Diabetes Semasa Hamil (GDM): Apakah yang Perlu Dilakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apakah itu diabetes semasa hamil?

Diabetes semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu kondisi serius yang menyerang wanita hamil yang sebelum ini mungkin tidak mempunyai sejarah perubatan menghidapi diabetes. Ini kerana ada wanita yang akan menghasilkan banyak kandungan gula dalam darah mereka semasa hamil dan kondisi ini selalunya terjadi sekitar minggu ke-24 hingga minggu ke-28 kehamilan.

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada wanita yang mengalami kondisi ini, ia tidak bermaksud anda pernah mengalami diabetes sebelum hamil atau akan mengalaminya selepas melahirkan bayi. Namun begitu, diabetes semasa hamil akan meningkatkan risiko anda menghidapi diabetes jenis 2 kelak. Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan anak anda berisiko menghidapi diabetes dan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan dan kelahiran anda.

Simptom diabetes semasa hamil

Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, anda perlu mengenali simptom-simptomnya terlebih dahulu. Meskipun kebiasaannya kondisi ini tidak memperlihatkan simptom yang jelas, anda mungkin akan mengalami perkara-perkara berikut:

  • Keletihan
  • Dahaga yang melampau
  • Kerap membuang air kecil
  • Kabur penglihatan
  • Berdengkur ketika tidur

Komplikasi diabetes semasa hamil

Kondisi ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain. Jika tidak dirawat dengan segera, akan terjadi beberapa komplikasi yang tidak diingini terhadap kandungan serta anda sendiri, iaitu:

1. Menyukarkan proses kelahiran bayi

Kandungan gula yang terlalu banyak dalam darah akan mengakibatkan ia merentasi plasenta kepada bayi anda lalu meningkatkan risiko bayi anda menjadi terlalu besar. Ini akan mengakibatkan kesukaran kepada ibu untuk bersalin normal. Jika perlu, pembedahan caesarean perlu dilakukan. Selain itu, bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah sepanjang tempoh kehamilan berisiko menghidapi shoulder dystocia yang menyebabkan bahu mereka tersekat pada saluran kelahiran lalu menyukarkan proses bersalin.

2. Menyebabkan bayi mengalami pelbagai kondisi kesihatan kelak

Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah sepanjang tempoh berada dalam rahim ibu akan cenderung menghidapi pelbagai masalah kesihatan seperti hipoglisemia, penyakit kuning serta masalah pernafasan dan mungkin perlu ditahan sementara waktu di unit neonatal untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Turut membimbangkan adalah bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami diabetes semasa hamil cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 dan obesiti dewasa kelak.

Rawatan yang boleh dilakukan

Bagi memastikan kondisi ini tidak menjadi lebih teruk, anda perlu mengubah pemakanan dan gaya hidup bagi memastikan kandungan gula dalam darah anda sentiasa berada pada paras yang normal semasa hamil. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan:

  • Mengamalkan diet seimbang yang merangkumi karbohidrat, protein, serat dan lemak yang sihat.
  • Mengawal pengambilan minuman dan makanan yang tinggi kandungan gula.
  • Mengawal berat badan anda dengan memastikannya berada pada paras yang normal untuk ibu hamil.
  • Melakukan senaman seperti pilates dan yoga bagi membantu mengawal paras gula dalam darah.
  • Buang tabiat buruk seperti merokok atau minum alkohol kerana ia bukan sahaja mampu meningkatkan risiko anda mengalami diabetes semasa hamil malahan turut membawa pelbagai kemudaratan kepada bayi dan anda sendiri.

Dalam beberapa kes, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil suntikan insulin atau ubat oral antidiabetik (OAD) jika anda memerlukannya. Selain itu juga, doktor mungkin akan menawarkan anda untuk melakukan imbasan ultrasound untuk mengawasi kandungan gula dalam darah anda di samping memeriksa tumbesaran bayi anda.

Sesiapa sahaja wanita mungkin akan mengalami diabetes semasa hamil tanpa mengira sejarah perubatan menghidapi diabetes atau tidak. Jika anda merupakan salah seorang daripada wanita tersebut, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Ini bertujuan mengelakkan komplikasi yang boleh berlaku sekiranya kondisi ini tidak dirawat dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rawatan Dan Pencegahan Untuk Kanser Perut, Jangan Terleka Dengan Pemakanan Yang Tak Sihat

    Ada pelbagai cara untuk merawat atau menghilangkan sakit akibat kanser perut. Selalunya, rawatan yang sering digunakan ialah terapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Ada 19 Faktor Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Ubah Gaya Pemakanan Anda Sekarang!

    Anda selalu sakit pada bahagian perut? Mungkin punca dan penyebab rasa sakit perut yang anda alami mungkin disebabkan oleh kanser perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Usah Risau Jika Anda Didiagnosis Dengan Kanser Perut, Ini Semua Pemeriksaan Yang Boleh Dibuat

    Doktor akan melakukan pemeriksaan atau ujian pada kawasan perut untuk mengesan kehadiran kanser. Artikel ini akan mengupas rawatan kanser dengan lengkap.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Alami Sakit Perut Keterlaluan? Kenali 11 Simptom Kanser Perut Yang Mungkin Terlepas Pandang

    Kanser perut mempunyai pelbagai tanda dan simptom yang anda perlu ketahui. Salah satu simptomnya ialah sakit perut yang berpanjangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hari polio sedunia

    Malaysia Pernah Jadi Negara Bebas Polio, Tapi Jangan Anggap Kita Sudah Selamat, Wajib Ambil Vaksin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    nasi konjac

    Ingin Cepat Kurus Dengan Cara Yang Sihat? Gantikan Nasi Dengan Konjac Bermula Hari Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan