backup og meta

Snek Berkhasiat untuk Ibu Hamil (Bahagian 1)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Snek Berkhasiat untuk Ibu Hamil (Bahagian 1)

    Bayi yang sedang membesar dalam perut ibu membuatkan si ibu tidak lari daripada sentiasa berasa lapar dan ingin mengunyah. Masalahnya adalah, tidak semua makanan dan minuman boleh diambil oleh ibu kerana sesetengahnya boleh memberi kesan kepada tubuh ibu dan kandungan. Sedar akan keadaan bakal ibu yang kerap ingin mengunyah, kami sediakan siri snek berkhasiat yang boleh memenuhi keperluan nutrien penting anda semasa kehamilan. Setiap snek hanya mengandungi 200-300 kalori dan ia amatlah mudah untuk disediakan.

    Epal dan keju

    Anda memerlukan sebiji epal bersaiz sederhana dan keju keras (contohnya, keju cheddar).

    Kebanyakan daripada kita gagal untuk memenuhi pengambilan serat sejak awal lagi, begitu juga dengan wanita hamil. Keperluan serat harian bagi ibu hamil adalah meningkat sehingga 28-30g. Disebabkan ramai ibu yang mengalami mabuk hamil semasa trimester pertama atau seterusnya, jumlah serat yang disarankan adalah sukar untuk dipenuhi. Jadi, penyelesaiannya adalah untuk menambah lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam rancangan pemakanan ibu hamil. Buah dan sayur boleh membantu ibu memenuhi keperluan serat selain memastikan anda kekal hidrat.

    Epal bersaiz sederhana memberikan anda hanya 95 kalori tetapi ia mengandungi lebih daripada 4 gram serat. Tambahan pula, ianya rangup dan mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu, kulit epal juga dilengkapi dengan pektin, iaitu serat larut yang membantu menyihatkan sistem penghadaman anda.

    Semasa kehamilan anda, kalsium amat memainkan peranan. Mineral ini memastikan gigi dan tulang anda kuat selain menyediakan bayi anda struktur tulang yang sihat. Jika wanita hamil tidak boleh mencapai keperluan hariannya daripada makanan atau suplemen, janin akan mengambil kalsium daripada tubuh anda. Dalam kata lain, vitamin pranatal walaupun mengandungi pelbagai nutrien penting, namun biasanya ia dilengkapi dengan sedikit kalsium. Oleh itu, ambillah vitamin pranatal semasa kehamilan anda. Mujur juga, sekeping keju cheddar (kira-kira 1 auns berat) memberikan anda 200 mg kasium, dikira sebanyak 20% daripada keperluan harian. Ambil 1 keping keju dan anda akan dapat kira-kira 9 g lemak bersama dengan 110 kalori.

    Muffin bersalut telur

    Apa yang perlu disediakan: satu telur goreng atau telur hancur, roti bakar atau muffin.

    Vitamin D diketahui akan peranan pentingnya kepada tubuh manusia. Tanpa vitamin D, tubuh kita tidak boleh menyerap kalsium. Vitamin D juga menyumbang kepada pencegahan kanser, meningkatkan imuniti, dan mengurangkan keradangan.

    Semasa kehamilan, vitamin D adalah lebih penting kerana ia menyokong tumbesaran gigi dan tulang bayi, serta menjamin bayi anda mendapat sistem imun yang dapat berfungsi baik semasa dia dilahirkan nanti. Setiap hari, bakal ibu memerlukan 600 IU vitamin D. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 4,000 IU sehari, seperti yang dinyatakan oleh Institute of Medicine.

    Satu telur mengandungi 20 IU vitamin D dalam telur kuning. Oleh itu, pastikan telur kuning dimasak sempurna, bukan mentah. Anda juga boleh mendapatkan vitamin D dalam susu yang diperkuat (237ml auns daripadanya untuk 98 IU), salmon (207 ml untuk 720 IU), dan tuna dalam tin (89 ml untuk 200 IU).

    Telur kuning juga memberikan kolin, iaitu nutrien penting untuk perkembangan otak bayi. Selain itu, kolin juga boleh menyelamatkan bayi daripada kecacatan kelahiran. Wanita hamil perlu menambah 450 mg kolin setiap hari. Dan, dengan sebiji telur, terdapat 125 mg kolin di dalamnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan