backup og meta

Bagamaimana Sepatutnya Anda Mengorek Telinga?

Bagamaimana Sepatutnya Anda Mengorek Telinga?

Tahi telinga adalah bahan semula jadi badan yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam saluran telinga. Tugas utamanya adalah untuk melindungi telinga dari bakteria atau benda asing yang lain. Dalam kebanyakan masa, ia tidak mendatang sebarang masalah. Walau bagaimanapun, terdapat banyak keadaan di mana orang masih mahu membuangnya. Artikel ini akan memberikan pembaca teknik yang  betul tanpa sebarang risiko kesihatan.

Bila perlu mengeluarkan tahi telinga?

Ada kalanya tahi telinga berkumpul di dalam saluran telinga sehingga menyebabkan sakit telinga, rasa tidak selesa di dalam telinga, rasa penuh dan bunyi di dalam telinga. Kadangkala, ia boleh menyebabkan gatal-gatal dan kehilangan pendengaran sementara. Oleh itu, ia bergantung kepada keadaan. Mereka yang benar-benar memerlukannya sehingga mengganggu fungsi telinga perlu mengeluarkan tahi telinga.

Terdapat banyak cara untuk mengeluarkan tahi telinga dengan selamat dan berkesan

Air garam

Air garam adalah kaedah terbaik untuk menghilangkan tahi telinga yang bertindak melembutkan dan menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan. Prosedur ini termasuk:

  • Campurkan sedikit garam, kira-kira satu sudu teh, di dalm secawan air suam. Kacau sehingga garam larut sepenuhnya.
  • Rendam bola kapas di dalam air tersebut.
  • Sengetkan telinga yang anda mahu untuk buang tahi telinga, perah bola kapas tersebut untuk meletakkan beberapa titis air garam ke dalam telinga terbabit.
  • Kekal dalam kedudukan ini selama 3 hingga 5 minit.
  • Sengetkan kepala anda ke kedudukan yang bertentangan sambil membiarkan titisan air tersebut mengalir keluar.
  • Gunakan kain yang bersih untuk membersihkan telinga dan tahi telinga yang telah lembut.

Hidrogen peroksida

Selain daripada air garam, hidrogen peroksida adalah cara lain yang berkesan untuk menghilangkan tahi telinga. Hidrogen peroksida boleh membuih. Dengan itu, ia boleh mengeluarkan tahi telinga yang telah dihancurkan dengan mudah. Ini adalah cara ia berfungsi:

  • Campurkan hidrogen peroksida di dalam air dengan nisbah 1: 1.
  • Gunakan penitis telinga untuk meletakan beberapa titisan campuran tersebut ke dalam telinga anda.
  • Lakukan prosedur yang sama seperti air garam.

Minyak bayi

Minyak bayi juga boleh melembutkan tahi telinga dan membantu proses pembuangan.

  • Tuangkan minyak bayi ke dalam penitis telinga
  • Sengetkan telingayang  anda mahu bersihkan, sambil meletakkan 3 hingga 5 titik minyak bayi ke dalam telinga tersebut.
  • Letakkan bola kapas pada bukaan telinga untuk mengelakkan ia daripada bocor.
  • kekal dalam kedudukan ini selama beberapa minit
  • Sengetkan kepala ke arah bertentangan untuk mengeluarkan keluar minyak yang berlebihan.
  • Bersihkan telinga dengan kain yang bersih dan lembut.

Cuka dan alkohol

Campuran ini akan membantu membuang tahi telinga. Di samping itu, alkohol akan membuatkan telinga anda kering manakala cuka akan membantu melawan bakteria atau kulat untuk mencegah jangkitan telinga.

  • Campurkan hidrogen peroksida di dalam air dengan nisbah 1: 1.
  • Rendam kapas ke dalam campuran tersebut.
  • Lakukan perkara yang sama seperti minyak bayi.

Ubat ini boleh digunakan untuk merawat masalah telinga perenang.

Air suam

Pastikan anda menggunakan air yang bersih dan ditapis. Ini adalah caranya:

  • Isikan penitis telinga dengan air suam, kira-kira 30 darjah Celsius.
  • Dongakkan kepala anda tegak kemudian tarik telinga luar untuk meluruskan saluran telinga.
  • Letakkan beberapa titis air suam ke dalam telinga.
  • Biarkan selama beberapa minit dan sengetkan kepala ke kedudukan yang bertentangan untuk membiarkan ia mengalir keluar.
  • Berishkan telinga dengan kain yang bersih dan lembut.

Minyak zaitun

Minyak zaitun boleh mengurangkan jangkitan telinga melalui fungsi antiseptiknya.

  • Panaskan minyak pada kira-kira 30 darjah Celsius.
  • Gunakan penitis telinga untuk meletakkan beberapa titis minyak ke dalam telinga.
  • Kekal pada kedudukan yang sama selama 10 minit untuk membiarkan tahi telinga tersebut menjadi lembut.
  • Sengetkan kepala ke kedudukan yang bertentangan. Kemudian keluarkan tahi telinga dan minyak menggunakan pengorek telinga.

Membuang tahi telinga dengan cara yang salah boleh membawa kepada tahi telinga tersumbat yang serius. Jika kerengsaan kekal selepas mencuba beberapa remedi rumah, pastikan anda dapatkan bantuan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Home Remedies to Remove Earwax | Top 10 Home Remedies. http://www.top10homeremedies.com/home-remedies/home-remedies-remove-earwax.html Accessed January 16, 2017

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Risaunya Kalau Ada Nanah Keluar Dalam Telinga, Ini Tanda Gegendang Pecah?

ADUH, Telinga Sakit Sampai Ke Rahang? Jangan Terkejut, Puncanya Mungkin Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan