Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda sekarang mempunyai saiz seperti batang sayur, dengan kepanjangan sekitar 45 cm daripada kepala ke tumit dan mempunyai berat sekitar 3.2 kg. Lemak kian berkumpul dalam badan bayi anda walaupun pertumbuhannya semakin perlahan sekarang. Anda mungkin menyedari pertambahan berat badan anda telah berkurang atau tiada.
Memandangkan bayi anda sudah mempunyai otot untuk menghisap dan menelan cecair amniotik, bahan kumuh mula terhimpun dalam ususnya. Sel daripada usus, sel kulit mati dan bulu lanugo adalah antara bahan kumuh yang menyumbang kepada mekonium, bahan hitam kehijauan.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Disebabkan bayi anda telah masuk ke dalam pelvis, pundi kencing anda kian ditekan menyebabkan anda kerap membuang air kecil.
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Jika bayi anda lelaki, anda dan pasangan anda berkemungkinan ingin memastikannya disunat selepas dilahirkan. Proses berkhatan melibatkan prosedur pembedahan membuang kulit (kulup) zakar dalam bayi lelaki. Bagi pasangan bukan Islam, anda boleh membuat keputusan sendiri. Bincang dengan doktor anda tentang isu sekitar berkhatan termasuklah pilihan ubat tahan sakit untuk bayi.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Penjagaan pranatal akan diteruskan selepas anda melepasi tarikh jangkaan kelahiran. Doktor akan memeriksa keadaan kesihatan anda dan keadaan serviks jika sudah mula menipis dan jika terdapat pembukaan untuk kelahiran. Jika anda telah melepasi jangkaan waktu bersalin lebih daripada seminggu, doktor anda mungkin meneliti degupan jantung bayi dengan monitor fetal eletronik atau menggunakan ultrabunyi untuk melihat pergerakan anak anda dan mengukur jumlah cecair amnniotik.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Semakin dekat anda dengan tarikh kelahiran, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan pelvis dengan kerap untuk menentukan posisi bayi dalam uterus untuk persediaan kelahiran: sama ada kepala dahulu, kaki dahulu atau punggung dahulu. Kebanyakan bayi berada dalam posisi kepala dahulu pada akhir waktu kehamilan. Dalam posisi kepala menghadap ke hadapan, bayi anda dapat muat dengan baik ke dalam pelvis. Sewaktu pemeriksaan pelvis, doktor anda juga akan melakukan pemeriksaan serviks untuk memeriksa sama ada serviks anda telah terbuka atau menipis dan melembut. Maklumat ini akan diterjemahkan dalam bentuk nombor dan peratus.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Alkohol
Jangan risau jika anda menggunakan ubat yang mengandungi alkohol dalam kehamilan. Kuantiti alkohol yang sedikit tidak menjejaskan bayi seperti mana pengambilan alkohol.
Ubat
Aspirin dan ubat tahan sakit yang lain kebiasaannya mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan wanita mengandung, jadi pastikan anda bertanya doktor sebelum mengambil ubat sewaktu kehamilan.
Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu hadapan?
Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
[embed-health-tool-due-date]