan panjang 0.6 cm.

Pada minggu keenam, otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pada kadar yang laju. Beg optik di kedua belah sisi janin – yang kemudiannya akan menjadi sebahagian daripada mata – akan berkembang pada minggu ini. Tanda beralun pada janin akan membentuk bahagian dalam telinga, yang telah mula berkembang.

Jantung janin akan mula berdegup pada masa ini dan boleh dikesan melalui ultrabunyi. Sistem pencernaan dan pernafasan bayi juga telah terbentuk. Putik sel akan berkembang menjadi tangan dan kaki. Disebabkan kaki bayi berlipat pada tubuhnya sepanjang tempoh mengandung, ukuran tepat ketinggian bayi sukar ditentukan, kerana itu ketinggian janin sering diukur dari mercu kepala ke punggung dan bukannya dari kepala ke kaki. Pada minggu ini, bayi anda mempunyai saiz 2-5 mm dari kepala ke punggung.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda mungkin menyedari pertambahan simptom kehamilan anda minggu ini berbanding minggu lepas. Badan anda sedang berusaha keras untuk menyalurkan nutrisi kepada bayi anda. Jika anda kerja lebih masa, ini akan menyebabkan keletihan melampau dan kepenatan bekerja. Berikut adalah beberapa tips yang membantu anda melalui tempoh ini.

  • Jangan memaksa diri. Jika anda berasa letih, ini bermakna anda perlu berehat. Ringankan beban anda dan sedarilah tanda-tanda yang ditunjukkan badan anda. Jangan cuba untuk memaksa diri. Biarkan pinggan mangkuk yang kotor menunggu sehingga kemudian.
  • Meminta bantuan. Anda tidak perlu cuba menjadi bakal ibu yang hebat. Biarkan pasangan anda tahu perasaan anda, supaya dia boleh membantu menyokong anda. Jika rakan-rakan atau keluarga anda ingin membantu, terimalah bantuan mereka! Menerima bantuan orang lain membolehkan anda menyimpan tenaga untuk perkara lain.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda sentiasa mengantuk, cuba dapatkan tidur yang mencukupi. Jika boleh, masuk tidur lebih awal, atau bangun lebih lewat, atau kedua-duanya sekali.
  • Makan dengan betul. Untuk meningkatkan tenaga, anda memerlukan bekalan tenaga yang berterusan daripada makanan. Ikut diet kehamilan dengan memberi tumpuan kepada makanan pembekal tenaga jangka masa panjang, seperti protein dan karbohidrat kompleks. Pastikan juga anda mendapat kalori yang mencukupi. Rasa loya anda mungkin mengganggu selera makan jadi penting untuk mendapatkan makanan yang boleh anda hadam seperti bubur dan sup labu. Menambah sedikit halia juga boleh membantu mengelakkan rasa loya anda.
  • Makan dengan kerap. Keletihan anda boleh ditangani dengan memakan 6 hidangan kecil sehari. Memastikan kadar gula dalam darah sentiasa mencukupi boleh membantu menstabilkan tenaga anda. Cari makanan ringan yang sihat yang boleh memberikan tenaga kepada anda.
  • Banyakkan bergerak. Anda mungkin merasa mahu berbaring di atas sofa sepanjang hari tetapi adalah lebih baik untuk mencari rutin senaman yang boleh meningkatkan tenaga. Contohnya, berjalan kaki di kawasan sekitar atau berenang 30 minit pada waktu pagi. Ini akan membuat anda rasa bertenaga dan membantu anda tidur lebih baik pada waktu malam.

Jika keletihan anda tidak bertambah baik atau menjadi lebih teruk, sila berjumpa dengan doktor. Mungkin terdapat punca lain untuk keletihan anda. Doktor anda boleh memberikan diagnosis yang betul.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Jangan bimbang jika anda mendapati anda kerap ke bilik air. Perkara ini biasa berlaku disebabkan hormon kehamilan, HCG, yang menyebabkan rasa kerap ingin membuang air kecil. Ia meningkatkan aliran darah ke buah pinggang agar bahan kumuh dapat disingkirkan daripada anda dan bayi anda. Jadi, anda pergi ke bilik air bukan hanya kerana diri anda tetapi bayi anda juga. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menguruskannya.

  • Condongkan badan ke hadapan apabila anda membuang air kecil. Ini membantu mengosongkan pundi kencing dengan lebih baik. Apabila anda telah selesai kencing, cuba untuk kencing lagi. Ini memastikan bahawa pundi kencing anda dikosongkan sepenuhnya setiap masa, jadi anda tidak perlu kerap kali ke bilik air.
  • Teruskan minum. Jangan mengurangkan pengambilan cecair kerana menyangka ini akan mengurangkan kekerapan anda ke tandas. Badan anda dan bayi anda memerlukan bekalan cecair yang berterusan semasa kehamilan anda – serta dehidrasi boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.
  • Hadkan pengambilan kafein. Kurangkan pengambilan kafein kerana kafein hanya menambah kekerapan membuang air kencing dan boleh meningkatkan kadar degupan jantung anda. Anda disyorkan untuk mengehadkan pengambilan kopi kepada kurang daripada 200 mg kafein sehari, iaitu kira-kira 355ml (12 oz) secawan kopi.

Kerap membuang air kecil mungkin menjengkelkan, tetapi ia akan membantu anda dan bayi anda membuang semua bahan kumuh daripada badan.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Pada bulan kedua kehamilan, perasaan seronok dengan berita kehamilan mungkin hilang dan berganti takut. Apa yang akan berlaku jika anda melakukan sesuatu yang berbahaya kepada bayi sebelum anda tahu anda hamil? Apa yang patut dilakukan jika anda mengambil aspirin untuk merawat sakit kepala atau minum alkohol? Apa yang perlu dilakukan jika anda sakit selesema? Ini adalah kebimbangan yang normal. Jangan tertekan! Doktor boleh memberi jaminan bahawa bayi anda sihat. Anda hanya perlu memaklumkan kepada doktor.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Ujian pertama anda tidak akan dilaksanakan sehingga lawatan pertama anda ke doktor. Ada yang menunggu sehingga minggu ke-8 atau ke-9 untuk berjumpa dengan doktor. Jika anda bimbang, anda boleh menjadualkan lawatan anda di sekitar masa ini. Beberapa ujian darah boleh dilakukan semasa lawatan pertama anda untuk menentukan kumpulan darah (A, B, AB atau 0) dan faktor Rh (Rh positif atau Rh negatif), dan menentukan sama ada anda masih mempunyai imuniti kepada beberapa penyakit dari vaksinasi sebelumnya, seperti rubella atau hepatitis B.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Seperti yang telah disebutkan beberapa minggu yang lalu, tekanan/stres tidak baik untuk bayi anda. Tetapi, adakah tekanan boleh menyebabkan keguguran? Walaupun stres telah lama disyaki sebagai penyebab keguguran di awal kehamilan, tetapi terlalu sedikit bukti untuk membuktikan teori ini. Kajian mendapati 10-20% wanita hamil mengalami keguguran. Kebiasaannya, punca keguguran pada awal kehamilan adalah disebabkan oleh kelainan pada kromosom atau beberapa masalah dalam perkembangan embrio. Punca-punca lain keguguran di awal kehamilan termasuklah:

  • Keabnormalan kromosom dalam seorang atau kedua ibu bapa;
  • Masalah pembekuan darah;
  • Rahim atau serviks tidak normal;
  • Ketidakseimbangan hormon;
  • Reaksi imun yang menjejaskan proses implan embrio.

Jika anda bimbang bahawa anda mungkin mengalami keguguran, beri tumpuan kepada penjagaan diri anda dan janin dan jauhi risiko keguguran, seperti merokok dan minum.

Jadi, bagaimanakah perkembangan janin pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

    Ujian kehamilan murah dan mudah untuk didapatkan tetapi masih ramai lagi menggunakannya berulang kali. Boleh ke? Jika anda ingin tahu, baca artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

    Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

    Sepanjang tempoh kehamilan, pastinya anda sentiasa menduga apa yang bayi dalam kandungan sedang buat, kan? Tapi betul ke si manja sudah mula menangis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS Masalah Air Ketuban Sedikit Petanda Bahaya Pada Janin! Nak Atasinya? Ikut 5 Tip Ini

    Masalah air ketuban sedikit boleh berpunca daripada perkembangan anak dalam kandungan. Jika tidak diberi perhatian, ia boleh menyebabkan komplikasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 11/08/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Apa yang anda faham tentang penyakit endometriosis? Ada kata ia masalah ketidaksuburan yang diwarisi, benarkah? Jom fahami tentang keadaan kesihatan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    parut czer

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    ujian kehamilan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil pencegah kehamilan

    Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan
    berat badan wanita hamil

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan