backup og meta

Menghadapi Jerebu: Apakah Topeng Muka yang Sesuai?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/12/2019

    Menghadapi Jerebu: Apakah Topeng Muka yang Sesuai?

    Jerebu telah beberapa kali melanda ruang udara Malaysia. Kali pertama pada tahun 1983, serangan berikutnya pada tahun 1991, 1994, 1997, 2005, 2006, 2013 dan terbaru 2015. Keadaan ini membuatkan udara menjadi tidak sihat serta meningkatkan risiko kesihatan.

    Oleh itu, langkah-langkah sepatutnya harus diambil untuk mengelakkan kesan buruk yang tidak diingini, lebih-lebih lagi jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan angka yang membimbangkan.

    Bercakap tentang jerebu, tentunya topeng muka akan menjadi antara perkara pertama yang dicari. Mana tidaknya, dengan udara yang berhabuk dan kelabu, sudah pasti anda tidak mahu menghirup segala kuman dan kotoran yang ada. Namun, tahukah anda topeng muka mana yang paling sesuai untuk anda?

    Topeng muka pembedahan (surgical mask)

    Topeng ini kerap ditemui di dalam hospital. Daripada namanya, ia sering digunakan oleh staf kesihatan di dalam bilik bedah. Dengan harga yang murah dan mudah didapati, topeng muka ini selalu menjadi pilihan utama dalam banyak keadaan, termasuk jerebu.

    Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidak sesuai untuk digunakan semasa jerebu. Topeng muka pembedahan melindungi saluran pernafasan anda daripada cecair dan air liur serta partikel bersaiz besar. Ia lebih kepada mengelakkan pemakai menyebarkan jangkitan berbanding melindungi dirinya daripada kuman dari luar.

    Bagi orang muda yang sihat, ia mungkin boleh digunakan jika tiada alternatif lain. Namun, kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik tidak harus menggunakannya.

    Topeng muka N95

    Jerebu? Inilah pilihan terbaik untuk perlindungan yang berkesan!

    Ia mampu menapis sehingga 95% (sebab itu namanya N95) partikel di dalam udara termasuk bersaiz 0.1 hingga 0.3 mikron. Tambahan pula, topeng muka ini rapat ke kulit dan menutup ruang yang membolehkan udara masuk ke dalam salur pernafasan sebelum ditapis.

    Kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti masalah paru-paru, sakit jantung dan asma perlu memakainya. Selain daripada golongan ini juga digalakkan jika perlu berada di luar dalam tempoh yang lama.

    Topeng muka N95 boleh digunakan banyak kali asalkan ia dalam keadaan yang baik dan bentuknya masih tidak rosak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan