Seks Selepas Bersalin: Bilakah Waktu Selamat Melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Seks selepas bersalin adalah perkara yang normal tetapi merupakan perkara yang ditakuti oleh wanita yang baru sahaja bersalin. Ini kerana mereka mungkin masih belum bersedia atau tidak tahu waktu yang selamat untuk melakukannya. Artikel ini akan memberi penjelasan berkenaan kehidupan seks selepas bersalin yang dapat membantu anda dan pasangan menjalani hidup yang lebih sihat dan berkualiti.

Bilakah waktu selamat melakukan hubungan seks selepas bersalin?

Paling penting, anda dan pasangan perlu tunggu sehingga kondisi fizikal dan mental anda benar-benar pulih. Berikan masa untuk serviks tertutup dengan sendiri, pendarahan terhenti dan emosi anda kembali terkawal. Peruntukan masa untuk ini mungkin berbeza bagi setiap individu tetapi pakar perubatan mencadangkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 4 minggu selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks kembali.

Ada wanita yang sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks beberapa minggu selepas bersalin malah ada juga yang menunggu sehingga 6 minggu. Kebanyakan pasangan akan kembali melakukan hubungan seks tiga bulan selepas kelahiran bayi sementara ada juga pasangan yang menunggu sehingga setengah tahun. Semuanya bergantung kepada anda. Namun begitu, berbincanglah dengan pasangan dan pakar perubatan untuk lebih kepastian.

Anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan alat merancang kehamilan seperti kondom sebelum memutuskan untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin. Ini bertujuan merancang jumlah dan jarak umur antara anak anda. Berbincanglah dengan doktor anda untuk memutuskan pilihan perancangan kehamilan yang terbaik.

Bagaimanakah jika terjadi perselisihan pendapat?

Jika pasangan anda sudah mahu melakukan hubungan seks kembali namun anda sebaliknya, berbincanglah dengan pasangan anda secara lembut dan berterus-terang. Ini mungkin mengakibatkan pasangan anda berasa tidak selesa dengan penolakan anda. Oleh itu, sentiasa yakinkan bahawa anda memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya terlebih dahulu. Sentiasa berkomunikasi untuk mengekalkan keintiman rumah tangga anda.

Terdapat beberapa alternatif untuk mengekspresikan perasaan kasih sayang sesama anda selain hubungan seks. Kucupan atau pelukan juga sudah memadai untuk menghangatkan rasa cinta anda dan pasangan.

Lanjutan tip hubungan seks selepas bersalin

Kebanyakan masalah seksual dapat diselesaikan dalam masa satu tahun. Sepanjang tempoh itu, gunakan tip-tip berikut untuk memperbaiki masalah yang dialami anda.

  • Cuba lakukannya perlahan-lahan. Anda mungkin masih belum bersedia untuk disentuh secara seksual dengan mengejut.
  • Berbincang dengan pasangan anda mengenai perkara yang disukai atau tidak ketika melakukan hubungan seksual.
  • Jangan terus lakukan penembusan zakar. Sebaliknya lakukan hubungan yang ringan foreplay terlebih dahulu.
  • Makan makanan yang sihat dan minum banyak air putih.
  • Mendapatkan rehat yang secukupnya.
  • Lakukan senaman dan aktiviti fizikal yang lain bagi membantu badan anda untuk kembali pulih.

Menyambung kembali kehidupan seks anda memerlukan masa. Semuanya akan berjalan lancar jika anda mengikut saranan pakar perubatan. Dalam masa yang sama, penjagaan diri sendiri harus dititikberatkan untuk menjamin kehidupan yang lebih sejahtera.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mudah Saja Nak Dapatkan Prostat Yang Sihat, Salah Satunya Kena Banyak Minum Kopi- Kajian

    Mungkin ada yang menganggap kelenjar prostat sebagai organ yang tidak penting, namun peranannya dalam hubungan seksual dan sistem reproduktif manusia...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Prostat 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selepas Donald Trump, Kini Elon Musk Pula Sahkan Dijangkiti Wabak Covid-19?

    Ya, pandemik covid 19 ini masih belum tamat dan telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terkini, Elon Musk pula dikatakan dijangkiti wabak ini..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 03/12/2020 . 2 minit bacaan

    Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

    Pernahkah anda terfikir dan tertanya alat sulit lelaki membesar sampai bila? Jom klik artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Cara Nak Tahu Ketuat Yang Tumbuh Pada Badan Normal Atau Sebab Sakit Kelamin!

    Masalah kulit seperti kutil biasanya tidak berbahaya dan boleh hilang dengan rawatan, tetapi ia mampu menjejaskan penampilan dan boleh jadi menyakitkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Kulit, Pusat Kesihatan 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Ditaja oleh
    penyusuan susu ibu

    Mahu Cuba Bercerai Susu, Tapi Takut Si Manja Tak Bersedia? Cuba 5 Tip Memudahkan Proses Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 5 minit bacaan
    gigi rongak

    Gigi Anak Hitam & Rongak? Mak Ayah Usah Biarkan, Ini Bukan Hal Biasa Walaupun Gigi Susu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental orang kelainan upaya

    Cuba Sensitif, Golongan OKU Juga Berdepan Dengan Cabaran Mental, Sokongan Kita Bawa Perubahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan