Selamatkah Jika Ibu Hamil Minum Kopi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa hamil, adalah dinasihatkan supaya anda memberi perhatian kepada pemakanan anda memandangkan makanan dan minuman memberikan kesan yang ketara kepada perkembangan bayi dalam kandungan. Ramai individu percaya bahawa wanita hamil tidak boleh menyentuh kopi. Walaupun kenyataan ini sedikit kejam, namun kajian menyarankan supaya bakal ibu untuk mengawal pengambilan kafein mereka.

Saya kini hamil, jadi perlukah saya berhenti minum kopi dan mengambil sebarang sumber makanan yang mengandungi kafein? 

Jika anda sedang hamil, adalah lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan kafein anda. Akan tetapi, berapa banyak yang boleh anda ambil? Selepas pelbagai kajian dan perdebatan dilakukan, masih tiada sebarang jawapan jelas mengenai jumlah kafein yang dikatakan selamat untuk diambil semasa hamil. Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), wanita hamil perlu mengehadkan pengambilan kafein mereka kepada kurang daripada 200 miligram sehari, yang bersamaan dengan kira-kira satu  cawan kopi.

Apakah kebimbangan jika minum kopi semasa hamil?

Semasa minum kopi, kafein akan memasuki plasenta, pergi ke cecair amniotik dan mengalir ke aliran darah bayi anda. Sungguhpun tubuh anda boleh menghilangkan kafein, namun berbeza dengan tubuh bayi yang masih belum terbentuk sempurna dan tidak boleh menghilangkan kafein. Sebagai akibatnya, pendedahan bayi kepada kesan kafein adalah lebih panjang berbanding dengan kesan yang anda alami.

Sehingga ke hari ini, para penyelidik masih berterusan menentukan kesan sebenar kafein kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, satu kajian penting menunjukkan ibu yang mengambil kafein lebih daripada 300 miligram sehari melahirkan bayi yang lebih kecil untuk usia gestasi mereka.

Selain itu, kafein juga boleh menyebabkan insomnia dan membuatkan anda berasa berdebar-debar. Selain bertindak sebagai perangsang, kafein juga meningkatkan kadar jantung anda, tekanan darah, dan membuatkan anda berasa pedih hulu hati, dengan cara menyebabkan pengeluaran asid perut.

Semasa hamil, kesan yang disebabkan oleh kafein kelihatan lebih ketara jika bayi dalam kandungan semakin meningkat minggu. Kemampuan tubuh anda untuk menghapuskan kafein juga semakin perlahan. Akhirnya, anda akan mengalami paras yang lebih tinggi dalam aliran darah anda. Dalam trimester kedua pula, badan anda mengambil dua kali lebih lama untuk menghapuskan kafein daripada badan berbanding dengan jika anda tidak hamil. Dan, semasa trimester ketiga pula, ia mengambil masa tiga kali lebih lama.

Satu lagi sebab untuk anda mengurangkan pengambilan kafein adalah kerana minuman ini akan menyukarkan tubuh anda untuk menyerap zat besi. Jika anda minum kopi atau teh, adalah lebih baik untuk anda menikmatinya di antara hidangan supaya ia memberikan kurang kesan kepada penyerapan zat besi.

Apakah jenis makanan dan minuman yang mengandungi kafein? 

Selain kopi, terdapat beberapa jenis minuman yang mengandungi kafein, termasuklah:

  • Teh
  • Minuman ringan
  • Minuman tenaga
  • Coklat
  • Aiskrim kopi
  • Ubatan tanpa preskripsi (over-the-counter)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Badan anda dipenuhi kesan gigitan pepijat? Bagaimana hendak atasi? Pertama sekali, periksa katil anda sama ada ada pepijat atau telur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 29/09/2020 . 4 minit bacaan

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Alahan makanan dan minuman tertentu boleh membawa maut. Namun ada kajian terbaharu yang kata bakteria dalam perut boleh jadi jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    zakar tidak tegang

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat batuk

    Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan