Minggu 24

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Pada waktu ini bayi anda seperti saiz jagung, dengan kepanjangan hampir sekaki dan berat sekitar 113 g berbanding minggu lepas.

Bayi anda masih menerima oksigen melalui plasenta. Tetapi, apabila dilahirkan, paru-parunya akan mula berfungsi dan dipenuhi oksigen. Bagi menyediakan diri untuk fungsi tersebut, bayi anda akan menghasilkan surfaktan. Surfaktan adalah bahan yang membolehkan kantung udara dalam paru-paru berfungsi tanpa kebocoran dan terkumpul bersama sewaktu kita mengeluarkan nafas dan membolehkan kita bernafas dengan betul.

Disebabkan bahagian dalam telinga bayi anda- yang berfungsi mengawal kestabilan badan kini telah terbentuk sepenuhnya, bayi anda mungkin dapat mengetahui jika dia terbalik atau tegak sewaktu terapung dan bergerak dalam air ketuban.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Ujian saringan glukos biasanya dilakukan daripada minggu ke-24 hingga minggu ke-28. Ujian ini membantu doktor anda mengetahui jika anda menghidap diabetes gestasi atau tidak. Ini ialah sejenis diabetes yang berlaku sewaktu kehamilan dan boleh menyebabkan masalah dalam bayi seperti hipoglisemia. Diabetes gestasi boleh meningkatkan keperluan menjalani pembedahan Caeseraean disebabkan ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar.

Sewaktu ujian glukos, anda mungkin perlu menjalani ujian tambahan seperti ujian darah. Jika gula dalam darah anda terlalu tinggi, anda akan perlu menjalani lebih banyak ujian dan doktor akan membincangkannya dengan anda. Diabetes gestasi selalunya dapat dikawal dengan diet yang terancang, senaman yang kerap dan kadangkala ubat seperti insulin setiap hari.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Perut anda mungkin akan mengalami kegatalan. Ini disebabkan dengan pembesaran perut anda, kulit akan mengembang dan lebih banyak kelembapan yang akan hilang, menyebabkan kegatalan dan rasa tidak selesa. Cuba untuk tidak menggaru perut anda kerana ini boleh membuatkan anda berasa lebih gatal dan menyebabkan keradangan kulit. Pelembap boleh mengurangkan kegatalan untuk sementara waktu, jadi sapukan pelembap dengan kerap. Losyen anti kegatalan seperti calamine atau mandian susu oat dapat melegakan kegatalan tersebut. Bagaimanapun, jika masalah anda bukan disebabkan kulit kering atau kulit sensitif atau ruam pada perut, temui doktor anda untuk diperiksa dengan lebih teliti.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Pada waktu ini uterus anda mungkin akan mula berlatih untuk kelahiran. Anda akan mengalami kontraksi yang dipanggil Braxton Hicks. Ia tidak menyakitkan dan seperti rasa tekanan berdekatan bahagian atas uterus atau bahagian bawah abdomen. Kontraksi Braxton Hicks juga dikenali sebagai kelahiran palsu kerana berbeza daripada kontraksi kelahiran sebenar. Kontraksi Braxton Hicks berlaku pada jarak tetap tetapi dengan intensiti yang berlainan. Semasa melahirkan anak, kontraksi sering berlaku dengan tempoh masa yang lebih lama, lebih kuat dan lebih rapat. Oleh itu, mudah untuk terkeliru antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran yang sebenar. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai kontraksi ini yang membuat anda khuatir, terutamanya jika mereka menjadi sakit atau kekejangan lebih daripada 6 kali dalam satu jam. Perbezaan terbesar antara kontraksi kelahiran dan Braxton Hicks adalah kesan pada serviks anda. Dengan kontraksi Braxton Hicks, serviks anda tidak akan berubah sedangkan dalam kontraksi sebenar, serviks mula dibuka. Anda mungkin perlu berunding dengan pakar perubatan untuk menentukan kontraksi yang sebenar.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:

  • Ukuran berat badan dan tekanan darah;
  • Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Anda boleh menggunakan ubat bebas asid selagi anda tidak mengambil lebih daripada dos yang disyorkan pada label, yang tidak akan menyebabkan sebarang masalah yang serius. Jika anda minum terlalu banyak antagonis asid, anda akan mengalami sembelit, tetapi ini tidak akan menjejaskan janin anda.

Sekiranya anda bercadang untuk melakukan pelilinan (waxing) muka atau badan, sila tangguhkannya semasa mengandung. Walaupun tidak ada bukti ini akan meningkatkan risiko kecacatan pada anak-anak, tetapi anda dapat mengurangkan risiko dengan mencuci kulit dengan air dingin sebelum melilin (mengecilkan liang-liang), dan mengehadkan waktu produk diletakkan pada kulit anda.

Gambaran Janin Minggu ke-24

Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin anda minggu depan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan. Perkara ini boleh mengelirukan para wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fibroid adalah tumor bukan kanser yang tumbuh pada rahim dan bukan lagi perkara asing bagi wanita. Dalam kes yang teruk, fibroid ketika hamil boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

    Pernah tak anda berada di dalam situasi yang menyeronokkan namun pengalaman itu terganggu kerana anda kerap buang air kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 25/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit belakang semasa mengandung

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    kepala bayi lonjong

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/12/2020 . 3 minit bacaan
    teknik pancut luar

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/12/2020 . 3 minit bacaan