backup og meta

Bukan Lada Sahaja, Tapi Ada 14 Makanan Lain Yang Baik Untuk Paru-Paru Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/08/2022

    Bukan Lada Sahaja, Tapi Ada 14 Makanan Lain Yang Baik Untuk Paru-Paru Anda!

    Ramai dalam kalangan pesakit yang menghidap masalah paru-paru obses dengan topik “makanan atau minuman pembersih paru paru”.

    Hakikatnya, ia tidak semudah itu. Walaupun kajian menunjukkan pemakanan seimbang boleh melindungi peparu dan mengurangkan kerosakan ke atasnya, tapi langkah pencegahan merupakan cara terbaik untuk anda menjaga organ tersebut.

    Tiada gunanya jika anda makan makanan organik sekalipun namun beberapa minit selepas itu, anda merokok.

    Kebaikan nutrisi hanya boleh dimaksimumkan melalui langkah pencegahan masalah paru-paru yang berkesan.

    Pun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat makanan yang boleh meningkatkan keupayaan peparu untuk berfungsi dengan lebih baik.

    Dengan kata lain, “makanan atau minuman pembersih peparu” ini berupaya untuk memperbaiki keadaan peparu yang rosak akibat asap rokok, toksin persekitaran dan pengambilan pemakanan yang boleh mencetuskan keradangan.

    Berikut merupakan # makanan dan minuman pembersih paru paru yang boleh anda cuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Paru-Paru, sila dapatkannya di sini.

    #1 Lada, makanan yang baik untuk perokok tegar

    Semua orang tahu bahawa asap rokok boleh merosakkan fungsi peparu. 

    Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah asap tersebut turut mempengaruhi keupayaan badan untuk menyimpan molekul antioksida seperti vitamin C.

    Oleh sebab itulah Institut Kesihatan di Amerika Syarikat (USA) menyarankan setiap perokok untuk mengambil vitamin C lebih 35mg berbanding dengan individu yang tidak merokok.

    Lada merupakan salah satu bahan makanan yang kaya dengan vitamin C.

    Pengambilan 119 gram lada bersaiz sederhana boleh memberikan bekalan vitamin C setinggi 169 peratus daripada apa yang diperlukan oleh badan manusia.

    Kajian yang diterbitkan oleh Universiti Yonsei, Korea Selatan pada tahun 2015 menunjukkan pengambilan vitamin C berkepekatan tinggi oleh perokok boleh meningkatkan fungsi peparu mereka.

    #2 Epal, buah yang baik untuk kesihatan paru-paru

    minuman pembersih paru paru

    Pepatah Inggeris ada menyebut “An apple a day, keep a doctor away”.

    Epal sememangnya buah yang boleh memberikan pelbagai kebaikan kesihatan termasuklah fungsi paru-paru yang optimum.

    Kajian yang dijalankan oleh Universiti California pada tahun 2011 melibatkan 68,000 subjek wanita menunjukkan mereka yang makan epal paling banyak mempunyai risiko rendah untuk mendapat asma.

    Malah, jika anda hanya makan 15 peratus (sebahagian kecil) epal besar sekalipun, anda boleh menikmati penurunan risiko setinggi 10 peratus.

    Kandungan molekul antioksida flavonoid dan vitamin C di dalamnya menjadikan ia makanan terbaik sekiranya anda ingin menghindari kanser paru-paru.

    #3 Labu, berupaya untuk tingkatkan fungsi peparu anda

    Labu mengandungi pelbagai jenis kompaun yang boleh memberikan kebaikan kepada fungsi peparu.

    Ia kaya dengan kompaun karotenoid seperti carotene, lutein dan zeaxanthin.

    Kompaun tersebut mempunyai sifat anti radang dan antioksida yang sangat kuat.

    Banyak kajian telah menunjukkan peningkatan pada fungsi peparu dalam kalangan populasi muda dan tua apabila paras kompaun karotenoid di dalam darah mereka tinggi.

    Oleh sebab perokok mempunyai jumlah kompaun karotenoid yang 25 peratus lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak merokok, jadi dengan pengambilan labu boleh membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

    #4 Kunyit, punyai kandungan antioksida yang tinggi

    minuman pembersih paru paru

    Kunyit mengandungi bahan aktif yang digelar sebagai kurkumin. Ia baik untuk menyokong perkembangan fungsi peparu.

    Kurkumin mempunyai sifat antioksida dan antiradang yang sangat kuat.

    Kajian pada tahun 2012 yang melibatkan 2,478 subjek menunjukkan fungsi peparu perokok yang mempunyai kepekatan kurkumin yang tinggi di dalam darah adalah lebih baik berbanding dengan perokok yang mempunyai kepekatan kurkumin yang rendah.

    Apa yang lebih mengejutkan adalah pengambilan kurkumin boleh meningkatkan keupayaan fungsi peparu setinggi 9.2 peratus.

    #5 Buah bluberi, lindungi tisu peparu daripada kerosakan oksidatif

    Bluberi mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang boleh memberikan kebaikan kesihatan termasuklah meningkatkan keupayaan fungsi peparu.

    Bluberi juga kaya dengan pelbagai jenis kompaun antioksida seperti malvidin, peonidin, delphinidin dan petunidin.

    Kesemua kompaun antioksida tersebut mempunyai keupayaan untuk melindungi tisu peparu daripada kecederaan oksidatif.

    Kajian yang dijalankan terhadap 839 bekas askar menunjukkan mereka yang makan bluberi mengalami kadar penurunan fungsi peparu yang sangat perlahan.

    Jika buah tersebut diambil lebih daripada 2 hidangan seminggu, penderita penyakit peparu boleh menikmati kadar penurunan fungsi peparu yang perlahan setinggi 38 peratus.

    Ini memberikan lebih banyak ruang kepada pesakit untuk mengembalikan fungsi peparu melalui rawatan dan sebagainya.

    Makanan lain yang boleh meningkatkan fungsi peparu

    minuman pembersih paru paru

    Selain daripada makanan yang tersenarai di atas, anda juga boleh mencuba makanan atau minuman pembersih paru paru berikut bagi mengembalikan fungsi peparu anda:

    1. Minuman pembersih paru paru – teh hijau
    2. Kobis merah
    3. Edamame
    4. Minyak zaitun
    5. Tiram
    6. Yogurt
    7. Minuman pembersih paru paru – Kopi
    8. Barli
    9. Minuman pembersih paru paru – Koko
    10. Ubi beet

    Konklusi

    Makanan dan minuman pembersih paru paru tidak akan boleh memberikan kesembuhan kepada masalah paru-paru sekiranya anda masih kekal mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.

    Perkara penting yang anda perlu ingat adalah mereka yang berhenti merokok boleh menikmati kadar penurunan risiko kanser peparu yang tinggi.

    Sekiranya anda ingin berhenti merokok namun terasa sukar untuk melakukannya, rujuk doktor untuk tindakan selanjutnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan