Praktikkan etika yoga semasa memasuki kelas yoga
Tepati masa, tutup telefon atau biarkannya dalam mod senyap, dan jika anda datang berteman ke kelas tersebut, perlahankan suara anda apabila bercakap, walaupun sebelum kelas bermula. Jika terdapat sebarang hal penting yang memerlukan anda untuk meninggalkan kelas lebih awal, jangan lupa untuk meminta kebenaran daripada tenaga pengajar anda sebelum kelas bermula. Jangan segan untuk memberitahu pengajar anda bahawa ini adalah pertama kali anda melakukan yoga. Anda juga boleh mengucapkan terima kasih kepada pengajar anda jika anda seronok melakukan sesi tersebut, atau jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh bertanyakan kepada pengajar selepas habis kelas.
Pakai pakaian yang selesa
Jangan rasa rendah diri jika anda tidak memakai kostum yoga yang berjenama. Perkara paling penting adalah anda rasa selesa dengan pakaian anda. Juga, jangan lupa membawa tuala kecil atau air botol untuk memastikan anda tidak mengalami dehidrasi semasa sesi yoga pertama anda.
Jangan ragu-ragu menggunakan alat penyokong yoga
Selain tikar yoga yang selalunya disediakan oleh studio yoga (termasuk dalam kos sesi/ kelas), terdapat beberapa studio yang menyediakan alat penyokong yoga lain, seperti blok dan tali pengikat. Alat penyokong ini boleh membantu anda menyadur dengan gaya-gaya yoga yang masih belum anda kuasai. Jika anda meletakkan alat penyokong yoga di sebelah tikar yoga, pengajar biasanya akan mengajar anda menggunakan alat tersebut semasa kelas berlangsung. Jika anda ingin berlatih yoga dengan serius, adalah amat disyorkan jika anda mendapatkan tikar yoga berkualiti tinggi. Ia umpama pelaburan terbaik untuk latihan yoga anda yang akan datang.
Ya, penting untuk anda menghargai usaha anda untuk datang ke studio, berlatih dan berpeluh selama lebih daripada satu jam. Ingatlah bahawa jika anda menjalani yoga dengan kerap, ia akan membawa perubahan kepada anda baik dari segi fizikal dan juga mental. Jadi, jangan lupa untuk mengumpul maklumat tentang jadual kelas yoga anda dan letakkan dalam kalendar anda. Anda boleh mendapatkan pakej yoga untuk penjimatan, dan sudah tentu untuk mendorong anda kembali mengamalkan yoga secepat mungkin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen