backup og meta

Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

Jika tidak tertera dalam kalendar kesihatan, mungkin ramai yang belum tahu bahawa tanggal 4 Februari pada setiap tahun merupakan Hari Kanser Sedunia.

Ya, kanser adalah antara penyakit paling berbahaya lagi ditakuti ekoran kesannya yang boleh memendekkan usia serta meragut nyawa pada tahap terakhir.

Disebabkan itu, penderita penyakit kanser mungkin tiada pilihan lain selain menjalani rawatan kimoterapi untuk membantu pesakit dapat hidup lebih lama.

Pun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat beberapa kesan sampingan kemoterapi ini. Apakah ia? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel!

Kanser terbentuk akibat kerosakan sel tubuh badan!

Untuk pengetahuan anda, setiap sel di dalam tubuh badan akan mengalami pusingan jangka hayat untuk membiak dan berhubung dengan sel-sel lain.

Sekiranya ada sel yang hilang kawalan mekanisma lalu membiak dan berhubung dengan sendiri, maka akan terjadi keadaan kesihatan yang bernama kanser.

Semua jenis kanser adalah kondisi di mana berlakunya pertumbuhan sel di luar kawalan dalam tubuh badan dari segi saiz dan bentuk.

Lantaran itu, ia kemudiannya akan mengakibatkan kerosakan sel-sel lain sekali gus merebak kepada organ, tisu, tulang atau darah pada tubuh badan.

Untuk merawatnya, sel kanser ini perlu dihentikan daripada terus menjangkiti sel-sel lain dalam tubuh badan sebelum terlambat!

Kemoterapi mampu hentikan rebakan sel kanser?

Kemoterapi merupakan rawatan yang paling popular dilakukan dalam kalangan pesakit kanser terutamanya yang berada pada tahap-tahap terakhir.

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, ia merupakan satu kaedah rawatan menggunakan ubatan untuk menghentikan sel kanser dalam tubuh badan.

Kaedah ini berfungsi dengan cara menyerang sel terbabit agar ia tidak mampu untuk membiak atau berhubung dengan sel yang lain.

Cara rawatan dan ubatan juga mungkin akan berbeza bergantung kepada jenis kanser serta usia penderita penyakit ini.

[embed-health-tool-bmi]

Berikut merupakan jenis kemoterapi yang ada:

  • Oral – ubat  dimakan dalam bentuk sirap dan pil
  • Aliran intravena – ubat disuntik melalui salur darah dan aliran intravena
  • Suntikan intramuscular – ubat disuntik pada otot
  • Suntikan subkutanes – ubat disuntik pada kulit
  • Suntikan intrathecal – ubat disuntik terus kepada cecair spinal

Ada kemungkinan di mana kemoterapi akan dijalankan sekali sehari, sekali seminggu atau sekali sebulan bergantung kepada tahap penyakit ini.

Walau apapun jenis rawatan dan ubatan yang dicuba, ketahuilah bahawa anda mungkin tidak boleh lari daripada menerima kesan sampingan kemoterapi.

Kesan sampingan kemoterapi yang wujud…

Malangnya, antara rawatan kanser paling efektif ini mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan yang ringan atau teruk.

Namun ia semuanya bergantung kepada jenis dan tempoh rawatan, selain juga dipengaruhi oleh daya tahan individu yang menjalaninya.

Berikut merupakan antara kesan sampingan kemoterapi yang wujud:

#1. Perubahan pada rambut, kulit dan kuku

Segelintir individu akan mengalami masalah rambut gugur dan ia mungkin boleh dikawal menggunakan sarung kulit kepala khas.

Dalam pada itu, kulit juga mungkin akan lebih kering dan bengkak akibat terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu lama.

Manakala kuku pula akan berubah warna seakan pucat yang mungkin tidak boleh dielak, namun boleh ditutup menggunakan cat kuku.

proses kemoterapi

#2. Kerap mual-mual dan muntah-muntah

Ia adalah kesan sampingan yang paling tipikal dan kesan ini mungkin boleh dikurangkan dengan mengambil suplemen atas saranan doktor.

Kesan sampingan kemoterapi #3. Keletihan

Normal untuk penjalani rawatan ini mengalami keletihan dan ia mungkin boleh dikurangkan dengan berehat di rumah sahaja.

#4. Masalah pendengaran

Toksin yang terdapat dalam rawatan atau ubatan kemoterapi boleh menjejaskan sistem saraf lantas menyebabkan masalah pendengaran seperti:

#5. Masalah pendarahan

Kemoterapi juga akan mengurangkan kiraan platlet darah individu lantas mengakibatkan masalah pendarahan lebih mudah terjadi.

Sebagai contoh, individu mungkin akan lebih mudah mengalami:

Bukan itu sahaja, sebenarnya terdapat beberapa lagi kesan sampingan kemoterapi yang bukan sahaja menjejaskan fizikal malahan mental.

Disebabkan itu, pesakit kanser disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk melakukan kemoterapi.

#WorldCancerDay #IAmIWill

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.nhs.uk/conditions/chemotherapy/side-effects/
  2. https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/how-cancer-treated/chemotherapy/side-effects-chemotherapy
  3. https://www.cancer.org/treatment/treatments-and-side-effects/treatment-types/chemotherapy/chemotherapy-side-effects.html

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

Herba Yang Biasa Digunakan Untuk Rawatan Kanser


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan