Selamat atau Tidak Pengambilan Bromocriptine untuk Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bromocriptine atau turut dikenali sebagai Parlodel merupakan ubat kesuburan yang dapat membantu wanita yang mempunyai masalah ovulasi untuk hamil. Bromocriptine digunakan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan hormon prolaktin iaitu hormon yang menghalang ovari untuk mengeluarkan telur.

Bilakah bromocriptine perlu diambil?

Apabila anda mempunyai kandungan hormon prolaktin yang terlalu tinggi (hiperprolaktinemia), anda boleh mengambil bromocriptine.

Bagaimanakah bromocriptine berfungsi?

Ubat ini dapat meningkatkan tahap dopamine dalam otak anda. Ia berfungsi sebagai penghalang hormon prolaktin dengan menjejaskan lobus anterior pada kelenjar pituitari. Lebihan hormon prolaktin pula boleh menyebabkan anda memproses susu badan meskipun anda tidak hamil atau menyusukan anak. Selain itu juga, kandungan hormon prolaktin yang tinggi mampu menyebabkan peningkatan hormon perangsang folikel sekaligus mengakibatkan masalah ovulasi.

Bromocriptine mempunyai sejarah keberkesanan yang tinggi. Selain itu, ia juga tidak berisiko mengakibatkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Penggunaan bromocriptine disarankan kepada mereka yang berhasrat untuk hamil. Hanya dalam masa beberapa bulan sahaja, ubat ini akan menunjukkan kesannya. Apabila kandungan hormon anda berada pada tahap yang normal, tubuh badan anda juga dapat melakukan proses ovulasi yang normal.

Apakah kesan sampingan bromocriptine?

Terdapat beberapa kesan sampingan bromocriptine yang anda perlu tahu iaitu:

  • Muntah-muntah
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Mulut kering
  • Hidung tersumbat
  • Pening kepala
  • Tekanan darah rendah

Kesan-kesan sampingan ini mungkin akan berlaku lebih teruk ketika rawatan awal atau ketika peningkatan dos penggunaan. Walaubagaimanapun, kesan sampingan ini akan beransur kebah dan hilang dengan sendirinya apabila tubuh badan anda sudah terbiasa dengan ubat tersebut.

Bagaimanakah keberkesanan bromocriptine?

90% wanita yang menggunakan bromocriptine ini sudah mampu untuk mengembalikan ovulasi yang normal dengan pengambilan ubat ini. Sebanyak 65% hingga 85% daripada wanita ini juga dilaporkan telah berjaya hamil.

Jika anda menghadapi sebarang masalah ketidaksuburan, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sebetulnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Pastinya ia punca rasa perit bagi wanita mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan