Fakta & Mitos Keguguran: Apa Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Makan nanas boleh menyebabkan keguguran, ibu hamil tidak boleh makan tapai kerana takut gugur, ibu yang mengalami keguguran beberapa kali adalah tanda tidak subur; ini merupakan antara stigma mengenai keguguran. Ada antaranya mitos, khabar angin, dan ada juga yang betul. Kepercayaan melalui mulut ke mulut ini tidak diketahui kesahihannya sehinggakan ada yang mempercayainya bulat-bulat. Ketahui apakah mitos mengenai keguguran dan kebenaran di sebalik mitos tersebut.  

Mitos 1: Keguguran berlaku kerana ibu tidak menjaga kandungan betul-betul

Ramai wanita yang mengalami keguguran akan menyalahkan diri mereka. Ini ekoran daripada stigma masyarakat yang akan menuding jari kepada ibu jika keguguran berlaku. Lazimnya, masyarakat akan mengaitkan keguguran dengan perlakuan ibu.

Menurut Webmd, kajian yang dilakukan menunjukkan 41% wanita yang mengalami keguguran berasa bertanggungjawab kerana menyebabkan keguguran tersebut. Ramai ibu yang menyalahkan diri mereka dan menganggap mereka tidak cukup rehat, tidak makan makanan yang betul dan terlalu stres, yang menjadi punca keguguran berlaku.

Pakar Kesuburan di Orange County, Jane Frederick berkata, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan wanita mengalami keguguran, namun bukan semuanya terletak di bahu ibu. Sesetengah keguguran adalah sukar untuk diterangkan, sementara sesetengah yang lain berlaku disebabkan oleh keabnormalan kromosom, masalah kesihatan lain, atau dalam hal yang tidak disangka seperti jangkitan.

Selain itu, keguguran juga boleh berlaku disebabkan penyakit diabetes yang tidak dikawal, penyakit tiroid, buah pinggang dan lupus serta gangguan autoimun. Kecederaan fizikal serius seperti kemalangan kereta yang teruk juga boleh menjadi punca keguguran.

Sesetengah kajian juga mengatakan pengambilan jumlah kafein yang banyak boleh menyebabkan keguguran, namun sesetengah kajian lain mengatakan tidak. Jadi, pakar berpendapat bahawa ibu hamil sebaik-baiknya mengehadkan pengambilan kafein kepada 200 mg sehari.

Ibu hamil yang merokok, mengambil dadah seperti kokain, ataupun minum alkohol juga boleh meningkatkan risiko mereka mengalami keguguran. Akan tetapi, ini bukanlah punca utama kepada keguguran.

Kebanyakan kes keguguran berlaku, iaitu lebih daripada 60% adalah disebabkan oleh masalah yang teruk dengan DNA bayi dalam kandungan, seperti lebihan atau kehilangan kromosom. Masalah ini mungkin diwarisi daripada keluarga ataupun halangan genetik rawak dalam telur ibu atau sperma bapa. Dalam kebanyakan kes, doktor tidak mengetahui punca tersebut.

Mitos 2: Keguguran petanda anda sukar hamil semula

Kira-kira 90% wanita yang mengalami keguguran akan menjalani kehamilan normal dan melahirkan bayi yang sihat. Namun, selepas keguguran berlaku, anda perlu mengambil masa beberapa minggu dan bulan sebelum tubuh anda benar-benar pulih. Tempoh masa ‘berehat’ sebelum anda mencuba untuk hamil semula adalah bergantung kepada berapa lama anda hamil sebelum keguguran berlaku.

Mitos 3: Anda perlu menunggu 3 bulan selepas keguguran untuk mencuba hamil semula

Ada kajian yang menunjukkan bahawa ibu yang pernah mengalami keguguran boleh mendapatkan kehamilan yang sihat walaupun hanya selepas sebulan tempoh kegugurannya. Namun, sesetengah doktor menyarankan supaya wanita yang menjalani prosedur sedutan D&C (dilation and curettage) semasa keguguran perlu menunggu lebih lama sebelum mencuba untuk hamil semula.

Mitos 4: Kerap gugur petanda anda tidak subur

Masalah keguguran dalam kalangan wanita biasanya berlaku sekali atau dua kali sahaja. Kira-kira 1% wanita akan mengalami tiga atau lebih keguguran. Biasanya, doktor akan menyarankan anda melakukan ujian untuk mencari punca bagi keguguran berulang seperti ini. Pemeriksaan akan dibuat untuk melihat masalah hormon, gangguan genetik, atau masalah lain.

Mitos 5: Tompok darah atau pendarahan bermakna anda keguguran

Kira-kira 20 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami pendarahan faraj semasa trimester pertama, kata Brian, Levine, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di New York City. Malahan katanya, pendarahan berterusan juga boleh berlaku pada kehamilan yang sihat. Jadi, jika berlakunya pendarahan, tidak bermakna anda mengalami keguguran. Berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Pesakit kanser usus akan menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan kanser yang dialami. Antara rawatan yang dilakukan ialah kemoterapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Percaya atau tidak, muka stress boleh sebabkan beberapa kesan pada wajah anda. Kami senaraikan 5 kesan stres pada muka yang mungkin anda tidak tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cuci usus

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan