backup og meta

Menyusukan Bayi dengan Susu Badan dapat Mengurangkan Berat Badan. Fakta atau Mitos?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2022

    Menyusukan Bayi dengan Susu Badan dapat Mengurangkan Berat Badan. Fakta atau Mitos?

    Ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu badan hanya akan mementingkan kebaikan susu ibu kepada bayi mereka. Menyusukan bayi dengan susu badan dapat membantu dalam menjana IQ bayi di samping mengurangkan risiko bayi mengalami lelah atau alahan. Sebenarnya, ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu badan juga dapat menurunkan berat badan mereka selepas bersalin.

    Membantu wanita membakar kalori

    Memberi susu badan kepada bayi memerlukan masa dan tenaga yang lebih. Jadi, keadaan ini sebenarnya menyumbang kepada pembakaran kalori yang banyak. Ini kerana hanya untuk menghasilkan 30 ml susu badan, sebanyak 20 kalori digunakan. Bagi ibu yang mempunyai berat badan sekitar 68 kg, menyusukan bayi dengan susu badan membantu mereka membakar 500 kalori setiap hari. Jika hendak dibandingkan, ibu yang melakukan kerja rumah yang ringan selama 30 minit hanya menggunakan 246 kalori sementara aktiviti aerobik selama 30 minit pula akan membakar 546 kalori. Ini menunjukkan bahawa aktiviti menyusukan anak dengan susu badan adalah lebih mudah dan cepat untuk membakar kalori.

    Mempercepatkan pengurangan berat badan

    Menyusukan anak dengan susu badan akan menurunkan berat badan anda lebih pantas berbanding anda memberi susu formula kepada anak. Namun begitu, ini bukan satu penyelesaian yang utama kerana berat badan anda telah naik secara mendadak selama sembilan bulan kehamilan dan mustahil untuk mengurangkannya dalam masa terdekat. Aktiviti menyusukan anak dengan susu badan akan mengurangkan 0.5 kg seminggu. Jika berat badan turun mendadak, anda perlu berhubung dengan doktor dan mengambil kalori yang secukupnya agar kesihatan anda tidak terjejas.

    Mengamalkan diet seimbang

    Antara sebab menyusukan anak dengan susu badan dapat mengurangkan berat badan adalah kerana golongan ibu akan lebih berwaspada dalam pemilihan makanan mereka. Doktor akan menyarankan mereka untuk mengambil makanan yang seimbang dengan karbohidrat, protein, buah-buahan serta sayur-sayuran demi memastikan bayi mereka mendapat nutrien yang secukuonya daripada susu ibu. Ibu yang menyusukan anak dengan susu badan juga perlu mengurangkan pengambilan kafein dan menjauhi alkohol sekaligus mengurangkan kalori dalam badan mereka.

    Melakukan senaman

    Selain meningkatkan daya kardiovaskular para ibu, senaman juga mampu membantu dalam penjanaan susu yang lebih banyak. Ini amat penting untuk memastikan stok susu ibu dalam badan tidak kering dengan cepat.

    Tuntasnya, aktiviti menyusukan anak dengan susu badan sememangnya membantu dalam penurunan berat badab bagi para ibu. Anda disarankan untuk tidak terus mengamalkan diet pada beberapa bulan selepas melahirkan. Ini untuk memastikan anda tidak mengalami penurunan berat badan yang mendadak sekaligus mengurangkan kualiti dan kuantiti susu anda. Penurunan berat badan yang ideal selepas bersalin adalah 1 kg setiap bulan dan 2 kg setiap bulan sekiranya anda mempunyai masalah kegemukan selepas bersalin.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan