Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Proses kelahiran bayi adalah sesuatu yang normal. Ini apa yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia dapat membantu memberikan ketenangan kepada diri anda.

Bukaan rahim untuk kelahiran bayi

Serviks merupakan bahagian bawah rahim yang akan terbuka apabila tiba waktu melahirkan anak. Proses itu dikenali sebagai pelebaran serviks atau dalam bahasa yang mudah, bukaan rahim.

Proses pembukaan serviks – cervix opening (dilating) – adalah salah satu cara untuk kakitangan perubatan mengesan fasa kelahiran bayi.

Semasa bersalin, saluran rahim akan terbuka untuk memberikan laluan kepada kepala bayi melepasi faraj. Biasanya saiz bukaan akan melebar sekitar 10 sentimeter (cm) untuk kebanyakan bayi. 

Sekiranya keadaan bukaan rahim dengan kontraksi berkala dan menyakitkan, itu petanda anda sudah memasuki fasa bersalin aktif dan semakin hampir untuk proses kelahiran bayi.

3 peringkat proses kelahiran bayi

#Tahap pertama bersalin

Semasa peringkat pertama kelahiran, kontraksi akan membantu serviks menipis dan mula untuk terbuka. Keadaan itu dipanggil sebagai penambahbaikan dan pelebaran.

Semasa rahim melebar, doktor akan mengukur bukaan dalam cm. Pada tahap ini, serviks akan melebar sehingga 10 cm. 

Tahap ini biasanya akan berlanjutan sekitar 12 hingga 13 jam untuk anak sulung dan 7 hingga 8 jam untuk kehamilan yang seterusnya. 

Ini cara untuk membayangkan saiz bukaan rahim:

  • 1 cm lebar: Cheerios (bijirin sarapan pagi)
  • 2 cm lebar: Anggur
  • 4 cm lebar: Hirisan limau nipis
  • 6 cm lebar: Biskut coklat
  • 8 cm lebar: Epal
  • 10 cm lebar: Donat

bukaan rahim

Tahap pertama bersalin adalah paling lama dan terbahagi kepada 3 peringkat:

  • Fasa awal kelahiran

Masa kiraan bermula apabila pelebaran serviks mencapai 3 cm. Kebanyakan ibu mengandung menghabiskan sebahagian besar peringkat ini di rumah. 

Sebaiknya, cuba untuk terus melakukan aktiviti harian anda seperti berehat, makan dan minum serta mencatatkan waktu kontraksi anda. 

Kontraksi mungkin akan hilang untuk sementara jika anda mengubah aktiviti yang dilakukan tetapi lama-kelamaan ia akan semakin kuat. 

Apabila anda mengesan perubahan kekerapan, intensiti dan tempoh masa kontraksi berlaku, bahkan anda tidak boleh bercakap apabila ia terjadi, mungkin anda sudah memasuki peringkat kelahiran aktif.

  • Fasa kelahiran aktif

Daripada saiz bukaan rahim 3 cm, ia akan melebar sehingga 7 cm. Ini adalah masanya untuk anda menuju ke hospital. 

Apabila kontraksi berlaku setiap 3 ke 4 minit dan bertahan untuk 60 saat, ia biasanya petanda serviks anda membuka lebih cepat – kira-kira 1 cm per jam.

Pada tempoh ini keinginan untuk bercakap mungkin sudah tiada kerana anda perlu mengendalikan rasa sakit kontraksi yang berlangsung.

Semakin mendekati fasa kelahiran, air ketuban anda mungkin pecah menyebabkan berlakunya pengaliran air. 

Jika ia berlaku, anda harus bersedia untuk menghadapi kontraksi yang semakin cepat.

  • Fasa peralihan

Perlebaran serviks akan berterusan sehingga mencapai saiz bacaan 10 cm. 

Bagi kebanyakan wanita, ini adalah fasa kelahiran yang paling sukar atau menyakitkan. Ia adalah masa bahagian serviks anda terbuka sepenuhnya. 

Kontraksi pula akan berlangsung untuk tempoh 60 hingga 90 saat dan dialami setiap 2 hingga 3 minit. 

Pada ketika ini, terdapat sedikit masa untuk berehat dan anda mungkin akan berdepan rasa bercampur-baur dengan kekuatan kontraksi yang dialami. Berkemungkinan besar anda akan berasa berpeluh, sakit perut, panas atau sejuk. 

#Tahap kedua bersalin

Pada peringkat ini, bukaan rahim telah terbuka sepenuhnya dan akan berakhir dengan proses kelahiran bayi. 

Kontraksi akan mendorong dan menolak bayi turun ke saluran kelahiran dan mungkin berasakan tekanan yang kuat. Ia akan berasa seperti keinginan untuk membuang air besar. 

Doktor mungkin akan meminta anda untuk meneran apabila kontraksi berlaku. Umumnya, kontraksi akan semakin kuat tetapi wujud jarak masa yang membolehkan anda berehat. 

Tempoh kepanjangan tahap ini adalah bergantung kepada pengalaman melahirkan anak dan berapa kali anda pernah bersalin, kedudukan serta saiz bayi

Tahap intensiti pada fasa peralihan mungkin berterusan sehingga ke peringkat ini. 

Anda mungkin akan mudah marah apabila kontraksi berlaku dan berganti dengan keinginan untuk disentuh dan berbual. Adakalanya wujud kemahuan untuk bersendirian.

proses kelahiran bayi

#Tahap ketiga bersalin

Selepas proses melahirkan anak, rahim akan terus mengalami kontraksi untuk mengeluarkan plasenta (selepas kelahiran). 

Kebiasaannya, plasenta akan keluar selepas 5 hingga 15 minit bayi dilahirkan. 

Fasa pelengkap

Selepas bayi dilahirkan, plasenta dikeluarkan, maka anda dan pasangan akan dihujani rasa gembira, kelegaan dan keletihan. 

Amat disarankan untuk anda menyusukan bayi selepas bayi dilahirkan. Ini kerana proses penyusuan selepas kelahiran akan membantu rahim menguncup dan mengurangkan pendarahan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

Istilah rahim jatuh atau peranakan jatuh sering kedengaran, terutamanya dalam kalangan wanita bersalin. Namun, apakah punca ia terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/09/2020 . 3 minit bacaan

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 23/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Tahu Mengapa Ibu Hamil Senang Alami Mood Swings? Ada Kaitan Dengan 7 Hormon Ini!

Mood swings dengan ibu mengandung ibarat irama dan lagu, sukar dipisahkan. Tetapi perubahan hormon apakah yang menjadi punca kepada keadaan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

melahirkan anak kedua

Benarkah Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat? Ini Yang Bakal Ibu Anak Dua Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan