backup og meta

Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid

Definisi

Apa itu Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?

Ketumbuhan benigna kelenjar tiroid adalah ketumbuhan pepejal atau berisi cecair yang terbentuk pada tiroid anda, kelenjar kecil yang terletak di pangkal leher anda dan di atas tulang dada anda.

Kebanyakan ketumbuhan tiroid adalah benigna tetapi 5% adalah malignan dan penting untuk membezakan kumpulan minoriti ini. Ketumbuhan benigna kelenjar tiroid  termasuk adenoma tiroid, thyroiditis, sista tiroid dan nodul hiperplastik

Apakah kebarangkalian Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?

Sekitar 40% daripada golongan dewasa mempunyai satu ketumbuhan atau banyak. Kebiasaan berlaku pada wanita. 8-65% pesakit secara klinikalnya kelenjar tiroidnya normal mempunyai satu atau lebih nodul yang sangat ketara, manakala  peratusan untuk menjadi maligna adalah 2-4%. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?

Kebanyakan ketumbuhan kelenjar tiroid tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala. Walau bagaimanapun beberapa nodul akan terbentuk menjadi besar sehingga mereka dapat:

  • Dirasa.
  • Dilihat, biasanya berada di pangkal leher anda.
  • Jika ditekan pada esophagus, anda akan mengalami sesak pernafasan atau sukar untuk menelan.

Dalam beberapa kes, ketumbuhan benigna akan menghasilkan tiroksin tambahan, hormon yang dirembes oleh kelenjar tiroid anda. Tiroksin tambahan boleh menyebabkan gejala hipertiroid seperti:

  • Kehilangan berat badan tanpa sebab.
  • Kadar pernafasan yang meningkat.
  • Gegaran.
  • Ketegangan.
  • Denyutan jantung yang cepat dan tidak teratur.

Beberapa ketumbuhan tiroid adalah kanser (malignan), tetapi ingin menentukan jenis maligna tidak boleh dilakukan hanya meniliti simptom sahaja. Kebanyakan ketumbuhan tiroid kanser terbentuk dengan perlahan dan mungkin kecil apabila mereka ditemui. Kanser tiroid yang agresif adalah jarang berlaku, tetapi ketumbuhan ini mungkin besar, keras, tetap dan terbentuk dengan laju.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami :

  • Kehilangan berat badan walaupun selera anda normal atau bertambah.
  • Degupan jantung yang kuat.
  • Kesukaran untuk tidur.
  • Kelemahan pada otot.
  • Keresahan.

Walaupun kebanyakan ketumbuhan tiroid bukan kanser (benigna)  dan tidak menyebabkan masalah, sila berjumpa doktor anda untuk menilai sebarang bengkak yang terjadi di leher, terutamanya jika anda mengalami masalah untuk bernafas atau menelan. Perkara ini penting untuk menilai sebarang kemungkinan kanser.

Punca

Apakah punca Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?

  • Kekurangan iodin. Kekurangan iodin dalam diet anda akan menyebabkan kelenjar tiroid anda mengalami nodul tiroid. Tetapi kekurangan iodin jarang berlaku di Amerika Syarikat, kerana iodin akan ditambah secara rutin bersama garam serta makanan yang lain.
  • Tisu tiroid yang membesar lebih dari biasa. Penjelasan kejadian adalah tidak jelas, tetapi pertumbuhan seperti ini – yang kadang-kadang dirujuk sebagai adenoma tiroid – tidak kronik dan tidak dianggap serius melainkan ketumbuhan ini menyebabkan simptom yang teruk dari saiznya. Sesetengah adenoma tiroid (osteoadroid atau hiperfungsi nodul tiroid) menghasilkan hormon tiroid di luar pengaruh pengawalseliaan normal kelenjar pituitari anda, yang mengakibatkan kelebihan pengeluaran hormon tiroid (hipertiroidisme).
  • Sista tiroid. Ruang yang terisi cecair (sista) dalam tiroid paling kerap berlaku kesan daripada degenerasi adenoma tiroid. Selalunya, komponen pepejal akan bercampur dengan cecair dalam sista tiroid. Sista biasanya tidak berbahaya, tetapi kadang-kadang mengandungi komponen pepejal yang malignan.
  • Keradangan kronik tiroid (thyroiditis). Penyakit Hashimoto, gangguan pada tiroid, boleh menyebabkan keradangan pada tiroid, kesannya akan  pembesaran nodular akan berlaku. Perkara ini sering dikaitkan dengan aktiviti kelenjar tiroid yang kurang(hypothyroidism).
  • Goiter multinodular. “Goiter’ adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan pembesaran kelenjar tiroid, yang disebabkan oleh kekurangan iodin atau gangguan pada tiroid. Goiter multinodular mengandungi beberapa nodul yang berbeza di dalam goiter, tetapi puncanya juga kurang jelas.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid didiagnosis?

Dalam menilai ketumbuhan benigna kelenjar tiroid, salah satu matlamat utama doktor anda adalah untuk menolak kemungkinan kanser. Tetapi doktor anda juga ingin tahu sama ada tiroid anda berfungsi dengan baik ataupun tidak. Ujian termasuk:

  • Ujian fizikal. Anda akan diminta untuk menelan sementara doktor anda memeriksa tiroid anda kerana nodul dalam kelenjar tiroid anda biasanya akan naik dan turun semasa menelan. Doktor anda juga akan mencari tanda-tanda dan gejala hipertiroidisme, seperti gegaran, refleks yang terlalu aktif, dan degupan jantung yang cepat atau tidak teratur; dan tanda-tanda dan simptom hipotiroidisme, seperti degupan jantung yang perlahan, kulit kering dan pembengkakan muka.
  • Ujian fungsi tiroid. Ujian yang mengukur paras tirosin dan triiodothyronine dalam darah, hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid anda, dan hormon stimulasi tiroid (TSH), yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari anda, boleh menjadi indikasi sama ada tiroid anda menghasilkan terlalu banyak tirosin (hyperthyroidism) atau terlalu sedikit (hipotiroidisme).
  • Teknik pengimbasan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi dan bukan radiasi untuk menghasilkan imej. Teknik ini akan memberikan maklumat terbaik tentang bentuk dan struktur nodul. Teknik ini boleh digunakan untuk membezakan sista daripada nodul pepejal atau untuk menentukan nodul yang banyak terbentuk. Teknik ini juga boleh digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan biopsi aspirasi jarum halus.
  • Biopsi aspirasi jarum halus (FNA). Nodul sering dibiopsi untuk memastikan ketiadaan kanser. Biopsi FNA akan membantu untuk membezakan antara nodul tiroid benigna dan maligna. Semasa prosedur, doktor anda mencucuk nodul anda menggunakan jarum yang sangat nipis dan akan mengambil sedikit sel untuk dijadikan sampel. Prosedur ini akan dilaksanakan di dalam bilik doktor anda, mengambil masa kira-kira 20 minit dan mempunyai risiko yang sedikit. Kebiasaannya, doktor anda akan menggunakan ultrasound sebagai panduan untuk menempatkan jarum ke nodul. Sampel kemudian dihantar ke makmal dan akan dianalisa di bawah mikroskop.
  • Imbasan tiroid. Dalam sesetengah kes, doktor anda boleh mengesyorkan imbasan tiroid untuk membantu menilai nodul tiroid. Ketika ujian ini dilaksanakan, isotop iodin yang bersifat radioaktif akan disuntik ke dalam vena di lengan anda. Kemudian anda diminta untuk berbaring di atas meja sementara kamera khas akan menghasilkan imej tiroid anda pada skrin komputer.  

Nilai nodul tiroid seperti berikut:

  • Nodul yang menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan – dipanggil nodul panas – muncul pada imbasan kerana mereka mengambil lebih banyak isotop berbanding tisu tiroid biasa.
  • Nodul sejuk merupakan nodul tidak berfungsi dan akan muncul sebagai kecacatan atau lubang pada imej imbasan. Selalunya nodul panas bukan nodul kanser, tetapi beberapa nodul sejuk merupakan nodul kanser. Kelemahan pada imbasan tiroid adalah imbasan tidak dapat membezakan antara nodul sejuk yang benigna atau maligna.
  • Masa yang diambil untuk melakukan imbasan tiroid berbeza-beza, bergantung pada masa yang diperlukan oleh isotop untuk mencapai kelenjar tiroid anda. Anda mungkin berasa tidak selesa di leher anda kerana leher anda diregangkan semasa imbasan, dan anda akan terdedah kepada sedikit radiasi.

Bagaimana pesakit Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid dirawat?

  • Penelitian. Jika biopsi menunjukkan bahawa anda mempunyai nodul tiroid yang benigna, doktor anda meniliti sahaja kondisi anda. Ini bermaksud anda akan menghadapi beberapa pemeriksaan fizikal dan ujian fungsi tiroid secara berkala. Anda juga akan dikehendaki untuk mengambil biopsi yang baru sekiranya nodul anda membentuk dengan lebih besar. Sekiranya nodul tiroid yang benigna anda tidak berubah, anda  tidak memerlukan sebarang rawatan.
  • Terapi penindasan hormon tiroid. Rawatan ini melibatkan penggunaan levothyroxine (Levoxyl, Synthroid, dan yang lain -lain) untuk merawat nodul benigna, merupakan satu bentuk tiroksin sintetik yang anda akan ambil dalam bentuk pil. Ideanya ialah dengan membekalkan hormon tiroid tambahan akan menyebabkan kelenjar pituitari menghasilkan TSH yang sedikit, hormon yang merangsang pertumbuhan tisu tiroid. Meskipun secara teorinya langkah ini langkah yang baik,  terapi levothyroxine masih lagi pendebatan. Tiada bukti jelas bahawa rawatan secara konsisten mengecilkan nodul bahkan mengecilkan nodul kecil yang benigna diperlukan.
  • Kadang-kadang, nodul yang jelas buktinya merupakan nodul benigna memerlukan pembedahan, terutamanya jika ia begitu besar sehingga sukar untuk bernafas atau menelan. Pembedahan juga akan dipertimbangkan bagi individu–individu mempunyai goiters multinodular yang besar, terutamanya apabila goiter telah menyekat saluran pernafasan, esofagus atau saluran darah. Nodul didiagnosis sebagai tidak pasti atau mencurigakan oleh biopsi juga memerlukan pembuangan pembedahan, jadi mereka akan diperiksa untuk tanda-tanda kanser.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Benign Thyroid Tumours. https://patient.info/doctor/benign-thyroid-tumours#ref-1. Accessed November 7, 2017.

Thyroid nodules. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/thyroid-nodules/symptoms-causes/syc-20355262. Accessed November 7, 2017.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhd Ilham

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bagaimanakah Kanser Boleh Dikesan? Ini Proses Diagnosis Yang Pesakit Perlu Tahu!

Ada Ahli Keluarga Menghidap Barah? Ini Tip Jaga Pesakit Kanser Daripada Penjaga Profesional


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan