10 Soalan Popular Jika Ingin Hamil (Bahagian 2)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi menerima kedatangan ahli keluarga baru, semestinya anda mempunyai pelbagai persoalan untuk ditanya. Selepas menyedari anda akan bergelar ibu, sudah tentu anda ingin memastikan semua persiapan lengkap tersedia untuk bayi. Dalam artikel ini, anda disediakan dengan 5 perkara paling penting yang perlu dipersiapkan jika ingin hamil dan semasa hamil.

Apakah ubat tanpa preskripsi yang selamat untuk saya ambil? 

Semasa kehamilan, kadangkala anda mungkin mengalami keadaan kesihatan ringan seperti sakit kepala, sakit perut atau pedih hulu hati. Dalam kes seperti ini, anda mungkin perlukan ubat tanpa preskripsi untuk melegakan keadaan. Meskipun kebanyakan ubat di kaunter atau tanpa preskripsi mempunyai profil keselamatan yang dipercayai, namun sesetengahnya masih tidak terbukti selamat diambil untuk wanita hamil. Bagi memastikan keselamatan anda, doktor perlu menyediakan senarai saranan perubatan di kaunter (OTC) atau tanpa preskripsi yang selamat untuk anda ambil semasa hamil. Senarai ini boleh membantu anda membuat semakan awal sebelum mengambil sebarang ubat OTC. Contohnya, untuk melegakan sakit, sakit kepala, dan demam, anda perlu ambil Acetaminophen, yang bebas aspirin, berbanding mengambil aspirin.

Apakah makanan yang perlu saya makan dan elakkan semasa hamil?

Ibu hamil memerlukan lebih nutrisi seperti protein, vitamin, mineral (seperti asid folik dan zat besi), dan lebih kalori (untuk tenaga) untuk kekal sihat. Jika ingin meningkatkan amalan pemakanan anda, makanlah hidangan yang tinggi nutrisi, yang baik untuk kesihatan bayi. Selain itu, jangan makan keterlaluan bagi mengikut konsep ‘makan untuk dua orang’. Sesetengah makanan boleh jadi berbahaya dan perlu dielakkan semasa anda hamil. Makanan-makanan ini termasuklah:

  • Makanan laut mentah
  • Susu yang tidak dipasteur
  • Keju lembut
  • Keju hijau
  • Pate
  • Daging, ayam itik mentah atau kurang masak

Kesemua makanan ini adalah sumber yang mungkin ada bakteria, yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Apakah ujian dan pemeriksaan yang saya perlukan?

Semasa hamil, anda mungkin perlu melakukan beberapa pemeriksaan dan ujian pranatal. Ujian-ujian ini dijalankan bagi memberitahu anda tentang perkembangan bayi, seperti kemungkinan bayi anda mengalami gangguan genetik. Kebanyakan ujian ini adalah tidak invasif. Selalunya ujian dilakukan semasa trimester pertama dan kedua, sementara ada yang dijalankan pada trimester ketiga. Anda mungkin akan diminta menjalani ujian air kencing, ujian darah, ujian pap, dan beberapa ujian lain semasa hamil.

Berapa banyak berat badan saya perlu naik?

Berapa banyak kenaikan berat badan anda semasa hamil selalunya ditentukan menggunakan indeks jisim tubuh (BMI) pra-kehamilan, yang dikira mengikut berat badan dan tinggi. Berikut adalah saranan indeks untuk berat badan ideal anda semasa mengandung:

  • Berat badan sihat (BMI 18.5 hingga 24.9): Anda perlu naik berat badan antara 11 hingga 16 kilogram.
  • Kurang berat badan (BMI bawah 18.5): Anda perlu naik berat badan antara 13 hingga 18 kilogram.
  • Lebih berat badan (BMI 25.0 hingga 29.9): Anda perlu naik berat badan antara 7 hingga 11 kilogram.
  • Obes (BMI ≥30.0): Anda perlu naik berat badan antara 5 hingga 9 kilogram.
  • Kehamilan kembar: Anda perlu naik berat badan
    • 17 hingga 24 kilogram jika anda berada pada berat yang sihat.
    • 14 hingga 23 kilogram jika anda terlebih berat badan.
    • 11 hingga 19 kilogram jika anda obes.

Apakah vaksinasi yang perlu saya dapatkan?

Dengan mendapatkan vaksinasi semasa kehamilan, anda boleh membantu menyalurkan sedikit imuniti kepada bayi anda. Terdapat dua vaksin penting yang perlu anda ambil semasa hamil, iaitu:

  • Suntikan selesema: Anda akan ditawarkan suntikan selesema untuk melindungi anda dan bayi daripada jangkitan virus. Disebabkan sistem imun anda lemah dan mudah terjejas kepada penyakit semasa hamil, anda boleh mendapatkannya pada sebarang peringkat kehamilan anda.
  • Batuk kokol: Penting untuk setiap wanita mendapatkan vaksin batuk kokol semasa trimester ketiga pada setiap kehamilan. Vaksin adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ini. Vaksinasi Tdap orang dewasa ialah vaksin batuk kokol yang diberikan untuk semua yang berusia 11 tahun dan ke atas, termasuklah wanita hamil.

Meskipun terdapat banyak kebimbangan yang timbul semasa tempoh pranatal anda, namun dengan jawapan daripada 5 soalan ini, anda akan lebih bersedia untuk memberikan yang terbaik buat si manja anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Anak Bersedia Dengan Kelahiran Adik Baru? Ibu Ayah, Ini Cara Elak Anak Terasa Hati

    Kelahiran bayi adalah perkara yang menggembirakan hati mana-mana ibu bapa. Tetapi adakah anak anda bersedia menerima kehadiran adik beradik baharu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanak-Kanak, Perkembangan Kanak-Kanak 03/03/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Ambil Mudah Kalau Kaki Selalu Kebas, Kadang-Kadang Ia Petanda Penyakit!

    Rasa kebas kaki merupakan perkara yang lazim terjadi, lebih-lebih lagi jika kita duduk terlalu lama. Tetapi, ia juga boleh menjadi tanda penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Otot Lain 03/03/2021 . 3 minit bacaan

    Semakin Meningkat Usia, Semakin Menurun Testosteron, Kena Ambil Suplemen Ke?

    Adakah ambil suplemen merupakan cara meningkatkan hormon testosteron paling bagus? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Masalah Usia Emas 03/03/2021 . 3 minit bacaan

    Kenali 4 Masalah Kesihatan Wanita Yang Selalu Terjadi, Orang Perempuan WAJIB Tahu Ini

    Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman serta luaran amatlah penting. Teruskan pembacaan untuk mengetahui info kesihatan wanita dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Wanita 03/03/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kemahiran keibubapaan

    Selalu Rasa Diri Bukan Ibu Bapa Terbaik? Bertenang, Kami Ada Tip Yang Boleh Anda Cuba

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 5 minit bacaan
    kenapa jantung berdegup laju

    Jantung Berdegup Laju Tanpa Sebab? Ini Mungkin 4 Penyakit Yang Menyebabkan Aritmia Jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    alergi susu soya

    Sakit Perut Selepas Makan Tempe? Ini Mungkin Tanda Anda Sensitif Terhadap Soya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 2 minit bacaan
    cara berlari dengan betul

    Suka Aktiviti Berlari? Pesakit Diabetes Jenis 1, Sebelum Buat, Ambil Tahu 3 Perkara Mustahak Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 2 minit bacaan