backup og meta

Nak Tukar Selera Makan Masa Berpantang? Cuba Resipi Sandwic Sedap Ini!

Nak Tukar Selera Makan Masa Berpantang? Cuba Resipi Sandwic Sedap Ini!

Apabila memperkatakan tentang hidangan ibu selepas bersalin, mesti kita akan terbayang makanan yang tawar dan tidak sedap. Namun itu semua salah! Ketika tempoh pantang, ibu-ibu juga boleh menikmati hidangan enak seperti roti. Jom ketahui resepi sandwich untuk ibu berpantang yang sedap.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Roti untuk ibu berpantang

Bayangkan kalau sepanjang tempoh berpantang, hanya makan nasi, pasti timbul rasa bosan, betul tak? Sekali-sekala tukar citarasa tiada salahnya. 

Apa yang penting, makanan yang diambil semasa berpantang ini haruslah berkhasiat untuk membantu menambah tenaga, di samping mempercepatkan tempoh pemulihan. Jadi pengambilan roti untuk ibu berpantang boleh dianggap sebagai pilihan snek yang sihat.

Sebelum anda mengetahui resepi sandwich untuk ibu berpantang, ayuh kita ketahui apakah jenis roti yang sesuai diambil semasa tempoh pantang ni.

[embed-health-tool-due-date]

Roti sourdough

Roti jenis ini biasanya dijual dalam bentuk sebuku roti besar yang belum dipotong. Ia adalah sejenis roti beragi atau beryis yang dihasilkan daripada campuran tepung dan air ditapai.

Sourdough mengandungi kandungan khasiat yang banyak. Penapaian yang lama membantu memecahkan gluten, menjadikan ia mudah dihadam dan diserap badan.

Proses penapaian tersebut juga menyingkirkan kandungan kanji tidak sihat di dalamnya. Ini bermakna tidak akan berlaku peningkatan gula darah secara drastik selepas pengambilan roti jenis ini.

roti

Roti gandum penuh

Turut dikenali sebagai whole-wheat bread, merupakan roti yang dihasilkan daripada 100% ekstrak bijian gandum. 

Ia dianggap pilihan yang sihat kerana kandungan nutrisinya lebih tinggi berbanding roti putih biasa. Roti jenis ini tinggi kandungan serat.

Sememangnya roti jenis ini kurang menjadi pilihan. Namun hakikatnya ia sedap untuk dinikmati dan dihidangkan mengikut resepi sandwich untuk ibu berpantang seperti roti putih.

Roti rai

Rye bread adalah roti yang berasal dari Eropah dan diperbuat daripada tepung rai atau campuran antara tepung rai dan tepung gandum. Ia mempunyai warna sedikit gelap dan rasa yang kuat.

resepi sandwich untuk ibu berpantang

Ia mengandungi protein secalin yang berfungsi mengurangkan keinginan makan dan membantu meningkatkan rasa kenyang untuk tempoh lebih lama. Roti ini dikatakan mempunyai indeks glisemik rendah.

Roti pita

Roti jenis ini selalunya dijadikan sebagai roti kebab dan popular di kebanyakan restoran yang menghidangkan menu negara Timur Tengah.

Roti pita boleh dijadikan antara pilihan roti untuk ibu berpantang kerana rendah kalori, tinggi sumber protein dan karbohidrat serta mempunyai vitamin B, selenium dan mangan – berperanan sebagai antioksidan yang kuat.

Resepi sandwich untuk ibu berpantang

Berikut dikongsikan beberapa resipi roti sandwic yang sesuai dinikmati oleh ibu selepas melahirkan anak, sama ada sebagai sarapan pagi atau menu minum petang.

Resepi sandwich untuk ibu berpantang #Sandwic mayo telur

resepi sandwich untuk ibu berpantang

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur – direbus dan dilecek
  • 1 senduk mayones
  • 1 sudu teh lada putih
  • Tomato – dihiris bulat
  • Daun salad
  • Kepingan roti gandum
  • Mentega 

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan: telur, mayones dan lada sulah, digaul sebati.
  2. Sapukan mentega pada kepingan roti gandum.
  3. Letakkan hirisan tomato di atas roti, telur serta salad. Kemudian letakkan sekeping lagi roti sebagai pelengkap.
  4. Potong roti menyerong kepada 2 bahagian. Sedia untuk dimakan sebagai menu sarapan untuk ibu berpantang.

resepi sandwich untuk ibu berpantang

Roti pita tuna

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti pita
  • 1 tin kecil ikan tuna
  • 1 biji bawang merah – dicincang halus
  • 2 helai daun salad
  • 4 keping hirisan tomato
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Mayones secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Bakar roti pita di atas pemanggang sehingga cukup panas. Angkat dan potong kepada dua bahagian.
  2. Masukkan salad dan hirisan tomato ke dalam setiap poket.
  3. Gaulkan tuna bersama bawang merah, serbuk lada hitam, mayones dan perahan limau sehingga sebati.
  4. Letakkan isi tuna secukupnya ke dalam roti dan sedia untuk dinikmati.

Baca juga:

Sandwic ayam, resepi sandwich untuk ibu berpantang

Bahan perapan ayam:

  • 1 sudu lada hitam
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 keping isi ayam bahagian dada – dipotong kecil

Bahan untuk sandwic:

  • 2 helai daun salad
  • 1 biji bawang Holland – dihiris
  • ½ sudu sos lada hitam
  • Kepingan roti gandum penuh

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih. Setelah hancur, gaulkan bersama ayam. Perap untuk semalaman.
  2. Bakar ayam menggunakan pan. 
  3. Di atas kepingan roti, letakkan salad, bawang Holland, ayam bakar dan sos lada hitam.

Sekiranya mempunyai kebimbangan mengenai kesesuaian untuk mencuba resipi di atas semasa dalam tempoh pantang, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian. Selamat mencuba! 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. An A-Z of breads from around the world. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/nutrition/cooking-skills/dough/a-to-z-of-breads, Accessed on Feb 2, 2023
  2. The scientific reason why that first post-birth meal tastes SO good. https://www.mother.ly/birth/first-post-birth-meal/,  Accessed on Feb 2, 2023
  3. Nutrition For New Mothers. https://www.beaumont.org/services/womens-services/maternity/after-pregnancy/moms-health/nutrition-for-new-mothers, Accessed on Feb 2, 2023 
  4. 40 postpartum-friendly recipes. https://www.thebakingfairy.net/2022/08/40-postpartum-friendly-recipes/, Accessed on Feb 2, 2023 
  5. Menu Pantang Tak Pernah Membosankan, 8 Resipi Berpantang Buat Ibu turun Berat Lebih Cepat! https://www.majalahpama.my/menu-pantang-tak-pernah-membosankan-8-resipi-berpantang-buat-ibu-turun-berat-lebih-cepat/, Accessed on Feb 2, 2023
  6. 10 Resepi Sandwich Tular (Sihat, Mudah, Pantas). https://bidadari.my/10-resepi-sandwich/, Accessed on Feb 2, 2023 
  7. Resepi Sandwich Telur Yang Lazat dan Sihat. https://saji.my/resepi-sandwich-telur-yang-lazat-dan-sihat/, Accessed on Feb 2, 2023 

Versi Terbaru

20/04/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ibu Berpantang Tak Boleh Makan Ubi Kentang? Ini 5 Makanan PERLU Dielakkan!

Sedang Berpantang? Ibu, Ikut 3 Cara Bertungku Ini Kalau Nak Cepat Langsing!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan