backup og meta

Petua Anda Boleh Cuba Jika Hidung Tersumbat, Ambil 6 Jenis Minuman Sihat Ini!

Petua Anda Boleh Cuba Jika Hidung Tersumbat, Ambil 6 Jenis Minuman Sihat Ini!

Letih kalau asyik terpaksa sedut atau hembus hingus dalam hidung yang tersumbat. Selain ambil ubatan doktor, anda juga boleh cuba petua hidung tersumbat ini. Hanya perlu guna air dan minuman!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan ENT, anda boleh klik di sini.

Punca hidung tersumbat yang anda perlu tahu

Masalah hidung tersumbat terjadi gara-gara hingus yang terkumpul dan terperangkap di dalam hidung. Kesannya, ia sudah tentu menyebabkan hidung anda terasa sesak serta tidak selesa.

Jangkitan seperti selesema, flu, sinusitis atau alergi merupakan antara faktor utama masalah ini berlaku. Dalam masa yang sama, ia turut menjadi tanda tubuh badan sedang melawan virus.

Untuk pengetahuan anda semua, keadaan kesihatan ini terbahagi kepada 2 jenis punca seperti keterangan di bawah:

  • Punca akibat alahan – debunga, hama, kulat, bulu binatang dan lain-lain
  • Punca bukan alahan – infeksi, ubat, hormon, kualiti udara dan lain-lain
Antara punca-punca alahan pagi.
Antara punca-punca alahan pagi.

Tanpa mengira punca ia terjadi, masalah ini akan mengganggu kehidupan seharian anda. Jadi, apakah petua hidung tersumbat yang anda boleh cuba untuk membantu merawat kondisi tersebut?

Petua hidung tersumbat yang anda boleh cuba

Sebelum cuba apa-apa petua hidung tersumbat yang mungkin lebih tradisional, adalah lebih baik untuk anda ambil ubatan atau rawatan klinikal terlebih dahulu kerana ia jauh lebih efektif.

Pun begitu, tidak salah juga untuk kalian cuba beberapa jenis minuman di bawah bagi membantu merawat masalah anda itu:

#1. Hilangkan masalah hidung tersumbat dengan teh halia

Pertama dan paling popular, anda boleh cuba minum minuman yang telah direndamkan dengan herba halia. Agar ia lebih sedap dan segar, air teh merupakan pilihan yang paling sesuai.

Alasannya, rempah ini mengandungi sifat antiradang dan antibakteria yang tinggi lantas akan membantu meredakan gejala hidung tersumbat, terutama jika ia diambil dengan lebih kerap.

Antara tip tambahan lain sebelum minum minuman ini adalah jangan lupa untuk hidu aromanya terlebih dahulu!

Teh yang dicampur hirisan halia.
Teh yang dicampur hirisan halia.

#2. Air nanas juga legakan masalah hidung tersumbat

Buah tropika dengan rasa sedikit manis dan masam ini popular dengan kandungan bromelain yang tinggi. Ia adalah enzim yang dipercayai mampu membantu mencegah lendir berlebihan dalam hidung.

Menariknya, nanas ini bukan sahaja boleh dijadikan minuman dalam bentuk jus, malah juga makanan dalam bentuk buah lantas memberikan anda pilihan untuk menyembuhkan gejala hidung tersumbat.

#3. Air pudina

Daun pudina memiliki sifat antioksidan dan antimikrob yang juga tinggi. Kedua-duanya ini mampu membantu anda melawan masalah hidung tersumbat selain meningkatkan sistem imun tubuh badan.

Bukan hanya itu, daun yang boleh dijadikan minuman ini turut memberikan efek segar gara-gara kesan mentol yang hampir serupa seperti anda mengambil gula-gula lozeng untuk sakit tekak di pasaran.

#4. Sup ayam bantu legakan masalah hidung tersumbat

Walaupun ia bukanlah tergolong di dalam kategori minuman, namun bukankah sup ini juga boleh dihirup dan diminum?

Buat anda yang belum tahu, pengambilan sup ayam ini amat popular dalam kalangan individu yang sedang sakit. Ini kerana sup hangat itu mampu menyegarkan kembali deria rasa dan tubuh badan.

Dalam pada itu, campuran rempah-ratus seperti kulit kayu manis, jintan, lada dan macam-macam lagi juga dapat membantu mencairkan lalu menyingkirkan hingus yang tersumbat dalam hidung.

Petua hidung tersumbat #5. Madu

Madu kaya dengan khasiat untuk tubuh.
Madu kaya dengan khasiat untuk tubuh.

Madu asli merupakan ubat tradisional yang sedap dan sihat dalam membantu merawat masalah kesihatan termasuk hidung tersumbat, kerana ia memang sarat dengan sifat antimikrob serta antiradang.

Jika anda rasa agak pelik untuk minum madu begitu sahaja, tiada masalah!

Anda boleh sahaja menjadikan ia sebagai sapuan pada roti atau mencampurkan ia ke dalam minuman seperti teh atau air suam.

#6. Vitamin C

Kini, suplemen vitamin C juga sudah wujud di dalam bentuk minuman dengan pelbagai jenis perisa yang lazat belaka.

Apa yang lebih penting, vitamin ini mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan sekali gus mudah mengelakkan penyakit seperti demam, selesema, batuk, hidung tersumbat dan lain-lain lagi.

Kesimpulan

Konklusinya, ada banyak petua hidung tersumbat yang anda boleh cuba tetapi tidak semua itu terbukti efektif.

Agar berkesan dan berjaya, sila dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stuffy or runny nose – adult, https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/stuffy-or-runny-nose-adult, Accessed Aug 17 2023.
  2. What Kind of Stuff Clears Up a Stuffy Nose?, https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2015/12/what-kind-of-stuff-clears-up-a-stuffy-nose, Accessed Aug 17 2023.
  3. Ten home remedies to relieve sinus pain and pressure, https://www.allinahealth.org/healthysetgo/heal/ten-home-remedies-to-relieve-sinus-pain-and-pressure, Accessed Aug 17 2023.
  4. Natural cold and flu remedies from around the world, https://www.worldvision.org/health-news-stories/natural-cold-flu-remedies-world, Accessed Aug 17 2023.
  5. Treatment for a Blocked Nose at Night, https://www.sleepfoundation.org/physical-health/treatment-for-blocked-nose-at-night, Accessed Aug 17 2023.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Aduh, Tak Selesanya Bila Hidung Tersumbat Sebelah! Atasinya Dengan 5 Cara Ini

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan