backup og meta

Bolehkah Makan Durian Semasa Hamil?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/11/2019

    Bolehkah Makan Durian Semasa Hamil?

    Ya, tetapi pengambilannya perlu dalam jumlah yang sederhana. Ini kerana durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori dan durian dianggap sebagai makanan yang tinggi glisemik. Oleh itu bagi wanita hamil sebaiknya mengehadkan pengambilannya. Manakala bagi wanita hamil yang menghidap diabetes gestasi, elakkan pengambilan raja buah ini kerana kandungan gulanya yang tinggi.

    Risiko memakan durian berlebihan

    Meningkatkan gula dalam darah

    Walaupun rasa duria tidak terlalu manis, ia mempunyai kadar gula yang sangat tinggi. Menurut kajian terbitan British Journal of Obstetrics and Gynaecology, pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kadar gulanya akan meningkatkan risiko bayi lahir terlalu besar dan berat. Malah, ia boleh menyebabkan obesiti pada bayi semasa kanak-kanaknya. Selain itu, jika ibu hamil memiliki diabetes gestasi atau ada sejarah diabetes dalam keluarga, sebaiknya hindari dulu buah ini.

    Berat badan berlebihan/Obesiti

    Kalori dan karbohidrat yang terdapat dalam buah durian sangat tinggi. Sebiji durian mengandungi 54 hingga 60 kalori. Jadi, pengambilan terlalu banyak durian bagi ibu hamil menyebabkan kandungan kalori berlebihan terutama bagi ibu hamil yang obesiti.

    Keadaan ini boleh mendorong kepada diabetes gestasi, pre eklampsia, kelahiran pramatang dan jangkitan saluran kencing. Dalam beberapa kes, berat badan berlebihan juga berisiko mengganggu suntikan epidural semasa proses bersalin. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan kuantiti durian yang dimakan semasa hamil.

    Mitos durian dan kehamilan

    Anda mungkin pernah dengar mitos mengenai bahaya durian bagi ibu hamil. Namun, ia hanya percakapan mulut ke mulut yang turun-temurun dan bukannya daripada kajian ilmiah. Antara mitos durian yang menjadi kepercayaan adalah:

    Janin akan kepanasan

    Kebanyakan percaya bahawa durian akan menyebabkan tubuh kepanasan sehingga ibu hamil tidak boleh memakannya kerana janin juga akan kepanasan. Mitos ini disebar daripasa kepercayaan bangsa Tionghoa yang dibawa ke Asia Tenggara. Namun, belum ada bukti ilmiah atau contoh kes terjadikanya komplikasi jenin kepanasan yang didedahkan.

    Kadar kolesterol tinggi

    Durian sering disebut sebagai buah mengandungi tahap kolesterol yang sangat tinggi. Makan durian boleh meningkatkan tekanan darah, terutama bagi wanita hamil. Mitos ini tidak benar sama sekali. Malah, durian tidak mengandungi sebarang kolesterol sama sekali. Kolesterol biasanya terdapat dalam makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging merah, produk tenusu atau makanan laut. Durian sebenarnya mengandungi lemak tak tepu yang baik untuk mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan. Oleh itu, wanita hamil yang mempunyai kolesterol tinggi tidak perlu bimbang lagi untuk memakan durian.

    Manfaat durian bagi ibu hamil

    Jika tidak diambil secara berlebihan, durian sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk wanita hamil. Durian kaya dengan kalium yang diperlukan oleh wanita hamil untuk mengimbangi tekanan darah dan paras cecair di dalam badan. Kalium juga boleh membantu mengurangkan bengkak yang sering berlaku semasa kehamilan. Durian juga mengandungi organo-sulfur dan tryptophan yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria dan kulat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan