backup og meta

Bartholincyst

Definisi

Apa itu Sista Bartholin?

Sista bartholin apabila salah satu atau kedua-dua belah faraj membengkak atau membonjol. Sista terbentuk apabila kelenjar peluh (kelenjar bartholin) tersekat. Sista bartholin yang tidak dijangkiti boleh hilang tanpa rawatan.

Apakah kebarangkalian Sista Bartholin?

Semua wanita pada semua peringkat umur boleh mendapat sista bartholin. Walaubagaimanapun, wanita yang berumur dalam lingkungan 20-29 tahun mempunyai risiko yang tinggi. Anda boleh mengehadkan risiko ini dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Selalu berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sista Bartholin?

Tanda-tanda dan gejala-gejala ini bergantung kepada keadaan pesakit. Gejala-gejala utama seperti bengkak berdekatan dengan faraj (di mana ia kurang sakit) dan bengkak yang sangat sakit apabila sista ini dijangkiti, di mana membuatkan sukar untuk berjalan dan melakukan seks.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak disenarai seperti di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika anda mengalami apa jua tanda dan gejala sista bartholin:

  • Anda demam atau bengkak di pangkal paha.
  • Anda mempunyai nanah di dalam sista.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan, anda patut berunding dengan doktor anda atau pakar perubatan untuk mendapatkan jawapan terbaik.

Punca

Apakah Punca Sista Bartholin?

Pakar-pakar mempercayai bahawa sista bartholin adalah disebabkan oleh jangkitan. Sebilangan bakteria boleh menyebabkan jangkitan, termasuk Escherichia coli (E. coli) dan bakteria yang menyebabkan jangkitan seksual.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sista Bartholin?

Terdapat banyak faktor risiko untuk sista bartholin seperti:

  • Wanita yang sedang hamil.
  • Wanita yang mengidap diabetes.
  • Wanita yang terseksa daripada jangkitan seksual atau seks tanpa perlindungan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sista Bartholin didiagnosis?

Doktor akan memeriksa area faraj untuk melihat bengkak. Doktor akan mengesat untuk mendapatkan sampel untuk melihat jika terdapat jangkitan. Ujian darah akan dilakukan untuk diagnosis yang lebih tepat.

Bagaimana pesakit Sista Bartholin dirawat?

Rawatan bergantung kepada keadaan anda. Sista kecil tanpa gejala boleh dibersihkan sendiri.

Gejala-gejala teruk seperti sakit atau jangkitan, doktor anda akan melakukan pemeriksaan yang kerap untuk mengawal sista tersebut. Doktor anda akan meminta anda untuk sentiasa melawatnya jika sista tersebut masih tidak hilang atau gejala-gejala menjadi makin teruk.

Sista yang dijangkiti dirawat dengan air panas, letakkan haba yang lembap, dan mengambil antibiotik. Jika langkah-langkah ini tidak berkesan, doktor akan mengalirkan sista. Untuk prosedur ini, potongan kecil akan dilakukan pada sista, dan jahitan akan dilakukan di bahagian tepi. Ini membolehkan cecair keluar.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sista Bartholin?

Berikutnya merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sista bartholin:

  • Ikuti perjumpaan doktor anda untuk memantau perkembangan gejala dan juga keadaan kesihatan anda;
  • Dengar arahan doktor anda, jangan mengambil ubat tanpa preskripsi atau tinggalkan dos anda;
  • Letakkan haba, ambil antibiotik, dan selalu berjumpa doktor;
  • Amalkan kebersihan yang betul untuk mencegah jangkitan. Selepas menggunakan tandas, selalu lapkan dari depan ke belakang untuk menghentikan bakteria di sekeliling dubur daripada memasuki faraj.
  • Amalkan seks yang selamat untuk mengelak jangkitan seksual;
  • Pastikan tahap gula darah anda terkawal jika anda mengidap diabetes. Gula darah yang tinggi boleh melambatkan proses penyembuhan;
  • Jika mempunyai sebarang tanda seperti membengkak atau sakit di faraj, jumpa doktor anda secepat mungkin untuk mengelak perkembangan penyakit.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012. Printed version. Page 347.
Bartholin’s cyst.. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bartholin-cyst/symptoms-causes/syc-20369976. Accessed January 28, 2015.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bagaimanakah Kanser Boleh Dikesan? Ini Proses Diagnosis Yang Pesakit Perlu Tahu!

Ada Ahli Keluarga Menghidap Barah? Ini Tip Jaga Pesakit Kanser Daripada Penjaga Profesional


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan