backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bagaimana Jika Ibu Hamil Ingin Ambil Minyak Ikan? Selamat Atau Tidak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 05/09/2022

    Bagaimana Jika Ibu Hamil Ingin Ambil Minyak Ikan? Selamat Atau Tidak?

    Anda mungkin pernah mendengar tentang khasiat dan kebaikan minyak ikan untuk kesihatan bayi yang baru lahir. Walau bagaimanapun, adakah pengambilan minyak ikan untuk ibu hamil ini benar-benar selamat? Ini apa yang anda perlu tahu sebelum mengambil minyak ikan ketika anda mengandung:

    Minyak ikan sumber DHA untuk bayi

    Memandangkan 2 tahun pertama merupakan tempoh masa yang penting untuk perkembangan otak bayi, asid lemak omega-3 (khususnya DHA) menjadi elemen yang penting dalam diet wanita hamil dan juga bayi. Sebagai sumber utama DHA, minyak ikan sangat disarankan sebagai makanan tambahan untuk wanita hamil dan juga ibu menyusu.

    Di samping DHA membantu membina dan mengembangkan membran sel saraf dan penglihatan dalam bayi, EPA – sejenis omega-3 yang turut terdapat dalam minyak ikan, memainkan peranan penting dalam sistem imun bayi dan mengurangkan risiko mendapat masalah mental.

    Manfaat kesihatan minyak ikan untuk ibu hamil

    minyak ikan untuk ibu hamil

    Dalam satu kajian di Australia pada tahun 2006, 98 wanita hamil yang sihat dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menerima 4 gram minyak zaitun setiap hari manakala kumpulan kedua menerima 4 gram minyak ikan. Kedua-dua kumpulan mengambil minyak ini setiap hari bermula daripada minggu ke-20 kandungan sehingga hari mereka bersalin.

    Para pengkaji membuat kajian susulan selepas usia bayi menjangkau 2.5 tahun dan ke atas untuk dinilai.

    Keputusan kajian menunjukkan kanak-kanak daripada kumpulan 2 (minyak ikan) mencatatkan markah yang lebih tinggi dalam penilaian koordinasi mata dan tangan. Namun, tiada perbezaan yang dicatatkan antara kedua-dua kumpulan dari sudut perkembangan fizikal dan kemahiran bahasa,

    Kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan minyak ikan oleh ibu mengandung membantu mengurangkan risiko asma (lelah), atopi dan penyakit kulit lain.

    Adakah ia menjadi kewajipan pengambilan minyak ikan untuk ibu hamil?

    Untuk kejutan pembaca, khususnya ibu mengandung, jawapannya bukanlah 100% ‘YA”. Hakikatnya, bukan semua jenis ikan itu sama justeru, bukan semua jenis minyak ikan selamat untuk bayi.

    Terdapat dua jenis minyak ikan yang dijadikan sebagai suplemen atau makanan tambahan. Minyak ikan yang diperbuat daripada badan ikan itu sendiri adalah selamat namun kandungan omega-3 yang diambil daripada hati ikan tersebut (cod liver oil) perlu dielakkan kerana ianya tinggi dengan vitamin A.

    Kandungan vitamin A yang tinggi dipercayai akan menyebabkan pengumpulan dalam hati bayi dalam kandungan dan membawa kepada kecacatan kepada bayi.

    Sekiranya diet anda mengandungi kadar retinol yang tinggi, ianya adalah amat penting untuk anda kurangkan pengambilan zat ini untuk perkembangan bayi anda.

    Ini termasuklah mengelakkan daripada kerap mengambil makanan tambahan multi-vitamin dan juga produk kecantikan berasaskan retinol.

    Kesimpulan

    minyak ikan untuk ibu hamil

    Wanita hamil hanya digalakkan untuk mengambil minyak ikan jika mereka tidak suka makan ikan atau tidak tahan dengan bau ikan. Namun perlu diingat, memakan ikan yang masih dalam keadaan asal dan tidak diproses adalah satu kaedah terbaik untuk mendapatkan zat omega-3.

    Menurut pakar kesihatan, sekiranya anda makan 2 atau lebih hidangan minyak ikan (Salmon, Tuna, Ikan Kembung) setiap minggu, tiada keperluan untuk mengambil minyak ikan untuk ibu hamil.

    Sekiranya anda seorang pengamal vegan, omega-3 daripada algae disarankan untuk diambil sebagai sebahagian daripada diet mengandung anda.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 05/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan