backup og meta

Babymoon: 7 Tip Percutian Lancar Semasa Hamil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Babymoon: 7 Tip Percutian Lancar Semasa Hamil

    Babymoon, iaitu percutian semasa hamil kini semakin menjadi trend di kalangan pasangan yang akan menimang cahaya mata. Bagi memastikan percutian babymoon anda berjalan lancar, kami kongsikan 7 tips untuk anda ikuti. Apa salahnya anda rewards diri anda dan pasangan sebelum si manja lahir. Selamat bercuti, Mummy!

    TIPS 1: DESTINASI

    Bercuti tidak semestinya di luar negara. Anda boleh pilih tempat percutian yang berhampiran asalkan ia memberi keselesaan buat anda. Tujuan babymooning adalah untuk si ibu merehatkan tubuh dan minda sebelum bersalin, juga meluangkan masa berdua bersama suami. Jadi, anda boleh pilih destinasi yang tidak memerlukan anda berlama di dalam kenderaan.

    TIPS 2: DOKTOR 

    Sebelum bercuti, maklumkan kepada doktor anda dahulu tentang perancangan percutian kerana perjalanan yang jauh berisiko untuk kandungan anda.

    TIPS 3: KESIHATAN

    Adakah anda ingin bercuti ke luar negara? Jika ya, maklumkan kepada doktor anda kerana anda perlu mendapatkan vaksinasi sebelum mengunjungi negara-negara tertentu. Doktor akan memberitahu jika vaksinasi tersebut adalah selamat untuk anda dan kandungan.

    TIPS 4: AKTIVITI

    Selain berehat dan menikmati pemandangan di lokasi percutian, sudah tentunya anda ingin melakukan aktiviti yang sesuai mengikut kondisi anda. Antara aktiviti sesuai yang boleh dibuat di lokasi percutian anda ialah berjalan-jalan dan berenang. Aktiviti renang amat baik untuk ibu hamil dalam membantu melegakan sakit dan sengal badan.

    TIPS 5: KAPAL TERBANG

    Adakah anda perlu menaiki kapal terbang untuk percutian anda? Sebelum membeli tiket, semak dahulu peraturan menaiki penerbangan terhadap ibu hamil. Ini kerana sesetengah syarikat penerbangan mempunyai peraturan berbeza dalam membenarkan ibu hamil menaiki kapal terbang.

    TIPS 6: PERUBATAN

    Pastikan terdapat kemudahan perubatan berhampiran dengan tempat percutian anda. Bawa sekali bekalan ubatan dan vitamin yang diperlukan sepanjang percutian.

    TIPS 7: PAKAIAN

    Ini satu lagi perkara penting untuk ibu hamil. Siapkan pakaian yang sesuai dan selesa dengan tempat percutian anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan