Hormon Keibuan Memberi Kesan Kepada Fungsi Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menjadi seorang ibu bukan sahaja akan mengubah fizikal dan mental anda malahan turut memberi kesan kepada fungsi otak. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh hormon keibuan yang dirembeskan ketika sedang hamil. Hormon ini akan kekal selepas kelahiran bayi sekaligus memberi kesan kepada fungsi otak anda kelak.

Perubahan hormon ketika hamil

Kehadiran seorang anak akan memberi kesan yang kekal kepada otak wanita yang bakal menjadi ibu. Ini kerana perubahan hormon yang berlaku ketika hamil akan mempengaruhi sistem saraf utama di dalam otak mereka.

Perubahan fungsi otak akan bermula seawal waktu bayi tersebut lahir. Waktu ini merupakan waktu yang paling penting buat bakal ibu. Menurut kajian, bakal ibu akan mula mempelajari skil-skil keibuan pada ketika ini. Perubahan fungsi otak merupakan teraju utama dalam proses pembelajaran skil-skil ini.

Ketika sedang hamil, bakal ibu cenderung untuk mengalami daya ingatan yang lemah tetapi selepas dua tahun kelahiran bayi, daya ingatan mereka akan kembali kuat. Namun begitu, daya ingatan ini mereka tidak lagi sekuat wanita yang tidak pernah hamil.

Para pengkaji menyatakan bahawa ibu yang sedang hamil akan mengalami peningkatan gray matter yang terdapat dalam otak seperti hypothalamus, amygdala, parietal lobe dan prefrontal cortex. Bahagian-bahagian ini merupakan bahagian yang berfungsi mengawal emosi, deria, pertimbangan serta kelakuan.

Ketika sesang hamil, bukan sahaja berlaku perubahan bahan kimia pada otak malah saiz otak juga akan berubah. Perubahan saiz otak ini masih tidak dapat dipastikan punca sebenarnya namun para pengkaji berpendapat bahawa perubahan tersebut adalah disebabkan peningkatan hormon estrogen, oksitoksin serta prolaktin.

Bagaimanakah hormon keibuan mempengaruhi otak kanak-kanak  

Hormon keibuan bukan sahaja akan mempengaruhi otak seorang ibu. Kelakuan ibu yang dipengaruhi oleh hormon keibuan ini juga akan memberi kesan jangka masa panjang kepada otak anaknya.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh jurnal Neuropsychopharmacology pada tahun 2009, para pengkaji membuat satu kajian berkaitan cara penjagaan ibu dengan penerimaan bayi terhadap ibunya berdasarkan raut wajah bayi. Mereka mendapati bahawa terdapat perubahan pada raut wajah bayi yang bergerak balas terhadap cara penjagaan ibu mereka masing-masing.

Strathearn menyatakan bahawa bayi akan menghantar isyarat kepada otak mereka sama ada mereka sedih atau gembira bergantung kepada cara penjagaan ibu mereka. Beliau juga menyatakan sekiranya bayi menangis, akan ada bahagian dalam otak ibu yang berfungsi mengawal kesakitan, ketidakadilan atau perasaan benci akan diaktifkan.

Strathearn berkata lagi, terdapat pola yang berulangan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Pengalaman awal yang dialami oleh kita ketika masih kecil akan memainkan peranan yang penting dalam pola perkembangan otak. Beliau juga menyatakan ketika awal kehamilan, otak akan bergerak balas dengan perhubungan sosial. Namun begitu, terdapat faktor lain yang akan mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak termasuklah faktor genetik dan persekitaran.

Beliau berharap kajian lanjuan mengenai fungsi otak akan dijalankan demi memastikan kefahaman yang lebih mengenai impak cara penjagaan bayi oleh ibu bapa dengan perkembangan sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Tahukah anda, bahawa diabetes yang dialami boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah ejakulasi lelaki iaitu ejakulasi retrogred?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Pernahkah anda mendengar tentang penyakit anjing gila? Jika anda menjumpai haiwan dengan mulut berbuih, jaga-jaga itu tanda penyakit rabies!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Masalah pendengaran seperti pekak, atau hilang pendengaran merujuk kepada ketidakupayaan seseorang secara keseluruhan atau sebahagian untuk mendengar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alergi nasi

    Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawat luka

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    gatal tapak tangan

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    resepi sihat

    Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan