backup og meta

Menghidap Kanser Testis Dan 2 Kali ACL, Ini Rahsia Brendan Gan Bangkit Semula!

Menghidap Kanser Testis Dan 2 Kali ACL, Ini Rahsia Brendan Gan Bangkit Semula!

Selamat kembali, Brendan Gan! Ternyata, semangat juang pemain bola ini tidak mudah padam walaupun telah disahkan menghidap kanser testis pada Julai tahun lalu. Kemunculan semula pemain tengah ini dalam skuad kebangsaan merupakan satu berita yang membuatkan ramai peminat teruja!

Baru-baru ini, Brendan Gan telah tercalon untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan sebagai persiapan menghadapi kejohanan jemputan Piala Raja Thailand di Chiang Mai. Beliau juga adalah antara 25 pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, untuk perlawanan antarabangsa bulan ini.

Kali terakhir kapten Gergasi Merah ini menyarung jersi Harimau Malaya adalah pada Jun 2021, sebulan sebelum beliau disahkan menghidap kanser testis peringkat awal. Beliau kemudiannya memberi tumpuan kepada proses pemulihan dan rehabilitasi sehingga akhir tahun 2021.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan sedikit sebanyak mengenai kanser testis – satu penyakit yang tidak asing bagi lelaki muda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Kanser testis: Bukanlah penyakit yang asing

brendan gan

Menurut The American Cancer Society, di Amerika Syarikat, sebanyak 9,910 kes kanser testis telah didiagnosis pada tahun 2022. Daripada jumlah tersebut, 460 pesakit telah meninggal dunia disebabkan kanser ini.

Di kebanyakan negara, jumlah penghidap kanser testis telah meningkat. Ia juga bukanlah satu penyakit yang asing. 1 daripada 250 lelaki berisiko untuk menghidap kanser testis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Malah, ia selalunya berlaku kepada lelaki muda yang berusia 20 hingga 34 tahun. Hanya 8% sahaja penghidap kanser ini berusia lebih daripada 55 tahun!

Namun, kanser ini boleh dirawat. Malah, risiko untuk kaum Adam meninggal dunia disebabkan kanser ini sangat rendah iaitu 1 dalam 5,000. Sebab itulah, pengesanan awal sangat penting!

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan Brendan Gan, selain menghidap kanser, anda pasti tahu bahawa pemain bola ini tidak asing daripada mengalami kecederaan.

Beliau telah mengalami dua kecederaan ACL – masing-masing pada tahun 2015 dan 2016 – ketika bersama Kelantan. Namun, Brendan bukanlah individu yang mudah mengalah. Beliau bangkit semula dan telah membantu pasukan Perak menjulang Piala Malaysia pada tahun 2018.

Brendan Gan enggan berfikiran negatif

brendan gan

Menurut Brendan Gan dalam laman Instagramnya, beliau enggan melihat pengalamannya menghidap kanser dari sudut negatif. Tambahnya, apa yang berlaku telah membuatkan beliau lebih bersyukur dan menghargai segala momen indah dan positif dalam hidupnya.

“Pengalaman pahit ini telah menjadi sebahagian daripada karakter saya. Ia membuatkan saya terus kuat dan tabah mengharungi apa-apa cabaran.”

“Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang tidak pernah berhenti menyokong. Merekalah yang membantu saya mengharungi semua ini. Saya juga berterima kasih kepada kawan-kawan dan peminat yang sentiasa berada di sisi saya selama ini. Nasihat saya, ambil peluang yang ada untuk lakukan pemeriksaan berkala. Anda tidak tahu bila pemeriksaan ini boleh mengubah hidup anda.”

Baca juga:

Cara melakukan pemeriksaan testis kendiri

brendan gan

Sebagai lelaki, anda perlu tahu cara untuk melakukan pemeriksaan testis sendiri di rumah. Semakin awal kanser dikesan, semakin tinggilah kebarangkalian untuk sembuh.

Masa yang terbaik untuk melakukan pemeriksaan ini adalah selepas mandi. Pada waktu ini, skrotum atau kerandut zakar berada dalam keadaan relaks.

Pemeriksaan kanser testis hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Untuk bermula:

  1. Periksa setiap kantung zakar. Secara perlahan-lahan, picit testikel antara ibu jari dan jari telunjuk. Rasa seluruh kawasan tersebut dengan jari. Jika testis anda besar sebelah, jangan risau, ini adalah sesuatu yang normal.
  2. Kenali epididimis dan vas deferens anda. Kedua-dua struktur ini berada di belakang testikel. Ia lembut dan berbentuk tiub. Kadangkala, ada yang tersalah anggap dan ingat kedua-dua struktur ini adalah ketulan. Sebenarnya, ia adalah tiub yang bertanggungjawab menyimpan dan membawa sperma.
  3. Cari bengkak atau ketulan yang nampak abnormal. Ketulan adalah sesuatu yang tak normal, lebih-lebih lagi jika ia menyebabkan rasa sakit.
  4. Lakukan pemeriksaan ini sekali sebulan. Jika anda periksa secara berkala, anda akan jadi lebih arif mengenai anatomi badan sendiri dan lebih berkemungkinan mengesan sesuatu yang abnormal.

Bagi Brendan Gan, kami ucapkan tahniah dan tidak sabar untuk menyaksikan permainan berkualiti pada masa akan datang. Moga kisah pemain bola ini dapat menjadi inspirasi dan membakar semangat kaum Adam di luar sana!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to Perform a Testicular Self-Exam: Advice from Urologist Nirmish Singla. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/testicular-cancer/how-to-perform-a-testicular-selfexam-advice-from-urologist-nirmish-singla. Accessed on September 9, 2022.
  2. Key Statistics for Testicular Cancer. https://www.cancer.org/cancer/testicular-cancer/about/key-statistics.html. Accessed on September 9, 2022.
  3. Testicular Cancer. https://kidshealth.org/en/parents/testicular-cancer.html. Accessed on September 9, 2022.
  4. Testicular cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/testicular-cancer-care/symptoms-causes/syc-20352986. Accessed on September 9, 2022.
  5. What is Testicular Cancer? https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/t/testicular-cancer. Accessed on September 9, 2022.

Versi Terbaru

28/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

Lelaki Jangan Risau, Kanser Testis Tahap Akhir Boleh Sembuh! Ini Cara Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 28/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan