backup og meta

Limfoma bukan Hodgkin

Definisi

Apa itu Limfoma bukan Hodgkin?

Limfoma bukan Hodgkin adalah kanser yang berkembang dalam sistem limfa. Menerusi jenis kanser ini, tumor berkembang dari limfosit (sel darah putih). Sel ini boleh didapati di kelenjar limfa, limpa dan organ-organ lain sistem imun. Ciri-ciri di mana limfoma bukan Hodgkin bermula di mana-mana bahagian dan boleh merebak ke mana-mana organ di dalam badan. Jenis limfoma Non-Hodgkin yang paling umum adalah yang meresap limfoma B-sel  dan limfoma folikel.

Apakah kebarangkalian Limfoma bukan Hodgkin?

Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah mungkin akan mengalami limfoma bukan Hodgkin. Penyakit ini lebih biasa pada mereka yang berusia lebih dari 60 tahun. Manakala lelaki lebih cenderung daripada wanita untuk menghidap penyakit ini. Anda boleh mengehadkan kebarangkalian mendapat penyakit ini  dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Limfoma bukan Hodgkin?

Simptom-simptom kebiasaan yang didapati pada pesakit ini adalah:

  • Berpeluh dengan banyak di waktu malam;
  • Demam dan menggigil;
  • Pembengkakan kelenjar limfa di leher, bawah ketiak, celah kelangkang atau pada bahagian lain;
  • Berat badan merudum;
  • Batuk atau mengalami kepayahan untuk bernafas;
  • Sakit pada bahagian abdomen dan kembung perut;
  • Hilang selera makan;
  • Sembelit;
  • Mabuk atau muntah-muntah;
  • Sakit kepala;
  • Sering mengalami kejutan.

Mungkin ada simptom lain yang tidak disebutkan. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika simptom-simptom ini berlanjutan tanpa tanda-tanda penyusutan. Status dan keadaan boleh berbeza-beza kepada setiap individu.  Sentiasa berbincang dengan doktor anda untuk merangka kaedah diagnostik, perubatan dan rawatan terbaik untuk anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan limfoma bukan Hodgkin?

Limfoma bukan Hodgkin berlaku apabila badan menghasilkan terlalu banyak limfosit. Limfosit yang berlebihan berkumpul di kelenjar limfa ketika membengkak dan membentuk tumor. Tumor ini mungkin terus berkembang dan menjejaskan sel-sel badan yang lain. Pada masa ini, saintis masih belum dapat menjelaskan penyebab pembahagian sel yang tidak normal pada sel darah putih. Walau bagaimanapun, para saintis mengatakan bahawa limfoma mungkin berkembang pada mereka dengan sistem imun yang lemah seperti mereka yang mempunyai pemindahan organ atau yang mempunyai HIV.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Limfoma bukan Hodgkin?

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kepada penyakit ini adalah:

  • Perencat sistem imun: jika anda mendapat pemindahan organ, anda mudah terdedah kepada limfoma bukan Hodgkin akibat terapi imunosupresif yang mengurangkan keupayaan untuk melawan penyakit tubuh.
  • Jangkitan beberapa virus dan bakteria: limfoma bukan Hodgkin yang berkaitan dengan virus termasuk HIV, virus Epstein-Barr dan bakteria Helicobacter pylori (bakteria yang menyebabkan ulser peptik).
  • Bahan kimia: pendedahan berlebihan kepada bahan kimia seperti racun herba dan racun perosak meningkatkan risiko limfoma bukan Hodgkin.
  • Umur: warga tua (lebih 60 tahun) sering berisiko dijangkiti kerana sistem imun mereka mula menjadi lemah.

Tiada faktor risiko, tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Tanda-tanda ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Limfoma bukan Hodgkin didiagnosis?

Rawatan limfoma bukan Hodgkin adalah berdasarkan umur, kesihatan dan perkembangan tumor. Biasanya, jika tumor tidak terlalu besar dan tidak menyebabkan simptom yang serius, anda tidak memerlukan rawatan, tetapi doktor akan memantau status kesihatan anda dengan kerap untuk memastikan tumor belum terlepas dari kawalan.

Dalam kes tumor besar dan kesan serius terhadap kesihatan, doktor mungkin memberi rawatan berikut:

  • Kemoterapi: doktor akan memberikan ubat atau suntikan untuk memusnahkan sel-sel kanser.
  • Terapi radiasi: Doktor menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk merawat tumor.
  • Pemindahan sel stem: sel stem akan dipindahkan ke badan yang sihat untuk membentuk sel darah baru yang lebih baik.
  • Penggunaan ubatan yang mempunyai keupayaan untuk menguatkan sistem imun terhadap kanser.

Bagaimana Limfoma bukan Hodgkin dirawat?

Doktor akan membuat diagnosis berdasarkan sejarah perubatan, ujian klinikal dan ujian darah. Pembedahan kelenjar limfa atau sumsum tulang akan digunakan sebagai hasil diagnosis yang lebih tepat. Selain itu, dalam beberapa kes, pesakit juga akan menjalani ujian lain seperti pegimejan CT pada dada, abdomen dan pelvis, serta sinar-X pada dada dengan mengambil ujian pelepasan positron (PET).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Limfoma bukan Hodgkin?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi limfoma bukan Hodgkin:

  • Pemeriksaan semula kesihatan untuk memantau perkembangan simptom serta keadaan keseluruhan kesihatan anda.
  • Ambil ubat anda seperti yang diarahkan oleh doktor, bukan ubat secara sewenang-wenangnya yang tidak ditentukan atau sewenang-wenang meninggalkan ubat preskripsi yang telah ditetapkan untuk anda.
  • Beritahu doktor anda tentang semua ubat yang anda ambil.
  • Beritahu doktor jika anda hamil atau menyusu badan.
  • Penjagaan gigi untuk mencegah ulser mulut.
  • Pertimbangkan untuk menghantar sperma atau telur ke bank sperma / telur jika anda merancang untuk mempunyai anak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hodgkin Lymphoma. cancer.gov/types/lymphoma. Accessed August 12, 2016.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Mellisa Lim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kanser Limfoma: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya!

Ada Ahli Keluarga Menghidap Barah? Ini Tip Jaga Pesakit Kanser Daripada Penjaga Profesional


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan