backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pernah Dengar Nenas Batu? Ada Banyak Khasiatnya, Terutama Untuk Ibu Lepas Bersalin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/08/2022

    Pernah Dengar Nenas Batu? Ada Banyak Khasiatnya, Terutama Untuk Ibu Lepas Bersalin

    Sama seperti buah lain, nanas juga ada banyak jenis contohnya nanas batu, bogor, madu, muda dan lain-lain. Khususnya nenas batu, ia dipercayai ada banyak khasiat terhadap kesihatan terutama buat ibu yang baru sahaja lepas bersalin. Benarkah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu nenas batu?

    Untuk pengetahuan anda semua, nanas batu atau pine cone ini adalah sejenis tanaman tumbuhan yang berasal daripada kategori keluarga Bromeliaceae sama dengan jenis nanas yang lain.

    Ia digelar dengan nama ini dalam kalangan masyarakat kita kerana bentuknya yang seakan serupa dengan batu. Menariknya, kulit dan isi buah ini juga sedikit keras, sesuai dengan namanya.

    Mungkin agak kurang popular sebagai bahan makanan atau masakan, namun ia biasa dijadikan suplemen atau jamu kerana nanas batu dikatakan mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan.

    Ironiknya, ramai percaya jika jenis nanas lain tidak bagus untuk ibu hamil tetapi tidak bagi nanas batu kerana masyarakat dahulu percaya bahawa ia baik untuk wanita yang baru lepas bersalin.

    nenas batu

    Persoalannya, apa antara khasiat nenas batu terhadap kesihatan tubuh badan dan ibu melahirkan?

    Apa khasiat nenas batu?

    Sebenarnya, buah ini sangat kaya dengan sifat antiradang, antiviral, antibakteria serta antitumor yang sekali gus menjadikan ia sangat bagus dimakan untuk mengelakkan kondisi tertentu.

    Ia boleh diambil dengan memakan buahnya, diekstrak untuk jadi jus atau disapu terus pada kulit. Sama seperti buah yang lain, ia masih mempunyai banyak nutrien dan tiada kesan sampingan bahaya.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Sekiranya anda masih khuatir, berikut adalah beberapa khasiat dan manfaat nanas batu pada tubuh badan:

    #1. Meningkatkan sistem imun tubuh badan

    Selain sifat-sifat di atas tadi, buah ini juga mampu meningkatkan antibodi di dalam tubuh badan.

    Kajian menunjukkan bahawa ia mampu melawan pelbagai jenis bakteria dan virus yang berbahaya termasuk dari jenis Klebsiella pneumonia, Pseudomonas aeruginosa, influenza serta HIV.

    nenas batu

    #2. Membantu merawat reaksi alergi

    Pakar percaya ekstrak daripada nanas ini mampu menurunkan kadar IgE – antibodi yang terlibat dalam reaksi alergi sekali gus akan mengurangkan risiko gejala akibat alahan-alahan tertentu.

    Maka, tidak hairan jika individu yang ada masalah alahan disarankan untuk mengambil buah ini dalam usaha mengelak dan mencegah reaksi alergi yang berbahaya seperti kejutan anafilaksis.

    3. Membantu merawat luka kecil

    Tidak hanya boleh dimakan, nanas batu turut boleh disapu pada kulit untuk membantu merawat luka kecil pada kulit. Buat luka yang lebih besar, diwajibkan untuk kalian terus jumpa doktor.

    Ini kerana minyak alami di dalam buah ini kaya dengan sifat antibakteria dan antiviral yang akan membantu melawan jangkitan selain bersifat antiradang yang akan membuatkan luka sembuh lebih cepat.

    Khasiat nenas batu #4. Badan lebih cergas

    Dalam pada itu, nanas jenis ini juga mampu membuat tubuh badan kita lebih cergas dengan cara membuang toksin dari tubuh badan, melancarkan sirkulasi darah, menurunkan kadar kolesterol, menyingkirkan angin atau gas yang terkumpul dan terperangkap.

    Pun begitu, harus kami tegaskan di sini bahawa manfaat di atas masih memerlukan kajian lanjutan untuk kita semua benar-benar percaya dan amalkannya. Dapatkan informasi dan nasihat doktor!

    Benarkah ia bagus untuk ibu lepas bersalin?

    Berbalik kepada topik utama artikel ini, masyarakat dahulu percaya bahawa pengambilan buah ini sebagai suplemen atau jamu adalah sangat bagus untuk ibu lepas bersalin. Adakah ia benar?

    nenas batu

    Menurut mereka lagi, wanita yang baru sahaja lepas melahirkan perlu mengamalkan nanas batu dalam usaha untuk membantu proses mengecutkan kembali rahim yang telah mengembang.

    Ibu yang baru sahaja mula proses berpantang disarankan untuk mengambil nanas ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengembalikan posisi dan kondisi rahim ke keadaan asal.

    Dalam pada itu, ia juga dipercayai bagus untuk ibu yang baru lepas bersalin ekoran tubuh badan boleh jadi lebih cergas dan ini mungkin benar. Namun, konsultasi dengan doktor masih perlu ya!

    Jadi, ambil ia sebagai makanan tapi bukan ubatan!

    Konklusinya, mungkin benar memang ada banyak manfaat dan khasiat nenas batu terhadap aspek kesihatan tubuh badan meskipun kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk lebih kepastian.

    Pun begitu, individu juga tidak wajar menjadikan ia sebagai sandaran utama di dalam perubatan.

    Dalam erti kata lebih mudah, ambil ia sebagai makanan tapi bukan ubatan untuk elak komplikasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan