backup og meta

5 Panduan Berjoging Semasa Berpuasa

5 Panduan Berjoging Semasa Berpuasa

Joging merupakan senaman ringan yang paling disukai oleh ramai orang. Anda tidak memerlukan banyak peralatan dan kos. Cukup hanya dengan kasut dan baju yang selesa, anda sudah boleh berjoging. Walaupun kelihatan mudah dilakukan, jika tidak dilakukan dengan betul, joging boleh menimbulkan risiko kecederaan. Lebih-lebih lagi jika anda melakukannya ketika berpuasa. Tip dan gelah berikut boleh membuatkan rutin joging semasa puasa anda bebas dari masalah.

Bagaimana cara berjoging semasa berpuasa dengan selamat?

1. Pastikan anda terhidrat dengan baik

Jika di hari biasa anda boleh membawa sebotol minuman semasa joging, adalah berbeza apabila anda joging semasa berpuasa. Jika anda mengalami dehidrasi semasa joging disebabkan kekurangan pengambilan cecair oleh badan, aktiviti joging yang seharusnya membantu anda agar kekal sehat sebaliknya boleh membahayakan.

Bagaimana ingin mengelakkan perkara dari terjadi? Jika anda bercadang untuk tetap bersenam meskipun sedang berpuasa, pastikan anda terhidrat dengan baik dari masa berbuka puasa hingga imsak. Selain minum air putih, anda juga boleh dapatkan pengambilan cecair dari buah-buahan atau yogurt. Untuk mengelakkan dehidrasi, anda boleh memilih waktu petang sebelum menjelang waktu berbuka puasa iaitu jam 16.30-18.00.

2. Gunakan kasut yang sesuai

Gunakan kasut lari yang selesa dan selesa di kaki anda. Jangan terlalu besar atau kecil. Tukar kasut jogging setiap enam bulan. Hal ini untuk mengurangkan risiko kecederaan akibat penurunan kualiti kasut.

3. Lakukan pemanasan dan penyejukan

Jangan pernah langsung berjoging sebelum anda melakukan pemanasan. Pemanasan sangat penting, terutamanya jika anda sedang berpuasa. Mengapa? Kerana pemanasan boleh memberi ‘isyarat’ kepada badan bahawa anda bersedia secara fizikal dan mental untuk melakukan aktiviti fizikal.

Pemanasan secara perlahan boleh meningkatkan degupan jantung anda dan meminimakan stres pada jantung semasa anda mula berlari. Sebelum berjoging, anda boleh melakukan pemanasan dengan berjalan cepat dan diikuti dengan lari anak. Ketika melakukan pemanasan, anda akan tahu sama ada anda boleh melakukan joging semasa berpuasa atau tidak.

Tidak kurang pentingnya dari pemanasan, pendinginan juga penting untuk anda lakukan bagi menurunkan kadar degupan jantung dan tekanan darah secara beransur-ansur. Apabila selesai berjoging, tamatkan dengan berjalan kaki selama lima minit.

4. Jangan berlebihan

Jangan terlalu bersemangat untuk meningkatkan jarak tempoh anda hanya kerana berjaya melakukan joging jarak jauh semasa puasa semalam. Hal ini meningkatkan risiko cederaan. Jangan tingkatkan jarak tempoh mingguan anda lebih daripada 10 peratus setiap minggu. Mulakan secara perlahan ketika anda joging semasa berpuasa agar anda mendapatkan manfaat joging untuk tetap segar walaupun anda sedang berpuasa.

5. Biasakan bernafas dari hidung dan mulut

Sesetengah daripada anda mungkin menganggap bahawa anda harus bernafas hanya melalui hidung. Apabila anda jogging semasa berpuasa, cuba bernafas melalui hidung dan mulut untuk otot anda mendapatkan cukup oksigen semasa berlari. Mengambil nafas dalam perut boleh membantu mencegah side stiches atau sakit menusuk di perut bahagian bawah tulang rusuk semasa berjoging yang merupakan masalah biasa bagi pelari.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Key Running Tips for New Runners https://www.verywell.com/key-running-tips-for-new-runners-4020785. Accessed 02/06/2017.

Running tips for beginners. http://www.nhs.uk/Livewell/getting-started-guides/Pages/getting-started-running.aspx. Accessed 02/06/2017.

Versi Terbaru

04/12/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Diri Anda Ketagih Guna "Fitness Tracker"! Ini Cara Elakkannya

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan