backup og meta

Bahaya Jika Ibu Hamil Kurang Zat Besi, Ini 9 Makanan Yang Boleh Bantu Tambah Darah

Bahaya Jika Ibu Hamil Kurang Zat Besi, Ini 9 Makanan Yang Boleh Bantu Tambah Darah

Sepanjang kehamilan, pelbagai kesukaran akan dialami oleh wanita yang sedang sarat hamil. Ini ekoran pelbagai perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan mereka. Anemia semasa hamil adalah antara masalah kesihatan paling kerap dialami oleh wanita berbadan dua.

Kondisi ini sebenarnya mungkin boleh dicegah dengan lebih awal jika wanita hamil mengambil suplemen zat besi yang disarankan oleh doktor atau makanan tambah darah yang juga telah dicadangkan oleh pakar pemakanan.

Persoalannya, apakah contoh-contoh makanan tambah darah tersebut yang boleh diambil sebagai cara atasi anemia semasa mengandung? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa zat besi penting semasa kehamilan?

anemia semasa hamil
Rawatan anemia semasa mengandung.

Sebelum mengetahui panduan pemakanan ibu hamil anemia, kita perlu tahu terlebih dahulu apa itu sebenarnya anemia kekurangan zat besi.

Ia adalah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis, namun anemia kekurangan zat besi adalah yang paling kerap terjadi di kalangan wanita hamil1.

  • Anemia ketika hamil disebabkan kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan bakal ibu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu
  • Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah

Kekurangannya akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan2.

Gejala kekurangan zat besi semasa kehamilan

Kondisi ini seterusnya mengakibatkan tubuh badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami pelbagai tanda anemia semasa mengandung yang membimbangkan seperti3:

  • Kerap letih
  • Mudah marah
  • Pening kepala
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Kurang selera makan
  • Keinginan untuk makan ais atau bahan bukan makanan
  • Mata putih kelihatan kebiruan
  • Kuku rapuh dan senang patah
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kulit pucat
  • Lidah pedih
  • Berasa pusing kepala apabila berdiri dari posisi duduk
  • Degupan jantung menjadi cepat
  • Sesak nafas

Tidak dinafikan ada sesetengah gejala anemia semasa hamil hampir menyerupai simptom kehamilan. Usah bimbang, kerana anda akan menjalani ujian darah secara rutin semasa pemeriksaan pranatal.

9 sumber makanan semasa hamil untuk tingkatkan pengambilan zat besi 

Cara paling mudah untuk mencegah anemia semasa hamil adalah melalui diet pemakanan harian anda. Antara makanan yang disarankan untuk diambil adalah seperti3, 4, 5:

#1. Daging merah, makanan tambah darah terbaik

Seperti yang kita tahu, zat besi daripada sumber daging merah seperti lembu dan kambing adalah sangat mudah diserap ke dalam tubuh badan kita berbanding sumber makanan yang lain. Pastinya ia cara atasi anemia semasa mengandung yang paling mudah.

#2. Hati ayam, bantu tambah kepekatan darah

Menurut pakar pemakanan, makan hati ayam dapat menambah kepekatan darah dalam tubuh badan kita, sekali gus bantu mengatasi anemia semasa hamil.

Pun begitu, anda disarankan untuk tidak mengambilnya terlalu kerap kerana organ dalaman haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.

#3. Kerang, makanan laut yang kaya dengan zat besi

Selain makanan darat, ada juga makanan laut yang merupakan cara atasi anemia semasa mengandung.

Makanan laut tersebut adalah kerang. Namun begitu, anda harus memastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu kerana makan kerang secara mentah adalah tidak bagus.

#4. Pisang, buah yang kaya dengan zat besi

kelebihan makan buah pisang
Pisang baik untuk sistem pencernaan anda.

Buah pisang dapat membantu menambah sel darah merah dalam tubuh badan wanita hamil.

Oleh itu, anda perlu makan sekurang-kurangnya 2 biji setiap hari kerana asid folik yang terkandung di dalamnya dapat menghasilkan sel baru dan membantu perkembangan janin.

#5. Delima, buah berkhasiat dan tinggi dengan mineral semula jadi

Selain pisang, buah delima juga sebenarnya mampu mengurangkan gejala-gejala anemia. Ini sekali gus dapat membantu wanita hamil mempertahankan jumlah sel darah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.

#6. Bayam, sayur terbaik tambah sel darah merah

Sayur bayam merupakan sayur yang paling bagus dimakan berbanding sayur-sayuran yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk mencegah anemia semasa hamil.

#7. Brokoli, kaya dengan antioksidan dan mineral

punca anemia ketika mengandung
Makanan untuk elakkan anemia semasa mengandung.

Selain sayur bayam, brokoli juga merupakan antara contoh sayur-sayuran yang mampu mencegah anemia ketika hamil.

Ini kerana brokoli mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan, sekali gus melindungi kehamilan.

#8. Kuning telur, makanan berkhasiat yang sering disisihkan

Kadangkala, kita akan rasa pelik jika ada individu yang hanya makan kuning telur sahaja.

Pun begitu, ia perlu dilakukan sebagai cara atasi anemia semasa mengandung kerana kuning telur mengandungi nutrien yang dapat menambah dan mengekalkan sel darah merah serta haemoglobin.

#9. Kekacang, bantu wanita tambah sel darah merah sepanjang kehamilan

Selain daging, sayur dan buah, kekacang juga adalah antara jenis makanan yang mampu membantu mencegah anemia semasa hamil. Anda boleh ambil sebagai snek dan ia dapat membantu menambah sel darah merah.

Kesimpulan

Kini, anda telah mengetahui 9 cara atasi anemia semasa mengandung. Walau bagaimanapun, sekiranya wujud kerisauan mengenai tanda anemia semasa mengandung yang dialami atau sebarang gejala lain, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Iron-Deficiency Anemia. https://www.hematology.org/education/patients/anemia/iron-deficiency. Accessed on September 7th, 2021.
  2. Iron deficiency anemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iron-deficiency-anemia/symptoms-causes/syc-20355034. Accessed on September 7th, 2021.
  3. Anemia in Pregnancy. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=anemia-in-pregnancy-90-P02428. Accessed on September 7th, 2021.
  4. Anemia and Pregnancy. https://www.ucsfhealth.org/education/anemia-and-pregnancy. Accessed on September 7th, 2021.
  5. Iron-rich Foods for Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/iron-rich-foods-for-your-pregnancy/. Accessed on September 7th, 2021.

Versi Terbaru

20/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Badan Cepat Penat & Kulit Pucat, Ini Simptom Anemia Yang Tak Boleh Terlepas Pandang!

Zat Besi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan