backup og meta

Bolehkah Ibu Bersalin Normal Setelah Bersalin Czer (VBAC)? Ambil Tahu Risiko Ini Dulu

Bolehkah Ibu Bersalin Normal Setelah Bersalin Czer (VBAC)? Ambil Tahu Risiko Ini Dulu

Anda mesti pernah terdengar berkenaan dengan keputusan untuk membenarkan ibu bersalin normal selepas czer. Boleh ke? Atau pilihan terbaik adalah untuk terus secara bersalin czer?

Dapatkan informasi lanjut tentang bersalin normal selepas czer. Jom, teruskan pembacaan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kenapa ibu tidak digalakkan bersalin normal selepas czer?bersalin normal selepas czer

Jika pembedahan czer tidak akan memberikan kesakitan kepada ibu yang hendak bersalin, kenapa tidak semua ibu yang ingin bersalin dilakukan secara pembedahan? Lagi pun pembedahan czer pakai ubat bius kan? 

Jika anda mempunyai persoalan atau tanggapan yang sama berkenaan dengan pembedahan czer, anda tidak salah.

Pembedahan caesarean section (czer) merupakan alternatif buat si ibu yang ingin melahirkan bayi namun mempunyai kontraindikasi untuk bersalin normal.

Mereka yang melalui pembedahan czer lazimnya akan tinggal di hospital lebih lama berbanding dengan mereka yang bersalin normal. Ini berikutan wanita tersebut perlu dipantau akan keadaan luka di bahagian abdomennya setelah menjalani pembedahan major.

Ibu bersalin normal juga kebiasaannya boleh menyusukan anak lebih cepat berbanding dengan mereka bersalin czer.

Mana tidaknya, kesan ubat bius yang diberikan akan mengambil masa untuk hilang. Ini akan mempengaruhi kebolehan si ibu untuk memberikan jagaan awal kepada bayi seusai bersalin seperti sentuhan kulit ke kulit dan penyusuan badan.

Antara risiko boleh dialami oleh wanita yang menjalani pembedahan czer seperti:

  • Pendarahan
  • Risiko pembedahan czer pada kehamilan yang akan datang
  • Jangkitan kuman
  • Kecederaan kepada anak ketika pembedahan
  • Kecederaan pada organ lain yang berada di bahagian abdomen
  • Pelekatan (adhesion), angin pasang (hernia) dan komplikasi pembedahan abdomen
  • Risiko yang berkaitan dengan pemberian ubat bius 
  • Jika dilakukan sebelum 37 minggu kehamilan, anak yang lahir berisiko untuk mendapat masalah berkaitan pernafasan

Kenapa ibu perlu bersalin czer?

bersalin normal selepas czer

Jika anda mengalami komplikasi ketika hamil, anda akan digalakkan bersalin czer.

Ini untuk melindungi nyawa ibu dan anak, dalam masa sama mengelakkan komplikasi yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan kedua-duanya selepas bersalin.

Bagi mereka yang sudah didiagnosis dengan komplikasi tertentu seperti preeklampsia dan diabetes gestasi, pelan untuk bersalin czer kebiasaannya dirancang lebih awal. Keadaan ini dipanggil prosedur czer elektif.

Bagi prosedur czer kecemasan pula, kebiasaannya ia melibatkan keadaan boleh mengancam nyawa bayi atau ibu.

Antara keadaan yang menggalakkan prosedur pembedahan czer adalah seperti berikut:

  • Bayi mempunyai masalah berkaitan tumbesaran
  • Bayi songsang
  • Komplikasi kehamilan seperti diabetes gestasi dan preeklampsia
  • Masalah kesihatan dialami oleh ibu seperti penyakit jantung tidak stabil dan darah tinggi tidak terkawal
  • Kepala bayi terlalu besar dan tidak muat untuk melepasi pinggul ibu
  • Masalah dengan plasenta seperti plasenta previa dan abruptio placenta
  • Ibu mempunyai jangkitan herpes kelamin aktif
  • Masalah dengan tali pusat bayi
  • Bayi kekurangan oksigen
  • Bayi lahir keluar bahu terlebih dahulu

Baca juga:

Bersalin normal selepas czer (VBAC)

bersalin normal selepas czer

Mereka yang bersalin czer akan melalui pembedahan yang sama bagi kehamilan akan datang.

Namun panduan yang dikeluarkan oleh The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) menggalakkan prosedur beranak normal selepas czer. Tetapi, mengapa?

Antara kebaikan bersalin normal selepas czer:

  • Tidak melibatkan pembedahan pada bahagian abdomen
  • Jangka masa pemulihan lebih pendek
  • Kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman
  • Kurang pendarahan
  • Kurang risiko kecederaan pada organ lain

Namun bukan semua wanita sesuai untuk melalui prosedur VBAC. Ia bergantung kepada jenis parut pada rahim anda kesan daripada pembedahan czer.

Parut yang berbeza mempunyai kebarangkalian berlainan berkaitan dengan risikonya untuk pecah.

Antaranya adalah:

  • Potongan melintang pada bahagian bawah rahim. Ini merupakan teknik potongan paling lazim yang dilakukan oleh doktor. Risikonya untuk pecah adalah yang paling rendah (1 daripada 500 kelahiran)  jika dibandingkan dengan teknik potongan yang lain
  • Potongan menegak pada bahagian bawah rahim. Teknik potongan ini mempunyai risiko untuk pecah yang lebih tinggi berbanding dengan potongan melintang pada bahagian bawah abdomen
  • Potongan menegak pada bahagian atas rahim atau dikenali sebagai parut klasik czer. Potongan ini kebiasaannya dilakukan bagi kelahiran pramatang sebelum 32 minggu (very preterm). Ia mempunyai risiko yang tinggi untuk pecah jika VBAC dilakukan

Jika berlaku komplikasi rahim pecah sewaktu VBAC, prosedur bersalin czer kecemasan akan dijalankan. 

Jika keadaan tersebut terlalu serius, pembedahan yang melibatkan pembuangan rahim akan dilakukan bagi menyelamatkan nyawa ibu. Ini bermakna, wanita tersebut tidak boleh hamil di masa akan datang.

Moga artikel kali ini dapat menjawab persoalan pembaca mengenai bersalin normal selepas czer.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. VBAC: Vaginal Birth After Cesarean. https://americanpregnancy.org/labor-and-birth/vbac/. Accessed on December 29, 2019.
  2. https://www.aurorahealthcare.org/patients-visitors/blog/whats-the-difference-natural-delivery-or-c-section#. Accessed on December 29, 2019.
  3. Vaginal Birth After Cesarean Delivery. https://www.acog.org/Patients/FAQs/Vaginal-Birth-After-Cesarean-Delivery?IsMobileSet=false. Accessed on December 29, 2019.
  4. Maryam Zakerihamidi,  Robab Latifnejad Roudsari, and Effat Merghati Khoei (2015). Vaginal Delivery vs. Cesarean Section: A Focused Ethnographic Study of Women’s Perceptions in The North of Iran. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4280556/. Accessed on December 29, 2019.
  5. Vaginal or Cesarean Birth: What Is at Stake for Women and Babies? https://www.nationalpartnership.org/our-work/resources/health-care/maternity/vaginal-or-cesarean-birth-what-is-at-stake.pdf.Accessed on December 29, 2019.

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan