backup og meta

Apa Jadi Pada Faraj Anda Selepas Bersalin?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 27/11/2019

    Apa Jadi Pada Faraj Anda Selepas Bersalin?

    Terdapat beberapa perubahan pada faraj anda selepas bersalin kesan daripada regangan semula jadi proses kelahiran atau episiotomi. Apakah perubahan ini? Mari kita lihat.

    1. Faraj yang lebih longgar

    Ini adalah perubahan umum utama faraj anda selepas bersalin. Lebih bengkak dan lebar daripada sebelum bersalin adalah tindak balas lepas bersalin. Perubahan ini membawa kepada inkontinens urin dan menyebabkan kesakitan ketika kencing atau seks. Walaupun anda tidak boleh memiliki faraj yang sama seperti keadaan sebelum bersalin, bengkak dan kecederaan dia bahagian itu akan sembuh dengan masa. Mepercepatkan tempoh pemulihan boleh dibuat dengan senaman Kegal yang turut membantu menguatkan lantai pelvis, membantu prestasi ketika seks dan membendung masalah inkontinens urin.

    2. Kekeringan faraj

    Selepas bersalin, kekeringan akan berlaku di bahagian faraj yang lebih kering daripada biasa. Paras estrogen yang tingi ketika mengandung akan turun selepas bersalin dan turun lebih rendah ketika menyusu badan. Ini menyebabkan kesakitan ketika seks. Selepas tempoh penyusuan tamat, kitaran haid akan bermula dan estrogen akan kembali normal seperti paras biasa ketika tidak mengandung sekaligus mengurangkan kekeringan faraj.

    3.Kesakita faraj

    Sakit di bahagian perinium adalah ketidakselesaan yang biasa berlaku khususnya dalam kes di mana berlakunya koyak yang banyak ataupun episiotomi. Ubat tahan sakit adalah kaedah efektif untuk melegakan kesakitan tapi ibu yang menyusu perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat pengunaan ubat tahan sakit yang sesuai.

    Penting untuk menjaga kebersihan. Basuh tangan sebelum dan selepas menukar lampin dan tukar pad bila perlu. Amalkan mandi yang mencukupi dan pastika kawasan kemaluan bersih. Andai ada kerisauan dengan parut luka, berjumpalah dengan doktor anda.

    Perubahan faraj selepas pembedahan Caesarean

    Perubahan utama yang berlaku bergantung pada sama ada anda meneran sebelum atau selepas pembedahan. Bayi yang dilahirkan melalui pembedahan akan mengakibatkan regangan yang minima. Tetapi wanita yang meneran sebelum pembedahan akan mengalami sedikit ketidakselesaan selepas bersalin. Doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk tidak melakukan seks atau memasukan tampon buat seketika, kira -kira buat 6 minggu untuk mengelakkan jangkitan.

    Bolehkah anda dapatkan semula bentuk faraj semula jadi anda?

    Walaupun diregangkan hingga ke tahap kepala bayi boleh melaluinya, dengan masa, faraj anda boleh kembali hampir sama kepada bentuk sebelum bersalinnya. Pasangan anda mungkin tidak akan merasa perbezaan yang ketara melainkan berlakunya trauma yang besar pada kawasan itu. Faraj mempunyai keanjalan yang hebat dan keupayaan untuk kembali ke bentuk asal. Keanjalan ini bergantung juga kepada berapa lama ianya diregangkan, tempoh yang pemulihan dan juga senaman lantai pelvis.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan