Bimbang Masalah Zat Besi Semasa Hamil, Ini 9 Makanan Yang Boleh Bantu Tambah Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 24/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sepanjang kehamilan, pelbagai kesukaran dan kesusahan akan dialami oleh wanita yang sedang sarat hamil. Ini ekoran pelbagai perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan mereka. Antara yang paling diketahui umum adalah wanita hamil sangat mudah untuk menghidapi masalah kurang darah.

Kondisi yang membimbangkan ini sebenarnya mungkin boleh dicegah dengan lebih awal jika wanita hamil mengambil suplemen zat besi yang disarankan oleh doktor atau makanan tambah darah yang juga telah dicadangkan oleh pakar pemakanan.

Persoalannya, apakah contoh-contoh makanan tambah darah tersebut? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Apa itu anemia kekurangan zat besi?

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu apa itu sebenarnya anemia kekurangan zat besi.

Ia adalah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis namun anemia kekurangan zat besi (iron deficiency) adalah yang paling kerap dihidapi oleh individu terutamanya wanita hamil dan juga kanak-kanak.

Anemia akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan individu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu.

Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangannya akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Apa gejala anemia kekurangan zat besi?

kehamilan

Kondisi ini seterusnya akan mengakibatkan tubuh badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami pelbagai gejala yang agak membimbangkan seperti:

  • Kerap letih
  • Mudah marah
  • Pening kepala
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Kurang selera makan
  • Keinginan untuk makan ais atau yang bahan bukan makanan
  • Mata putih kelihatan kebiruan
  • Kuku rapuh dan senang patah
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kulit pucat
  • Lidah pedih
  • Berasa pusing kepala apabila berdiri dari posisi duduk
  • Degupan jantung menjadi cepat
  • Sesak nafas

Anda mungkin berminat:

Makanan tambah darah yang ibu hamil boleh ambil

#1. Daging merah, makanan tambah darah terbaik

Seperti yang kebanyakan kita tahu, zat besi daripada sumber daging merah seperti lembu dan kambing adalah sangat mudah diserap ke dalam tubuh badan kita berbanding sumber makanan yang lain. Oleh itu, ia sangat membantu untuk wanita hamil mencegah anemia.

#2. Hati ayam, tambah kepekatan darah anda

Menurut pakar pemakanan, makan hati ayam dapat menambah kepekatan darah dalam tubuh badan kita. Pun begitu, anda disarankan untuk tidak mengambilnya terlalu kerap kerana organ dalaman haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.

#3. Kerang, makanan laut yang kaya dengan zat besi

tambah darah

Selain makanan darat, ada juga makanan laut yang mampu membantu wanita hamil mencegah anemia. Makanan laut tersebut adalah kerang. Namun begitu, anda harus memastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu kerana dengan memakannya secara mentah adalah tidak bagus.

#4. Pisang, buah yang kaya dengan zat besi

Buah pisang dapat membantu menambah sel darah merah dalam tubuh badan wanita hamil. Oleh itu, anda perlu ambil makan ia sekurang-kurangnya 2 biji setiap hari kerana asid folik yang terkandung di dalamnya dapat membantu menghasilkan sel baru dan membantu perkembangan janin.

#5. Delima, buah berkhasiat dan tinggi  dengan mineral semula jadi

Selain buah pisang, buah delima juga sebenarnya mampu mengurangkan gejala-gejala anemia. Ini sekali gus dapat membantu wanita hamil mempertahankan jumlah sel darah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.

#6. Bayam, sayur terbaik tambah sel darah merah

Anda semua perlu tahu bahawa sayur bayam adalah sayur yang paling bagus dimakan oleh wanita hamil berbanding sayur-sayuran yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk mencegah anemia.

#7. Brokoli, kaya dengan antioksidan dan mineral

tambah darah

Selain sayur bayam, sayur brokoli juga merupakan antara contoh sayur-sayuran yang mampu membantu wanita hamil mencegah anemia. Ini kerana brokoli mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan lalu melindungi kehamilan.

#8. Kuning telur, makanan berkhasiat yang sering disisihkan

Kadangkala, kita akan berasa pelik dan aneh jika ada individu hanya makan kuning telur sahaja. Pun begitu, ia perlu dilakukan oleh wanita hamil kerana ia mengandungi nutrien yang dapat menambah dan mengekalkan sel darah merah dan haemoglobin di dalamnya.

#9. Kekacang, bantu wanita tambah sel darah merah sepanjang kehamilan

Selain daging, sayur dan buah, kekacang juga adalah antara jenis makanan yang mampu membantu wanita hamil mencegah anemia. Anda boleh ambil ia sebagai snek dan ia sekali gus dapat membantu menambah sel darah merah anda.

Konklusi

Konklusinya, anemia kekurangan zat besi banyak berlaku terhadap wanita hamil. Ini mungkin berlaku disebabkan oleh diet pemakanan dan gaya hidup yang tidak bagus.

Disebabkan itu, anda sebagai wanita hamil perlu lebih berhati-hati dalam mengamalkan diet pemakanan dan gaya hidup yang tertentu.

Sebaiknya, tidak perlu tunggu sehingga anda hamil kerana setiap individu juga perlu menjalani kehidupan dengan lebih sihat agar sentiasa hidup dalam kesejahteraan dan kebahagiaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

Banyak kempen derma darah di Malaysia. Jika anda hendak derma darah, pastikan anda memenuhi 9 kriteria ini sebelum melakukannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 26/06/2020 . 3 minit bacaan

Berita Baik: Saintis Guna Plasma Darah Bekas Pesakit COVID-19 Rawat Kes Positif, BERJAYA!

Baru-baru ini, doktor di Wuhan telah berjaya mengawal simptom teruk menggunakan plasma darah bekas pesakit virus korona baharu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 09/04/2020 . 4 minit bacaan

Ghairah Tengok Benda Seksi Sebab Hidung Berdarah? Ini Jawapan SEBENAR Anda Perlu Tahu

Kalau dalam kartun, punca hidung berdarah adalah kerana berfikiran yang bukan-bukan tentang seks. Benarkah perkara ini atau ada punca lain ia terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/03/2020 . 3 minit bacaan

Wahai Lelaki, Ini 7 Punca Air Mani Berwarna Merah Seakan Bercampur Dengan Darah!

Alamak, keluar air mani berwarna merah seakan bercampur dengan darah? Jangan risau, baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/12/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
hidung tersumbat

Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu sepsis

Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
ibu bersalin

Normal Ke Ibu Rasa Tak Bermaya Lepas Bersalin? Atau Ini Petanda Anemia, Sila Check, Mama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan