backup og meta

Kehamilan Luar Jangkaan: 5 Perkara Perlu Dilakukan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    Kehamilan Luar Jangkaan: 5 Perkara Perlu Dilakukan

    Kehamilan Luar Jangkaan: 5 Perkara Perlu Dilakukan

    Jika anda hamil tanpa dirancang, and mungkin terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Anda juga mungkin berfikir untuk menggugurkan kandungan tersebut bagi mengelak persepsi masyarakat yang buruk terhadap anda. Atau anda mungkin risau pasangan anda tidak mahukan anak itu selain risau anda tidak dapat menjadi ibu yang baik. Berikut adalah 5 perkara anda perlu lakukan ketika berada dalam situasi ini.

    Berjumpa doktor

    Ini adalah masanya untuk anda berjumpa dengan doktor. Doktor anda akan mengesahkan status kehamilan dan tempoh kandungan anda. Doktor juga boleh memastikan sama ada bayi itu dalam kondisi yang baik. Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti masalah jantung, diabetes atau obesiti, maklumkan kepada doktor anda.

    Berjumpa kaunselor atau meminta bantuan orang yang dipercayai

    Jika anda mahu tidak mahukan anak ini dengan menggugurkan kandungan atau memberikan bayi anda kepada jagaan orang lain, berjumpalah dengan kaunselor yang boleh membantu anda mengatasi masalah emosi seperti kegelisahan, stres atau depresi. Masalah-masalah ini adalah normal memandangkan kehamilan yang terjadi adalah di luar jangkaan. Walaubagaimanapun, kondisi ini mampu memberi kesan kepada kesihatan dan tumbesaran bayi.

    Jika anda mahu menggugurkan kandungan, anda perlu berbincanglah dahulu dengan kaunselor terhadap kesan dan akibat melakukannya serta berdiskusilah dengan doktor anda berkaitan risiko dan komplikasi prosedurnya.

    Anda juga boleh meminta bantuan daripada orang yang anda percaya dengan berbincang tentang masalah anda. Beritahu mereka situasi dan perasaan anda serta tindakan yang bakal anda lakukan. Individu ini boleh membantu anda membuat pilihan dan memberi sokongan.

    Menjaga diri

    Sentiasa jaga diri anda sebaiknya. Anda memerlukan badan dan minda yang sihat untuk mengandung dan menjalani prosedur ini. Mula ambil asid folik setiap hari, makan makanan yang sihat, melakukan aktiviti ringan seperti berenang atau berjoging, memastikan waktu tidur mencukupi dan minum air dalam kuantiti yang sebetulnya setiap hari. Berbincanglah dengan pakar diet untuk membantu anda.

    Hentikan tabiat buruk

    Sekiranya anda mahu meneruskan kandungan anda, anda perlu berhenti melakukan tabiat buruk seperti merokok, mengambil alkohol mahupun penggunaan dadah kerana perkara-perkara ini boleh merosakkan kandungan. Berbincanglah dengan doktor anda tentang bagaimana menghentikan tabiat buruk anda.

    Ketahui risiko anda

    Penting untuk anda ketahui apa yang perlu anda elakkan semasa sedang hamil.

    • Anda perlu menjauhi binatang seperti kucing. Kucing mungkin membawa kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan atau gangguan.
    • Berhenti makan makanan yang tidak dimasak seperti daging mentah atau susu.
    • Berhenti pakai kasut tinggi untuk mengelakkan anda jatuh sekaligus memberi kesan buruk kepada kandungan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan