Minggu 42

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Bagaimana perkembangan bayi dalam kandungan?  

Mencecah usia 42 minggu kandungan, kehamilan anda sudah dikira sebagai terlebih hari (melebihi tarikh jangkaan bersalin anda). Bagaimanapun, penting untuk anda memahami perkara ini; tidak bermakna kehamilan terlebih hari menunjukkan ada sesuatu berlaku pada bayi anda. Malahan, kebanyakan bayi baru lahir sebenarnya tidak lahir semasa tarikh jangkaan mereka. Sebaliknya, dalam kebanyakan kes, bayi baru lahir hanya tiba dalam 2 minggu tarikh jangkaan bersalin, jadi ini bermakna tiada apa yang perlu dibimbangkan jika bayi anda masih belum lahir semasa tarikh jangkaan. 98% bayi baru lahir tiba sebelum penghujung minggu ke-42, jadi bayi anda berkemungkinan akan tiba lebih awal daripada yang anda jangkakan.

Bayi anda sekarang bersaiz seperti sebiji buah nangka besar atau tembikai. Walaupun bayi anda bersaiz besar ketika ini, namun, anda masih boleh bersalin normal seperti ibu lain. Meskipun ibu hamil terlebih bulan boleh bersalin normal, namun bayi anda mungkin menunjukkan ciri-ciri tertentu seperti rambut atau kuku yang lebih panjang serta kulit kering, pecah, menggelupas, atau berkedut. Keadaan kulit bayi anda seperti yang disebutkan tadi, dalam kebanyakan kes adalah bersifat sementara, yang berlaku disebabkan pengguguran perlindungan verniks kulit pada sekitar tarikh jangkaan bersalin yang lalu.

Perubahan tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Pada minggu ke-42 kehamilan, anda akan mengalami simptom kehamilan yang sama seperti minggu-minggu sebelumnya. Simptom-simptom ini termasuklah kejang kaki, sukar tidur, sakit belakang, tekanan pelviks, buasir, kerap kencing, dan kontraksi. Anda juga mungkin mengalami tekanan psikologi. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mencuba untuk relaks dan biarkan bayi anda keluar pada masa yang dia mahukan.

Ingat bahawa bayi anda mungkin tiba pada akhir minggu ini, jadi anda perlu perhatikan simptom-simptom hendak bersalin. Antaranya termasuklah:

  • Lelehan mukus (mungkin berserta darah)
  • Air ketuban pecah
  • Kontraksi pada jarak waktu yang dekat

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Ibu yang berada pada usia kehamilan 42 minggu adalah berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi seperti:

  • Masalah plasenta
  • Cecair amniotik rendah
  • Tali pusat berpintal
  • Perlu menggunakan Unit Jagaan Intensif Neonatal
  • Keperluan untuk bersalin secara pembedahan Cesarean

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Dalam pertemuan dengan doktor, anda perlu berbincang tentang pelbagai kemungkinan komplikasi yang boleh menjejaskan kehamilan anda semasa peringkat tersebut, seperti yang dinyatakan di atas.

Semasa minggu ke-42, anda perlu sentiasa membuat kiraan tendangan bayi seperti yang anda lakukan pada sepanjang trimester ketiga. Jika terdapat sebarang perubahan pada kekerapan tendangan bayi, anda perlu segera memberitahu doktor atau pakar obstetrik anda.

Tanda lain yang perlu anda pantau termasuklah sebarang lelehan tidak normal, pendarahan ataupun sakit abdomen. Jika anda mengalami sebarang simptom-simptom ini, segera beritahu doktor anda.  

Apa ujian yang perlu saya tahu?

Semasa peringkat kehamilan ini, penting untuk doktor anda memantau lebih dekat akan kehamilan anda. Ini kerana kehamilan terlebih bulan mendedahkan anda kepada risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding kehamilan normal lain. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, asalkan bayi anda dalam pemantauan rapi dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang membimbangkan, jadi tiada apa yang perlu anda risaukan. Semasa tempoh ini, doktor akan menjalankan ujian dan pemeriksaan tertentu untuk memastikan kesihatan bayi. Ujian tersebut termasuklah ujian imbasan ultra bunyi minggu ke-42 kehamilan, ujian tidak-stres, dan kemungkinan ujian tekanan kontraksi. Tujuan ujian dijalankan adalah untuk memastikan bayi bergerak dan bernafas dengan baik, mendapat cukup cecair amniotik, serta kadar degupan jantung sihat.

Disebabkan peningkatan risiko berkait dengan kehamilan terlebih hari, doktor anda mungkin akan menimbangkan untuk melakukan induksi bersalin pada minggu tersebut. Kaedah ini mungkin diperlukan jika keputusan ujian menunjukkan bahawa bayi tidak boleh menunggu lebih lama di dalam rahim. Pelbagai kaedah induksi bersalin termasuklah:

  • Pelurutan membran: Doktor akan menggunakan jari untuk meleret sekitar pundi amnion yang akan membebaskan hormon tertentu, dan menyebabkan kontraksi dalam masa 48 jam.
  • Air ketuban pecah: Doktor juga mungkin akan memecahkan pundi amnion anda dengan alat khas. Cara ini boleh menyebabkan kontraksi berlaku dalam tempoh beberapa jam.
  • Mematangkan serviks: Melalui cara ini, doktor akan memasukkan jenis perubatan tertentu yang dipanggil prostaglandin dalam faraj anda. Dalam masa semalaman, ubat tersebut akan membantu mengembangkan serviks anda.
  • Merangsang kontraksi: Cara ini dibuat menggunakan IV dan versi oksitosin sintetik, yang dapat membantu merangsang kontraksi.

Kesihatan & keselamatan

Bagaimana untuk memastikan keselamatan semasa hamil?

Berikut ada beberapa tips untuk membantu anda yang hamil terlebih hari:

  • Sentiasa maklumkan kepada doktor tentang keadaan anda
  • Berbincang dengan doktor tentang pilihan yang anda ada
  • Jangan tertinggal sebarang ujian
  • Lebih kerap berjalan jauh
  • Cuba untuk mengelakkan tekanan
  • Pantau lebih rapi simptom seperti sakit pelviks, sukar tidur, kontraksi, dan simptom kehamilan lain

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Mestilah warna darah haid merah, kan? Tapi benarkah darah haid hanya berwarna merah? Jaga-jaga, warna berbeza petanda masalah kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Terfikir cara mendapatkan anak kembar? Anda boleh mencuba petua anak kembar yang satu ini, dengan menggunakan ubat kesuburan Clomid.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jangan sesuka hati tindik telinga atau kawasan lain tanpa mengetahui bahaya ini terlebih dahulu ya? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Bagi mereka yang tidak menunjukkan tanda-tanda kanser, terdapat pelbagai jenis langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi memastikan risiko barah kekal rendah. Kanser kolorektal merupakan kanser ketiga tertinggi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengesan kehamilan PCOS

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    sebab mati pucuk

    Ubat Rambut Gugur Boleh Sebabkan Mati Pucuk? Jaga-jaga, Ada 4 Lagi Punca MENGEJUTKAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan