backup og meta

Mengapa Ibu Hamil Perlukan Kalsium?

Mengapa Ibu Hamil Perlukan Kalsium?

Kalsium adalah satu unsur kimia yang penting untuk organisma hidup, termasuklah manusia. Kita memerlukan sejumlah kalsium tertentu untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat serta memelihara kesihatan hubungan antara otak dan pelbagai bahagian tubuh manusia.

Mengapa pengambilan kalsium penting?

Semasa hamil, anda bukan sahaja memerlukan kalsium untuk tubuh anda. Sebaliknya, bayi dalam kandungan anda juga memerlukan kalsium untuk:

  • Membina tulang dan gigi yang kuat;
  • Tumbesaran jantung, saraf, dan otot yang sihat;
  • Perkembangan degupan jantung yang normal dan keupayaan pembekuan darah.

Jika ibu mengandung tidak mendapat cukup kalsium dalam diet, bayi akan mengambilnya dari tulang ibu, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan ibu nanti.

Bila perlu mengambil kalsium

Kebanyakan wanita tidak mendapat mineral penting ini secukupnya. Wanita berumur lebih 18 tahun memerlukan 1,000 mg kalsium sehari sebelum, semasa, dan selepas kehamilan. Bagi wanita berusia 18 tahun dan ke bawah, mereka memerlukan 1,300 mg kalsium sehari. Bagi menepati amaun ini, dapatkan empat hidangan produk tenusu atau makanan yang kaya-kalsium setiap hari.

Walaupun selepas bayi anda lahir dan anda habis menyusukan bayi, namun anda masih perlu memberi tumpuan kepada pengambilan kalsium anda. Anda memerlukan mineral untuk membantu menguatkan tulang dan mencegah masalah tulang rapuh (osteoporosis) pada masa akan datang.

Jika anda mengambil vitamin pranatal, ia sepatutnya memberikan anda sekurang-kurangnya 150 hingga 200 mg kalsium. Anda boleh cuba mengambil suplemen kalsium berasingan, tetapi ingatlah bahawa tubuh anda hanya boleh menyerap kira-kira 500 mg kalsium pada satu masa. Jadi, anda perlu mengambil kalsium tambahan dalam dos yang lebih kecil, beberapa kali sehari.

Dan, jangan berlebihan. Pengambilan terlalu banyak kalsium boleh menyebabkan sembelit, sekali gus meningkatkan risiko anda untuk mendapat batu karang, dan mengganggu penyerapan zat besi dan zink dalam makanan yang anda makan.

Pastikan jumlah kalsium yang anda ambil daripada makanan, suplemen, dan air tidak melebihi 2,500 mg. (Air paip lazimnya mengandungi antara 1 dan 135 mg kalsium setiap liter, air mineral botol pula mengandungi purata 208 mg setiap liter, dan air tulen botol selalunya mengandungi hanya jumlah surih.)

Kalsium tambahan didatangkan dalam pelbagai bentuk, biasanya kalsium sitrat dan kalsium karbonat. Kalsium sitrat adalah jenis yang mudah diserap oleh tubuh.

Kalsium karbonat menyediakan kalsium yang paling banyak, tetapi memerlukan asid perut tambahan untuk membantu melarutkannya, jadi adalah terbaik jika diambil dengan hidangan. Disebabkan kalsium sitrat tidak memerlukan asid perut untuk penyerapan, jadi ia boleh diambil antara hidangan dan merupakan pilihan perubatan hulu hati yang baik, kerana ia boleh mengurangkan asid perut.

Selain itu, ambil tablet tanpa-plumbum. Sesetengah suplemen kalsium, seperti suplemen yang mengandungi serbuk tulang, dolomit, atau coral, boleh mengandungi sedikit plumbum, yang membahayakan bayi dalam kandungan.

Sumber lain kalsium

Dietari kalsium boleh ditemui dalam beberapa makanan dan minuman tertentu, malahan, kita juga disarankan untuk mengambil kalsium daripada pelbagai sumber.

Makanan dan minuman yang merupakan sumber kaya kalsium:

  • Susu;
  • Keju;
  • Yogurt;
  • Rumpai laut;
  • Kekacang dan benih, termasuklah pistachio, bijan, badam, kacang hazel;
  • Kekacang;
  • Buah ara;
  • Brokoli;
  • Bayam;
  • Tauhu;
  • Daun dandelion;
  • Bijirin sarapan pagi lengkap;
  • Minuman lengkap, termasuklah susu soya dan pelbagai jus buah-buahan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Calcium and Calcium Deficiency. http://www.medicalnewstoday.com/articles/248958.php. Accessed November 4, 2016.

Calcium in your pregnancy diet. http://www.babycenter.com/0_calcium-in-your-pregnancy-diet_665.bc. Accessed November 4, 2016.

The importance of calcium during pregnancy. https://americanbonehealth.org/tools-and-resources/bonesense-newsletter/457-the-importance-of-calcium-during-pregnancy. Accessed November 4, 2016.

Versi Terbaru

27/09/2021

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan