backup og meta

Awas! Bahaya Jika Ibu Hamil Terlebih Ambil Vitamin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Awas! Bahaya Jika Ibu Hamil Terlebih Ambil Vitamin

    Semasa hamil, penting untuk anda mendapatkan vitamin secukupnya bagi memastikan kesihatan tubuh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jumlah vitamin yang berlebihan mungkin boleh memudaratkan anda dan kandungan.

    Vitamin A

    Anda perlukan vitamin A kerana:

    • Ia penting untuk tumbesaran bayi anda
    • Membantu dalam perkembangan jantung, paru-paru, buah pinggang, mata, dan tulang bayi
    • Memastikan sistem peredaran, pernafasan dan saraf utama berfungsi secara normal
    • Membantu membaiki tisu semasa selepas bersalin
    • Memelihara penglihatan yang baik
    • Melawan jangkitan
    • Meningkatkan sistem imun anda
    • Membantu metabolisme lemak

    Semasa hamil, jika anda mengambil lebih vitamin A, bayi anda mungkin berisiko mendapat kecacatan semasa lahir atau toksik hati. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil sebanyak mana karotenoid daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Jumlah pengambilan vitamin A yang disarankan 

    Wanita hamil berusia 18 dan ke bawah: 750 mcg RAE setiap hari

    Wanita hamil berusia 19 dan ke atas: 770 mikrograms RAE setiap hari

    Wanita yang menyusukan bayi berusia 18 dan ke bawah: 1,200 mcg RAE setiap hari

    Wanita yang menyusukan bayi berusia 19 dan ke atas: 1,300 mcg RAE setiap hari

    Wanita yang tidak hamil: 700 mcg RAE setiap hari

    Vitamin C

    Mengapa anda dan bayi memerlukan vitamin C?

    Anda memerlukan vitamin C semasa hamil kerana:

    • Membantu badan membuat kolagen, yang perlu untuk perkembangan tulang rawan, tendon, tulang, dan kulit
    • Membaiki tisu yang rosak
    • Menyembuhkan luka
    • Memastikan pertumbuhan tulang
    • Melawan jangkitan
    • Bertindak sebagai antioksidan semula jadi
    • Membantu penyerapan zat besi
    • Mengurangkan berlakunya ruptur pramatang

    Pun begitu, jika ibu mengambil jumlah vitamin C yang berlebihan, bayi dalam kandungannya mungkin mengalami kekurangan vitamin C yang teruk dipanggil skurvi.

    Jumlah pengambilan vitamin C yang disarankan 

    Wanita hamil berusia 18 dan ke bawah: 80 milligrams (mg) setiap hari

    Wanita hamil berusia 19 dan ke atas: 85 mg setiap hari

    Wanita yang menyusukan bayi berusia 18 dan ke bawah: 115 mg setiap hari

    Wanita yang menyusukan bayi berusia 19 dan ke atas:  120 mg setiap hari

    Wanita yang tidak hamil berusia 18 dan ke bawah: 65 mg setiap hari

    Wanita yang tidak hamil berusia 19 dan ke atas: 75 mg setiap hari

    Simptom jika mengambil vitamin dos berlebihan: 

    • Air kencing keruh
    • Kerap kencing
    • Sembelit
    • Cirit-birit
    • Selera makan berkurang
    • Loya
    • Sakit perut
    • Otot lemah
    • Sakit otot, sendi atau tulang
    • Kulit warna kuning atau oren
    • Sensitif kepada cahaya matahari
    • Gatal-gatal atau ruam
    • Sakit kepala
    • Letih
    • Perubahan emosi atau mental
    • Degupan jantung tidak sekata atau laju
    • Iritasi pada mata atau sensitif kepada cahaya
    • Bibir pecah

    Mengambil vitamin sebanyak mungkin bukanlah pilihan yang bijak. Jika anda tidak tahu berapa banyak vitamin yang anda perlukan, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui jumlah vitamin optimal yang perlu anda ambil semasa mengandung.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan