Jangan Ambil Alkohol Ketika Sedang Hamil!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Alkohol merupakan sejenis dadah purba yang telah lama wujud di muka bumi ini. Alkohol juga adalah salah satu daripada bahan bertoksik yang diambil oleh manusia secara sukarela. Pengambilan alkohol semasa anda sedang hamil hanya akan menyebabkan minuman bahaya ini turut disalurkan kepada bayi dalam kandungan anda melalui plasenta. Pengambilan alkohol ketika hamil hanya akan meningkatkan bayi risiko bayi anda lahir dengan pelbagai penyakit berbahaya.

Bagaimanakah pengambilan alkohol menjejaskan bayi dalam kandungan anda?

Pengambilan alkohol ketika anda sedang hamil akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kepada bayi anda. Secara umumnya, bayi adalah jauh lebih kecil daripada individu dewasa. Jika alkohol ini melalui plasenta dan kemudian disalurkan kepada bayi anda, minuman bahaya ini amat sukar untuk diuraikan. Ini akan menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap pertumbuhan otak dan organ-organ bayi. Tidak terdapat sebarang waktu atau amaun yang selamat untuk mengambil alkohol justeru pengambilan alkohol sangat wajar dielakkan ketika sedang hamil.

Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol ketika hamil

  • Kelahiran bayi pramatang.
  • Kerosakan pada otak dan organ-organ lain.
  • Masalah berkenaan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Masalah berkaitan pembelajaran dan tingkah laku bayi.
  • Kelahiran bayi kurang berat.
  • Keguguran.
  • Kelahiran mati.
  • Fetal alcohol spectrum disorders (FASDs). Kondisi ini akan membawa kepada pelbagai masalah seperti kurang keupayaan intelektual dan perkembangan fizikal.

Bagaimanakah memastikan anak anda selamat daripada alkohol ketika sedang hamil?

Lebih banyak anda mengambil alkohol, lebih banyak kesan negatif akan timbul lantas membahayakan bayi dalam kandungan anda. Jika anda tidak langsung mengambil alkohol ketika sedang hamil, bayi anda tidak akan mengalami FASDs atau sebarang komplikasi kesihatan yang disebabkan oleh alkohol. Oleh itu, anda tidak perlu langsung untuk mengambil alkohol ketika sedang hamil atau ketika anda baharu mula untuk merancang kehamilan.  Sebagai tambahan, setiap kehamilan adalah berbeza mengikut individu. Bagi sesetengah ibu hamil, pengambilan alkohol tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kesihatan bayi dalam kandungan mereka. Untuk lebih selamat, anda disarankan untuk tidak langsung mengambil alkohol ketika hamil.

Alkohol mungkin merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial anda. Oleh itu, untuk berhenti mengambilnya mungkin agak sukar bagi sesetengah individu. Walaubagaimanapun, anda perlu berfikir sedalamnya dan mempertimbangkan untuk mengambil minuman alternatif seperti jus buah-buahan atau apa-apa air lain yang tidak membahayakan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Paling penting, dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, keluarga serta pasangan anda dalam usaha anda mengatakan tidak kepada pengambilan alkohol ketika sedang hamil.

Kira kandungan alkohol dalam darah anda di sini. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Bagi mereka yang tidak menunjukkan tanda-tanda kanser, terdapat pelbagai jenis langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi memastikan risiko barah kekal rendah. Kanser kolorektal merupakan kanser ketiga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Pesakit kanser usus akan menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan kanser yang dialami. Antara rawatan yang dilakukan ialah kemoterapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan