backup og meta

Melancong Semasa Hamil: Selamat atau Tidak?

Melancong Semasa Hamil: Selamat atau Tidak?

Sebenarnya, wanita hamil boleh keluar melancong asalkan mereka bersedia dengan informasi, vaksinasi serta keselamatan semasa melancong. Tanpa mengira destinasi pelancongan anda, kenalpasti kemudahan perubatan yang terdapat di situ sekiranya berlaku kondisi yang tidak diingini. Bawa bersama rekod perubatan dan buku daftar bersalin bagi memudahkan doktor mendapatkan informasi yang diperlukan sekiranya anda memerlukan rawatan.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu titikberatkan sebelum keluar melancong:

Waktu melancong

Waktu yang paling selamat untuk melancong semasa sedang hamil adalah pada trimester kedua (minggu ke-18 hingga minggu ke-24) kerana ketika ini risiko keguguran dan kelahiran bayi pramatang berada pada tahap yang rendah. Semasa trimester ketiga pula, anda disarankan untuk berada tidak jauh daripada rumah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anda terjamin.

Tip menaiki pesawat

  • Periksa keperluan dan kriteria penerbangan sebelum menempah pesawat. Ada syarikat penerbangan yang tidak membenarkan wanita hamil 35 minggu ke atas menjadi penumpangnya.
  • Bawa bersama buku daftar bersalin ketika melancong. Ada syarikat penerbangan yang memerlukan anda memberi informasi ini kepada mereka.
  • Pakai tali pinggang keledar pada bahagian bawah perut/atas paha. Semasa dalam penerbangan, ketatkan tali pinggang keledar bagi mengelak perkara tak diingini berlaku.
  • Pilih tempat duduk yang paling luar. Ini demi memudahkan anda berjalan seketika ketika dalam penerbangan ke tempat yang jauh bagi melancarkan perjalanan darah pada kaki anda.
  • Minum air secukupnya. Dehidrasi boleh mengkaibatkan kelahiran bayi pramatang. Minum sekurang-kurangnya 8 auns gelas sehari. Ketika dalam penerbangan, minta bantuan krew kabin untuk mendapatkan air untuk anda.

Tip menaiki kereta

  • Pakai tali pinggar keledar meskipun kereta anda mempunyai sistem beg udara. Pakai pada bahagian bawah perut/atas paha dan di antara payudara anda. Paling penting, jangan beri tekanan pada perut anda!
  • Jika anda duduk berhadapan dengan beg udara, undurkan sedikit kerusi anda ke belakang untuk memberi ruang antara dada dengan beg udara sekurang-kurangnya 10 inci (25 cm) atau lebih,
  • Berhenti berehat untuk pergi ke tandas dan berjalan kaki sekurang-kurangnya setiap 2 jam bagi perjalanan yang jauh. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah pada kaki dan mengurangkan tekanan pada pundi kencing.

Vaksinasi

Secara amnya, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin hidup seperti vaksin MMR. Namun begitu, vaksin tidak aktif seperti vaksin hepatitis B dikategorikan sebagai selamat. Keputusan anda yang ingin mengambil vaksin perlu diperiksa oleh pakar perubatan terlebih dahulu dengan mempertimbangkan faktor kesihatan, destinasi, tempoh pelancongan dan risiko penyakit tersebut tersebar.

Persiapan yang baik

  • Sediakan pakaian yang sesuai wanita hamil. Selain itu, sediakan juga kasut yang sesuai bagi mengelak kaki anda membengkak dan melecet.
  • Sediakan snek yang sihat seperti buah-buahan, yogurt atau bar tenaga untuk membekalkan tenaga kepada anda sepanjang pelancongan.
  • Bawa bersama kit kesihatan yang merangkumi Acetaminophen, Imodium, Dramamine, Preparation H, Tums, Tylenol PM untuk insomnia, Cepacol untuk sakit tekak, termometer dan beberapa paket serbuk Gatorade yang boleh dicampur dengan air sekiranya berlaku dehidrasi.

Melancong semasa hamil adalah selamat asalkan anda membuat persediaan dengan berhati-hati. Namun begitu, terdapat risiko dan cabaran yang perlu diketahui juga. Paling penting, berbincanglah dengan pakar perubatan berkenaan cadangan anda untuk melancong sebelum keluar melancong.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Travelling in pregnancy. http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/travel-pregnant.aspx. Accessed September 07, 2016.

Travelling while pregnant. https://travel.gc.ca/travelling/health-safety/travelling-pregnant. Accessed September 07, 2016.

 

Versi Terbaru

05/10/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Berdebar Menunggu Hari Bersalin Anak Pertama, Bakal Ibu Boleh Cuba 8 Tip Cepat Bersalin Ini

Ini 3 Pilihan Selamat Untuk Keluarkan Bayi Meninggal Dalam Kandungan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan