home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Karsinoma Sel Basal

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Definisi

Apa itu Karsinoma Sel Basal?

Karsinoma sel basal (BCC) adalah sejenis kanser yang muncul pada bahagian kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari. Sesiapa pun yang disahkan menghidapi kanser ini pasti akan merasa risau, tetapi ingat, risikonya adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan kanser kulit jenis yang lain. Asalkan ia didiagnos pada peringkat awal, peluang untuk sembuh sangat tinggi.

Kanser ini tidak merebak daripada kulit ke bahagian tubuh badan yang lain, akan tetapi boleh menembusi kulit ,menjejaskan tulang dan tisu lain di bawah kulit.Beberapa rawatan boleh diberikan untuk mencegah perkara tersebut daripada berlaku dan sekaligus menghapuskan kanser ini.

Kanser ini bermula dengan benjolan yang kecil dan berkilat , lazimnya muncul pada hidung atau bahagian lain wajah, namun , kanser ini boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh termasuklah badan, kaki dan tangan. Orang yang memiliki kulit yang putih dan halus juga lebih berisiko untuk kanser ini

Karsinoma sel basal selalunya berkembang dengan sangat perlahan dan hanya muncul bertahun-tahun selepas terdedah kepada cahaya matahari (dalam jangka masa yang panjang atau terlalu terik). Kanser ini boleh dialami pada usia yang lebih muda jika selalu terdedah kepada cahaya matahari atau menggunakan katil ‘tanning’.

Apakah kebarangkalian Karsinoma Sel Basal?

Karsinoma sel basal adalah kanser kulit yang paling lazim berlaku dan sebenarnya ia juga paling selalu berlaku dalam kalangan semua jenis kanser. Sesiapa sahaja yang selalu terdedah kepada cahaya matahari boleh mendapat kanser kulit ini.Walaupun kanser ini kebiasaannya muncul selepas umur 40, sesiapa sahaja yang memiliki faktor risiko di atas boleh terkena dan ia semakin banyak muncul pada pesakit yang semakin muda. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Karsinoma Sel Basal?

Karsinoma sel basal boleh kelihatan berbeza-beza. Ia mungkin seperti ketumbuhan kulit berbentuk kubah yang terdapat pembuluh darah di dalamnya. Berwarna merah jambu,perang atau hitam.

Pada awalnya, kanser ini muncul seperti benjolan kecil “mutiara” yang kelihatan seperti tahi lalat berwarna daging ataupun jerawat yang tidak hilang-hilang. Kadangkala,ketumbuhan ini berwarna gelap, merah jambu berkilat ataupun bintik merah yang bersisik sedikit.

Simptom lain yang perlu diambil perhatian ialah kulit yang kelihatan berlilin (waxy), mungkin disebabkan oleh kulit yang keras.Selain itu, kanser ini juga sangat rapuh dan mudah berdarah.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika terdapat sebarang perubahan pada penampilan kulit, seperti ketumbuhan baharu, perubahan pada ketumbuhan yang lama ataupun kudis/ulser yang terjadi berulang kali.

Punca

Apakah punca Karsinoma Sel Basal?

Sinaran ultraungu daripada cahaya matahari dan daripada katil tanning adalah punca utama karsinoma sel basal.

Apabila sinaran ultraungu terkena pada kulit, ia boleh merosakkan DNA pada sel-sel kulit setelah beberapa ketika. DNA memiliki kod yang mengawal pertumbuhan sel-sel ini dan apabila rosak, ia akan kehilangan kawalan tersebut dan menyebabkan sel normal bertukar menjadi kanser. Proses ini mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Karsinoma Sel Basal?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Terlalu banyak masa dihabiskan di bawah cahaya matahari atau tanning booth meningkatkan risiko kanser ini. Risiko bertambah jika anda tinggal di kawasan yang terik atau beraltitud tinggi, yang kedua-duanya menambah lagi sinaran ultraungu. Selaran matahari yang teruk terutamanya semasa kanak-kanak atau remaja juga meningkatkan risiko.
  • Terapi radiasi. Terapi yang dilakukan untuk merawat psoriasis,jerawat atau keadaan kulit yang lain boleh meningkatkan risiko karsinoma sel basal pada kawasan kulit yang dikenakan rawatan.
  • Berkulit cerah. Risiko kanser ini meningkat bagi mereka yang mudah untuk mengalami jeragat atau selaran matahari, mereka yang memiliki kulit yang cerah , rambut perang ataupun warna mata yang crah.
  • Jantina. Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser kulit ini berbanding wanita.
  • Umur. Disebabkan kanser kulit ini mengambil masa untuk terjadi, kebanyakan kes berlaku selepas umur 50.
  • Sejarah peribadi atau keluarga yang pernah terkena kanser kulit . Jika anda pernah terkena karsinoma sel basal sebelum ini samada sekali atau lebih, anda berisiko untuk mendapatnya lagi. Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser kulit , risiko anda untuk karsinoma sel basal juga akan meningkat.
  • Ubat yang melemahkan sistem imun. Mengambil ubat yang merencatkan sistem imun terutamanya selepas pmbedahan pemindahan organ akan meningkatkan lagi risiko kanser kulit. Karsinoma sel basal yang terjadi kepada mereka yang mengambil ubat ini boleh berulang semula atau merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.
  • Terdedah kepada arsenik. Arsenik adalah bahan toksik yang boleh ditemui secara meluas di alam sekitar. Ia meningkatkan risiko untuk karsinoma sel basal dan kanser-kanser lain. Setiap orang pernah terdedah kepada arsenik dalam paras yang rendah kerana ia berada secara semulajadi di dalam tanah, udara dan air, akan tetapi mereka yang bekerja sebagai petani atau pekerja loji penapis dan mereka yang meminum air perigi tercemar dan yang hidup di kawasan kilang perleburan terdedah kepada arsenik berparas tinggi.
  • Sindrom warisan yang menyebabkan kanser kulit. Penyakit genetik tertentu yang jarang –jarang berlaku boleh mengakibatkan karsinoma sel basal. Antara penyakit genetik tersebut ialah sindrom karsinoma sel basal nevoid (Sindrom Gorlin-Goltz) yang menyebabkan kemunculan beberapa karsinoma sel basal di samping masalah kulit, tulang, sistem saraf , mata dan kelenjar endokrin. Xeroderma pigmentosum pula menyebabkan kulit menjadi sangat sensitif pada cahaya matahari dan berisiko tinggi untuk terkena kanser kulit kerana kulitnya tidak mampu untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh sinaran ultraungu.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Karsinoma Sel Basal didiagnosis?

Doktor akan memeriksa kulit anda untuk sebarang ketumbuhan. Dia juga akan bertanya soalan-soalan seperti berikut:

  • Adakah anda selalu menghabiskan masa dibawah cahaya matahari sewaktu membesar dahulu.?
  • Adakah anda pernah mengalami selaran matahari?
  • Adakah anda menggunakan pelindung matahari?
  • Adakah bahagian kulit anda yang tidak pernah sembuh pernah mengalami sebarang pendarahan ?

Doktor akan mengambil sampel atau biopsi daripada ketumbuhan tersebut. Dia akan mengebaskan kawasan tersebut dan mengambil sedikit bahagian kulit. Sampel tersebut akan dihantar ke makmal dan akan diuji untuk sel kanser.

Bagaimana pesakit Karsinoma Sel Basal dirawat?

Tujuan utama rawatan adalah untuk membuang kanser tersebut dan meninggalkan parut sekecil yang boleh. Untuk memilih rawatan yang terbaik, doktor akan mempertimbangkan saiz dan lokasi kanser tersebut dan berapa lama anda menghidapinya. Dia juga akan mengambil kira risiko parut dan keseluruhan kesihatan anda secara umum.

Berikut adalah beberapa rawatan yang mungkin akan dicadangkan oleh doktor:

  • Memotong keluar tumor tersebut. Ia dipanggil ‘excision’. Pertama sekali,doktor akan mengebaskan tumor dan kulit di sekitarnya .Kemudian,dia akan mengikis tumor itu dengan alat berbentuk sudu. Seterusnya, tumor itu akan dipotonng bersama dengan sebahagian kecil kulit normal di sekelilingnya dan dihantar ke makmal Jika hasil keputusan makmal menunjukkan terdapat sel kanser disekeliling tumor, doktor akan membuang lebih banyak kulit anda.
  • Mengikis tumor dan menggunakan elektrik untuk membunuh sel kanser. Ia dipanggil “curettage and desiccation”. Pertama sekali doktor akan mengebaskan kulit anda. Kemudian dia akan menggunakan curette , sejenis alat seperti sudu untuk mengikis tumor tersebut. Seterusnya, doktor akan mengawal pendarahan dan membunuh sel kanser menggunakan jarum elektrik.
  • Membekukan sel kanser. Ia dikenali sebagai “cryosurgery”. Doktor akan menghapuskan sel kanser dengan membekukannya menggunakan cecair nitrogen.
  • Terapi radiasi. Rawatan ini menggunakan sinar X untuk menghapuskan sel kanser.Ia dilakukan untuk beberapa minggu.
  • Pembedahan Mohhs. Ini adalah teknik pembedahan yang dinamakan sempena nama penciptanya. Doktor bedah akan membuang tumor tersebut lapis demi lapis. Dia akan melihat sebarang sel kanser pada sampel tisu menggunakan mikroskop sebelum membuang lapis seterusnya. Doktor barangkali mencadangkan pembedahan ini jika tumor anda:
    • Besar
    • Lokasinya pada kawasan badan yang sensitif
    • Berada terlalu lama di situ
    • Berulang kembali setelah menerima rawatan lain.
  • Pil dan krim.Doktor mungkin akan mencadangkan ubat yang boleh merawat karsinoma sel basal. Antara krim yang boleh disapu pada kulit ialah:
    • FLuorouracil (5-fu)
    • Imiquimod

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Karsinoma Sel Basal?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi karsinoma sel basal :

Periksa kulit anda. Antara tanda-tanda kanser ialah kawasan kulit yang membesar, berubah

atau berdarah. Periksa kulit anda secara berkala menggunakan cermin untuk mendapatkan sudut pandang keseluruhan tubuh badan anda. Perhatikan sebarang pertumbuhan kulit yang baharu..

Elakkan terdedah kepada cahaya matahari terlalu banyak. Elakkan daripada cahaya matahari di antara pukul 10 pagi hingga 2 petang (waktu sinaran UVB paling kuat)

Gunakan pelindung matahari. Sinaran UVA berlaku sepanjang hari. Oleh sebab itu, anda memerlukan pelindung matahari. Pastikan anda memakai pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan faktor pelindung 30 (SPF 30) di seluruh bahagian tubuh yang tidak ditutupi pakaian setiap hari.Anda juga perlu mengulanginya setiap 60 ke 80 minit sewaktu berada di luar.

Berpakaian dengan betul. Pakai topi yang lebar dan pakaian yang tertutup seperti baju berlengan panjang dan seluar panjang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi Disemak pada 08/01/2020
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x