backup og meta

7 Sebab Orang Lelaki Kena Buat Ujian Kiraan Air Mani, Boleh Tahu Subur Ke Tidak!

7 Sebab Orang Lelaki Kena Buat Ujian Kiraan Air Mani, Boleh Tahu Subur Ke Tidak!

Kesukaran untuk mendapat anak ada kalanya berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur. Disebabkan itu pentingnya kaum Adam untuk menjalani ujian kesuburan lelaki atau pemerisaan air mani. Jom fahaminya dengan lebih lanjut. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Masalah berkaitan sperma lelaki

Bagi suami isteri yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat, pastinya keadaan itu boleh mendatangkan kekecewaan. Sudah tentu anda akan mencari punca yang menyebabkan keadaan itu, kan?

Umumnya, masalah kesuburan boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Pun begitu, kesuburan lelaki biasanya menjadi faktor utama bagi kebanyakan kes kemandulan. 

Biasanya, masalah melibatkan lelaki ini sering terjadi disebabkan oleh pengeluaran sperma yang rendah. 

Antara pemeriksaan yang boleh dilakukan bagi mengesahkannya adalah ujian air mani. 

ujian kesuburan lelaki

Apa itu ujian kesuburan lelaki?

Ujian ini turut dikenali sebagai analisis air mani atau ujian jumlah sperma. Ia akan menganalisis kesihatan dan daya tahan sperma lelaki. 

Air mani adalah cecair yang mengandungi sperma – selain gula dan zat protein lain – yang dikeluarkan semasa ejakulasi.

Ujian air mani ini akan mengukur 3 faktor utama kesihatan sperma:

  • Kuantiti sperma
  • Bentuk sperma
  • Pergerakan sperma, juga dikenali sebagai sperm motility

Doktor biasanya akan melakukan 2 atau 3 analisis sperma yang berasingan untuk mendapatkan teori tentang tahap kesihatan sperma. 

Menurut American Association for Clinical Chemistry (AACC), ujian ini harus dilakukan sekurang-kurangnya dalam jarak masa 7 hari atau selama 2 hingga 3 bulan. 

Ini kerana kiraan sperma boleh berbeza setiap hari. Mengambil sampel sperma secara purata dapat memberikan hasil keputusan yang lebih tepat. 

Ujian air mani perlu dijalani bagi menguji tahap kemandulan lelaki jika pasangan menghadapi masalah untuk mengandung atau bagi menilai kejayaan prosedur vasektomi.

Dalam vasektomi, saluran yang menghantar sperma daripada testis ke zakar akan dipotong dan ditutup sebagai bentuk kawalan kelahiran tetap. 

Cara memperbaiki jumlah sperma 

Antara cadangan perubahan yang boleh dilakukan, termasuklah:

ujian kesuburan lelaki

  • Mengurangkan pengambilan atau mengelakkan terus minuman alkohol. Ini kerana alkohol dapat mengurangkan penghasilan testosteron, punca jumlah sperma lelaki sedikit
  • Menghindari kafein antara 2 hingga 5 hari sebelum ujian
  • Elakkan merokok
  • Mengurangkan atau mengekalkan berat badan seimbang dan sihat. Sel-sel lemak dalam badan akan melepaskan enzim aromatase – berfungsi memecahkan testosteron menjadi estrogen. Ia dapat mengurangkan jumlah testosteron dan sperma
  • Mengelakkan haba yang terlalu panas pada zakar. Walaupun kajian mengenainya memberikan keputusan yang berbeza, namun anda mungkin mahu menghindari penggunaan tab mandian air panas, sauna dan menggunakan komputer riba di pangkuan riba
  • Mengurangkan tekanan. Tekanan boleh menyebabkan perubahan bentuk sperma dan menjejaskan kesuburan
  • Elakkan ejakulasi selama 24 hingga 72 jam sebelum ujian kesuburan lelaki dilakukan

Doktor mungkin akan memberikan ubatan seperti terapi antiestrogen atau gonadotropin –  hormon yang dapat meningkatkan kesuburan.

Baca juga:

Hasil keputusan ujian kesuburan lelaki

Apabila makmal mendapat sampel air mani, beberapa maklumat boleh diperolehi, termasuklah berkaitan:

  1. Jumlah sperma

Berdasarkan kepekatan air mani, jumlah sperma akan dapat ditentukan. Umumnya, jumlah sperma normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma bagi setiap mililiter (ml) air mani.

Jumlah sperma akan dianggap rendah jika mempunyai kuantiti yang kurang daripada itu. 

  1. Pergerakan sperma dalam ujian kesuburan lelaki

Bagaimana sperma anda bergerak juga akan dinilai. Doktor akan melihat berapa banyak sperma bergerak dan cara pergerakannya.

Sperma yang baik adalah apabila 50% daripadanya bergerak aktif.

ujian kesuburan lelaki

  1. Bentuk sperma

Keadaan rupa sperma atau morfologi juga akan diambil kira. Ukuran dan bentuk sperma dapat mempengaruhi kemampuannya untuk mempersenyawakan telur. 

Air mani normal akan mempunyai sekurang-kurangnya 4% sperma berbentuk normal.

  1. Isipadu

Doktor akan melihat berapa banyak air mani yang dapat anda berikan untuk sampel. Jumlah normal adalah sekurang-kurangnya 1.5 ml atau kira-kira setengah sudu teh. 

Sekiranya sampel kurang daripada itu, ia mungkin bermaksud bahawa vesikel mani (seminal vesicles) anda tidak menghasilkan cukup cecair atau tersumbat. 

Anda juga mungkin mempunyai masalah dengan prostat.

  1. Tahap pH

Ukuran ini dapat menentukan tahap keasidan dalam air mani anda. pH normal adalah antara 7.1 dan 8.0.

pH yang tidak normal akan menjejaskan tahap kesihatan sperma anda dan menjejaskan pergerakannya.

  1. Masa pencairan dalam ujian kesuburan lelaki

Air mani normal akan keluar secara pekat semasa ejakulasi. Masa pencairan akan diukur bagi melihat berapa lama yang diperlukan sebelum menjadi cair. Biasanya dalam tempoh 20 minit.

Sekiranya anda memerlukan masa lebih lama, atau langsung tidak cair, ia petanda ada masalah.

  1. Tahap fruktosa

Sekiranya doktor tidak menemui sperma dalam ujian jumlah sperma, pemeriksaan untuk fruktosa mani yang dihasilkan oleh vesikel mani (seminal vesicles) akan dilakukan.

Jika tahapnya rendah atau langsung tidak mempunyai fruktosa, ini bermakna anda mempunyai halangan atau masalah. 

Lain-lain ujian kesuburan lelaki 

Jika hasil analisis ujian air mani tidak normal, doktor mungkin akan menyarankan untuk menjalani ujian lain bagi menentukan punca atau faktor yang menyebabkan masalah kesuburan anda.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Semen Analysis. https://www.healthymale.org.au/files/resources/semen_analysis_fact_sheet_healthy_male_2019.pdf / Accessed on Aug 3, 2020
  2. Low sperm count. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-sperm-count/symptoms-causes/syc-20374585 / Accessed on Aug 3, 2020
  3. Vasectomy. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/vasectomy/about/pac-20384580 / Accessed on Aug 3, 2020
  4. Is a home sperm test useful?
    https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-sperm-count/expert-answers/home-sperm-test/faq-20057836 / Accessed on Aug 3, 2020
  5. Evaluation and Treatment of Infertility. https://www.aafp.org/afp/2015/0301/p308.html / Accessed on Aug 3, 2020
  6. Semen Analysis. https://labtestsonline.org/tests/semen-analysis / Accessed on Aug 3, 2020

Versi Terbaru

06/08/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Rahsia Sperma Lebih Subur & Berkualiti, Jadi Lelaki Kena Makan Banyak Tomato!

Bongkar 5 Mitos Tentang Sperma, Paling Popular Adalah Seluar Dalam, Apa Kaitannya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan